Instagram : @peejburhan

semua pun tak reti la~

haha..akhirnya dapat jugak jumpa internet.
rasa luas dunia. kalau tak sesak nafas.

anyway. few days back org kecoh2 kat tweet cakap pasal entry mama.
so aku pun check la. hahaha.
sila la jangan percaya. mama tu up lebih ok.
semua sama kot. semua menyumbang.
memang standard la kan. kalau apa2 jadi kat parents kita haruslah jaga kan.
takkan nak biarkan tergolek tepi sudut ke apa.
but however. thanks la untuk semua doa-doa semua.
walaupun aku tak rasa macam deserve je. ;p
aku ni tak reti nak react apa if orang cakap benda2 baik ke apa ke.
rasa macam kelakar. rasa macam, " eh ye ke? people are just being nice kot" entah.

so anyway. akhirnya next week aku akan dapat balik internet. Insyallah.
payah benar nak online.
semua salah TMpoint la.
me n noy pergi la nak install segala tu.
sampai around 2ish macam tu.
dapat nombor.
OMG. penantian yang penuh penyeksaan.
gila la slow nombor giliran untuk application.
tengok kat pintu 5.30 business hour tutup.

by 5pm ada lagi 10 number before kita orang.
wtf. kan. gila kau tunggu daripada pukul 2 kot.
kalau kau rasa tak sempat nak layan. jangan la bagi nombor kan.
takkan kau dah tunggu dekat 3 jam tapi tak membawa hasil kan.
tengok dah 5.30 tetaplah nombor kita orang tak di panggil. cibais.

kita orang memang tak gerak la.
padan muka sila la over time layan kami2 ini.
tengok ada dalam 6 orang yang berkeras stay.
so dorang layan la. bagus.

so abis la urusan semua.
after 4 days masuk la telefon.
then dia kata nanti streamyx lak masuk.
kata in 2 weeks time.
tunggu punya tunggu takda ok.
like wtf kan.
so call la. tanya apesal tak masuk2.
dia kata data takde la apa la.
dorang punn tak tau kenapa.
dia suruh check balik kat titiwangsa.
malas la kan. jadi kerja nak pergi balik.
tapi after 3 weeks. takda jugak. arghhhh. stresss.

aku dah bebel2 kat tweet la. kat fb la.
semua suruh aku gegar TM.
masalahnya uolls.
aku ni mana la reti marah2 ni.
adalah sangattttttttttttt jarang aku nak amuk ke apa.
kalau amuk tu maknanya dah sampai limit la.

so hari tu nak taknak pergi la jugak ke TMpoint tu.
masa amik nombor orang tu dah check.
tiba2 dia bagi nombor. kita orang tanya la kenapa.
dia kata pergi jumpa orang application. fine.
so tunggu. nasib baik ada 4 nombor je depan kita orang.
laju lak tu. so kejap je dah kena panggil.

sampai je cakap itu ini.
akak tu amik borang. dia type2 itu ini.
senyap tak cakap apa. tak tanya apa.
aku jenguk tengok dia baru nak masukkkannnn data ok!!!!!!!
maknanya selama ni memang tak buat la.
boleh tak kau admit je. nak cakap pusing2 tak tau kenapa la apa la.
hoih hangin. tapi sabar. senyap je aku ngan noy.
selalu noy ni kaki hangin. selamba sound if tak puas hati.
aku jenis akan senyap.
tapi kali ni aku tengok noy senyap aje.

then abis dia masuk semua.

TM : ok dalam masa 7 hari akan datang pasang la.
noy : bila yea? akan call ke?
TM : a ah kami akan call nombor yang diberi la.
noy : ok la.

aik. tadi minah ni kata nak amukan.
tiba2 elok lak cakap kan.
tiba2 aku lak menyiraps lebih.
bukan la menyirap apa. sebab aku tengok baru masuk data yg tak tahan tu.

me : sebenarnye lepas masuk line telefon kena datang sini la ye?
TM : cik buat kat mana ye?
me : kat sini la.
TM : oh ye ke?
noy : a ah.
TM : mungkin orang tu ter-miss kot masa buat tu.
me : oh macam tu pulak.
noy : takpe la. dalam 7 hari kan.

hoih potong noy ni.
tapi tak sanggup pun. akak tu dah macam terkulat2 aje.
plus macam tak sampai hati pun ada. sebab kesian.
bukan dia yang bersalah pun kan.
but stilllllllllllllllllllllllllllllllllllllll.
boleh pulak kau ter-miss masukkan data tu.
baru suruh overtime sikit dah lupa2 masuk data.
penat je tunggu tau.
atleast yang customer service pun cakap la terang2 kan.
cakap la. "oh data belum ada. kena pergi balik ke tempat buat tu"
memang la dia ada cakap. tapi selit2 perkataan, " tak pasti pulak" "rasanya kena pergi"

nway. if baca mesti rasa macam tah apa2 je aku marah kan.
tak la. i mean macam mana korang marah hah?
macam orang cakap, "customer is always right" gitu.
kita orang kalau la order air. orang salah bagi. pun akan macam. hmmm. takpelah2.

