Instagram : @peejburhan

birthday orang lain tapi layan orang lain~

12 june hari tu birthday P.G.
so ingat ada la nak sambut apa2.
tapi tengok takda apa pun.
P.G pun elok tido sampai kul berapa.
so dah takda apa tu melepak je la kat umah tak buat apa.

tiba2 mama ajak pergi fella design.
sebab nak beli cover baru untuk wing chair dia.
sebab ada aunty tu cakap kat sana ada jual.
tak sure la ada jual or kena tempah. entah.
dpd nak pergi petang. tertangguh2.
last settle maghrib semua baru keluar rumah.
elok sampai kat fella design, jalan ampang tu.
tengok macam dah tutup aje. sebab pekerja dia tengah sapu2.
time tu pukul 7.56pm.
rupanya kedai dia tutup kul 8pm. tah apa2 tah.

kecewa je mama. hahaha.
so tanya la dia nak pergi mana.
dia kata bawak dia ke romantika wangsa maju.
so ke sana.
jalan bukan main lama makcik tu.
sekali beli besi untuk gantung2 cawan n pinggan2 hiasan tu je. ceh.
oh n dia beli tisu yang serviette tu.

pastu dia pusing keliling cuci2 mata.
yang aku ngan noy tangan dah dok panggil2 suruh dia jalan cepat.
tension je dia.
ye la. aku tak suka window2 shopping ni. nak beli..beli. taknak, marilah kita balik.
kelakar. kedai tu dah la sunyi. pastu mama kan tak dengar.
so dia kalau cakap. mak aiiiii. kuat ok.
yang aku dah berkerut2 muka suruh dia cakap slow. hahahah

then aku tanya. nak pergi mana lagi.
buat muka sedih, dia kata balik je la. takpa la.
cea emo la tu, sebab orang taknak layan dia.
sebab dia dok ngadu2. dah lama tak jalan2. sebab tak sihat la apa la.
so aku n noy decide nak pergi JJ sbb nak beli cake untuk P.G. tapi tak bg tau dia.
dia nampak kita orang tak masuk junction ke rumah terus tanya.
tau je kita orang nak pergi JJ terus seronok dia. siap cakap, "YEAYYYYY!!"
omg. mak sapaaaa la ni?

sampai sana terus serang kaunter sweet potato dulu. miahaha.
semua kita orang borong. ada dekat 10 ketul kot.
mama siap cakap apesal banyak. sikit2 sudah. lantakkkkkk. nak jugak.
then mama haus lak.
so lepak starbucks. suka mokcik tu.


cea punya la sound cakap jangan beli banyak2.
dia je bedal tah berapa tau.
then abis lepak terus nak gerak la.
pastu mama dah pelik. dia kata takkan pergi JJ semata2 nak beli sweet potato aje.
kita orang cakap la nak beli cake.
mama cakap takyah pulak. so dah dia kata takyah. so mmg takda benda lain la nak beli kan.
so balik je.

hampeh kan.
padahal birthday P.G. tapi kita orang yang bersuka ria jalan2.
tak belikan dia apa2. hahaha.
memang takda sambut apa.
harapnya dia takda apa la.
macam aku. dah tua2 ni. (tuakah?) dah tak kuasa nak sambut2 ni.
ada, ada. if takda pun takda nak emo ke apa.
yang istimewa time tu sebab mama buat spaghetti aje la.
aku mintak laksa johor.
tp papa tu hantu spaghetti. so awal2. dia dah beli bahan2 spaghetti. 
aik. ni birthday siapa ni kan? hahahha.
dah la birthday P.G. tapi pic dia pun aku x snap. what the hell.


spaghetti bolognese selera tekak melayu.
terbaik. me loike. 
oh aku pernah letak resepi. so sila jangan tanya2. macam mana nak buat.
if teringin sila check this out ok. Spaghetti Bolognese.



10 Comments:

Whoopz said... [Reply to Comments]

Gwa pun ske kalau spaghetti ikot selera melayu.. Spaghetti kuah lemak.. Hahah..

sI tEDI said... [Reply to Comments]

Happy birthday P.G

Jiejah @ Iza said... [Reply to Comments]

akak pun mesti melayu kan sket resepi , bg pedas². masam² x leh masyuk la tekak hehhehe

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

suka tgk untie hepy jer...teringat kat mak saya..rindu plak..suka jgk bwk mak sy kuar jalan2 nie..

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

ai pon dh x brapa celebs dah bday2 ni...tp ai suke org still wish..meaning diaorg igt lg kita...cukuplah sekadar wishh [ok tipu!kalau tetb ada surprise suka jugak kan.....muehehehehhe]

fathia said... [Reply to Comments]

allah dah craving.
dah terpaksa gi beli barang barang after kerja.
dah terpaksa makan sorang.
eh tapi letak cili padi memang sedap and memang potong rasa muak.
:)

Tijah said... [Reply to Comments]

tiap kali buat SB, ni la resepi yg aku pakai. mmg terbaekkk!

Anonymous said... [Reply to Comments]

saya gi practicela time 12 June.. mana ade tido pulak.. bedaah betui..chait



-PG-

sweethOneY said... [Reply to Comments]

tak sempat org nak tanya resepi dah terus bagi link :D

izat kepong said... [Reply to Comments]

saya suka buat spageti ikut resepi peeja...sekian terima kasih!

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...