Instagram : @peejburhan

new family member~

ok ni bukan entry tahap basi.
ni tahap ulat2 sudah.
aku dah letak pic ni lama.
tp letak je dalam draft.
sebab rasa dah basi sangat sampai malas gila nak update.
tp since ada perkembangan baru pulak ngan cerita ni.
so alang2 aku buat je la ni.
pastu tambah ngan pic baru semua.

kisah adalah mengenai belang.
kalau korang dah lama sini perasan kot.
aku pernah cerita pasal dorang ni sebelum ni.
start mak dia suka tumpang makan.
pastu angkut anak2 dia.
then dorang membesar kat sini aje.
dia takda la masuk umah. dok luar aje.
tp dah feeling kucing kita org la kononya.
manja semua.
daripada 5 ekor anak dia. tinggal 3.
then last2 tinggal 2 ekor aje. belang n oren.


so elok je si belang ni 6 bulan kot.
merasa kucing2 jantan semua mula berkumpul kat rumah aku ok.
seperti kaunter mengawan pulak lepas satu2 datang.
kesian gila je tengok si belang.
dah la dia ni kecik lagi.




:: macam2 kucing ada ok. ketakutan je belang tu ::
:: haha kucing ni lagi takleh blah. siap bersantai tepi fountain sementara tunggu giliran. ngeh. ye la tu santai. aku rasa dia tengah aim ikan tu. ::

then takpa la.
cerita abis.
after awhile nampak si belang ni dah bunting.
mula2 ingat dia buncit aje.
sebab dia ni sangat la frame kecik. so memang x nampak pregnant la.
tapi yang buat kita org sure sebab nipple dia semua dah ketara.
kesian je tengok.

nampak la berkali2 dia try curik2 masuk umah kita orang.
nak carik port nak beranak la tu.
serious ingat lambat lg dia nak beranak.
sebab dia nampak kecik je ok.
tak nampak full term langsung.
yang aku punya la pesan kata jaga2 pintu takut dia beranak mana2 dalam rumah.
n ingat nak sediakan kotak untuk dia.
macam noy pernah buat untuk kucing dulu, chombii.

then tengah aku sibuk nak keluar ngan noy.
aku dengar macam bunyi anak kucing.
tanya noy dia dengar tak. noy kata tak dengar apa.
aku tery2 carik. last2 jumpa ok bunyi tu.
noy terus selak tikar2 kat tepi tu.
rupanya belang dah selamat beranak ok.
dia beranak kat luar tepi closet. 

:: nonoy gigih terus sediakan kotak untuk babies tu  :)  ::


dapat 3 ekor.
2 belang macam dia.
sekor lagi oren macam pakcik dorang. hahah.
tapi yang oren tu dah mati :|
x sempat snap. so xde la sini.
sekor lagi tu pun sepi aje. ala2 tak bermaya.
rasanya si belang ni macam tak reti nak jaga la.
ye la dia macam kecik lagi kan.
boleh dia bersantai kat tepi bukan nak bg minum susu ke apa.
dulu chombii beranak, noy duduk je tepi kotak. paksa chombii susukan anak2 dia.
keji gila. chombii nak keluar aje dia tolak2 ke dalam balik. heheh.



then after 2 days check balik. tengok tinggal sekor je anak dia.
sekor lagi tak dapat di trace.
sama ada kena makan ke. mati dah ke.
dia bawak tempat lain ke. ntah.
yang pasti sampai ke hari ni takda la.
so tinggal la sekor kenit aje. haih.

oh kittens are the cutest kan.
tak tahan tengok. rasa nak penyetkan.
pic ni amik last week rasanya.
comel betul. mata dah bukak.
tp telinga tak naik lagi.
kaki pun x kuat lagi.
so terkangkang je dia. geram.
at the moment nama dia solomon.
tah apa motif tah. hayhahah.
sbb time tgh main2 tu. papa tgk dvd cerita solomon king.
so kita org bg nama solomon. tp sampai kat aku ngan noy.
panggil cholomon. cukeee laaaaa. ;p

:: cantik kan dia tu. eee geram ::

papa lagi geram.
dia kata elok putus susu dia nak bawak masuk.
jadikan kucing umah. wah over.
ish geram lak tengok pic dia ni.
nak gi jenguk la kejap lagi. nom nom nom.