oh tiba2 teringat masa kecik2.
mama dulu jenis garang ok.
kalau tau mama nak amukan je. confirm kita orang dah lari dulu.
mama memang akan buat scene la.
contoh kalau dia belikan coklat untuk kita orang.
sekali makan rasa pelik. expire dah.
dia sanggup bawak kereta pergi balik kedai.
terus pergi, " kau makan ni!!! kau makan!!"
hahhaha..
kalau baju2 ke. shopping2. orang salah punch ke.
terus mama pergi balik.
time tu aku, P.G, ayol dah lari weyhhhh.
tak sanggup.

tapi betul la kan.
patut kena la kan.
sebab hak kita kan.
wahhhh, dan-dan cakap pasal hak. poyo.

ok tiba2 mak blur nak type apa dah uolls.
blur n malas sebenarnye.
period pain ni. ok alasan.
itu je. bye.

p/s : harap maaf. aku malas nak check balik. kalau typo tu paham sendiri je la ye. ;p

13 Comments:

Leen said... [Reply to Comments]

Dari dulu sampai sekarang TM memang problem. Dah baper banyak rumah sewa aku pindah, mesti problem bila nak pasang Streamyx segala ni. SETIAP KALI plak tu

Pnut said... [Reply to Comments]

bab amukan kalau tak kena gaya ni, memang akak pun sama, cepat je aku nak amuk kalau org jual barang tak betul, atau mengambil kesempatan.

Pernah sekali order milo ais, rega milo ais tu RM1.80 occay, kat food court nilai 3 sajork. tp milonya cair, terus akak sound, berapa rega milo ais ni? katanya RM1.80, so akak cakap, beri saya air lain, biar berbaloi saya bayar RM1.80.

terkulat brader kat kaunter tu..ramai orang beratur time tu. don't play-play with me maaaa

nora said... [Reply to Comments]

nk tanya TMpoint maner yek awak pergi..saya pun salah seorang staff tmpoint tapi kt pantai timur, juz nak tau, mungkin kiter org boleh perbaiki lg mutu perkhidmatan..

F A R Y N said... [Reply to Comments]

TerMiss...ahhaaha.. nama baru TM..

lilRed Farah said... [Reply to Comments]

aku rasa system diorg ni gile lah
sbb nye dulu data aku diorg dah masuk
tetibe tak dtg2 jugak
bile check job order tu dah jadik data org lain
dengan nombo tipon lain
dengan alamat lain
sekali dengan apa yg kite request pon lain
pepelik je TM nih.
tp aku mmg amukan la...
tahap dewa petala ke lapan
pedulikkkkkkkkkk

tedwaldorf said... [Reply to Comments]

haroskah mak promote digi sekali lagi? hehehehe!

ceritacherita said... [Reply to Comments]

dulu aku pakai streamyx, tapi pastu tukar ke maxis broadband. Ada kala laju adakala slow la maxis broadband ni. Last2 skrg pakai modem dr blackberry, ha kau laju gila. Bagus mmg sgt menjimatkan. Try la.

A.I said... [Reply to Comments]

mlm tadi aku mimpi dok serumah ngan kau, nonoy, auntie mama + ayoi! OMG! nape sampai real gitu skali oooo..ish. mmg rasa cam real ok. miahahahaha...

chics said... [Reply to Comments]

Part ni aku tak boleh tahan

" kau makan ni!!! kau makan!!"

sebab terbayang rupa mak kau menyumbat coklat kat orang-orang yang tak bersalah hahahaaaa

Marina Monroe said... [Reply to Comments]

Yo my darling Pija, mama x garang okay cuma mama TEGAS, memang lah kena 'screw' org yg jual barang tapi anak2 tak boleh makan..mama earn my money for my children...he he he

linda said... [Reply to Comments]

fuh,

lega gila ada entry dari pija... hari2 aku sok masuk blog ko tapi takda new entry adalah sgt tak best hari aku pija...

hahah

Fielah said... [Reply to Comments]

aku dah 3 kali pindah dan 3 kali aku bawak streamyx dan fixed line aku! hampeeeeeehhhhhhhhh mmg SETIAP KALI aku pindah perkara sama jadi. Maka masa kali ke-3 pindah mmg aku hamun kan TM customer service tu sbb kan dia rakam kan, ha biar...rasakan. Aku buat kesimpulan service TM mmg lembab. Byk alasan. Tipu lebih...

-=yg bengang =- :p

Anonymous said... [Reply to Comments]

hepi rasa bila peeja dh dapat online semula..

TM mmg x guna esp bab2 customer service.tu ari nk msk streamyx skit punye tunggu dari pagi ke malam kata nak dtg, tapi end up dtg selepas tiga ari..padehal promo gila2..sib baik line dia laju..mula2 la..agak2 dh sebulan terhegeh2 jugak..

oh..garangnye mama..tp garang2 pun she gives d best to her children..mmg patut pun..ramai penjual suka tipu pembeli..sekali-sekala ada pembeli yg garang mmg padan muka penjual penipu nak untung lebih, kan!

k Doll.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...