21 Comments:

Hazrey said... [Reply to Comments]

pakai contact lens ehh? lols.

NenekPenne said... [Reply to Comments]

hari tu aku pun ada try nak pelihara kucen (ada kat blog aku) tapi sister aku dah bising2..so at the end, aku kena antar anak kucen tu balik semula ke tempat asal... nangis2 ok masa nak antar tu....cess,,,

FAD ARIFFIN said... [Reply to Comments]

hi peej. i am ur silent reader. tapi bila bab kucng nih dah tak jadik nak silent. teehee...
suka nengok muka solomon yang suci lagi gebu iteww... rasa macam nak piat jer telinga dia!

bvlgarigirl @ Arianna said... [Reply to Comments]

comel gilak. rasa macam nak makan je kepala diaaa...haha

Ujie said... [Reply to Comments]

Boleh tak aku nak lempang kucen ko sbb geram nak mampos..rasa nak makan telinga dia..

AmY-AdLi said... [Reply to Comments]

comelllllllllllllllllllllll nyee !

darling8tabby said... [Reply to Comments]

meh sini cholomon kat aunty meh...*tetiba*
comei camni rasa nak geget2 je idung dia kan...

Leen said... [Reply to Comments]

Cholomon...cho cute~~

Anonymous said... [Reply to Comments]

lama tak dgr cite hannan ngan lulu...tepek la gambo dorang...

[z@ck] said... [Reply to Comments]

wuih muka diaaa
garang..rawrrrr

salzahari said... [Reply to Comments]

so adorable..tgk kaan? kucing pun kalau kecik sgt dibuntingkan,mmg naluri keibuan tu tak fully develop tu yg mcm tak reti tu nak susukan ke, nak main2 lagi ke..ahahaha

Anonymous said... [Reply to Comments]

i like cholomon!cam nak kena chomolot hari2 gitu kucin nie..mata dia tantekk laa..biru ke kelabu tu?u n noy r cat lovers, bagus laa!

p/s : kita bkn anon tp malas guna ID kat sini ;-)

k Doll.

~z13L@D@L@Dy~ said... [Reply to Comments]

maybe you know this already:)tp nk jugak ckp.haha


Suatu kajian pernah dilakukan di Universiti Atlanta di Amerika Syarikat terhadap pesakit-pesakit darah tinggi, didapati keluarga yang memelihara kucing lebih rendah tekanan darahnya berbanding keluarga yang tidak membela haiwan itu.

syahza said... [Reply to Comments]

Tuan blog, kittens tu soooooooooooo cute..

aNnAsUe'G said... [Reply to Comments]

cholomon cho chomel! geramnye haku!

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

comelness!! ^^ ye la kot, kucing2 remaja ni xtau nk jaga anak. xbagi susu, xjilat anak dia. main tinggalllll je. lolx

kak ina mail said... [Reply to Comments]

Anak akak yang lelaki tu pun sama pantang nampak kucing.dia suka gak bagi kucing makan.orang cakap kalau sapa suka kucing , penyayang.

Mommy Lily said... [Reply to Comments]

wow comelnya...noy mesti happy tu dapat baby cat. belilah rumah kucing yang tingkat2 tu mesti cute je letak kittens tu peej

AdiHana said... [Reply to Comments]

motif nak nom nom nom tgk cholomon??

huhu~ ^____^"

tedwaldorf said... [Reply to Comments]

menyusu leyyyyyyyyy

A.I said... [Reply to Comments]

tinga dia jatuh ke bawah tu yg lagi nampak dia comey!!

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...