Instagram : @peejburhan

malaysia memang the best la~

wah tajuk entry melampau kan.
tau kenapa aku cakap macam tu?
sebab makanan adalah best.
hahaha makannnnn aje la. ye la dah kata kuat makan.
harus la blog pun cerita makan aje la.

yang bestnya malaysia sebab kita kan ada 3 kaum.
so dapat la macam2 jenis makanan.
makan melayu of coz la, then makanan india n cina. semua terbaik kan.
masuk pulak yang lain2, arab la, italian la, western, jepun bagai. lagi best.
hoih..selagi Allah bagi nikmat boleh makan. kita makan kan.

so again tah bila ni aku takleh ingat.
aku n noy makan kat thurkah, melawati.
kedai kesukaan kami daripada kecik2.
daripada arwah atuk ada lagi.
sarapan pun beli sini.
sedap weyh tosai dia. takpun idli. kuah kelapa dia terbaik weyh. pheewww.
tetiba teringin. gagagagagga

kita orang pergi ni pun dah lambat.
ada nak dekat kul 4 tak silap.
so makan nasi daun pisang. wawawa. sukeeeeeee...

:: kari ikan kasi letak lebihhhh.. ::
:: perempuan tak reti buat pilihan nak makan ke nak ber-Bb ::
:: order lauk tambah. kari ayam n kambing. terbaik. tak sedor diri, nak jugak kambing kan ;p  ::

tidak lupa jugak thairu. yang putih tu.
thairu ni macam yogurt la.
sedap weyh. makan ngan nasi n kari. kasi gaul2. masammm. i like.
mama la ajar aku ni. lepas tu kalau takda thairu rasa tak lengkap aje.
yang kelakar. dulu masa kat CBN selalu la makan ngan kawan india aku.
dia pun pelik mana la aku belajar makan2 ni semua.
dia pun tak over siap ber-thairu bagai. ;p

sebab arwah atuk dulu mekanik keretapi.
so dulu jiran ngan india.
so daripada kecik mama dah belajar makan india.
so kira turunkan ke anak2 pulak la. 
dapat lak macam aku ni. semua bedal uolls. huahahah.

oh gambar aku takda.
sebab noy memang pengkeji bukan nak snap pic aku. pffttt.
oh lagi satu, nasi daun pisang kat nirwana bangsar ok jugak.
still takleh lawan thurkah la.
satu je dia menang. sebab ada peria goreng tu. sedapppppp. kat thurkah takda tu.
nom nom nom.

ok aku lapar. mau makan apa ni? mau masak malas la. dah pukul 10 ni.
sotong dah keluarkan. ingat nak buat sambal sotong. dah lama tak makan benda yang pedas melangit.
tapi if masak siapa yang nak makan. mesti semua dah makan kat luar.
takpe makan maggi je la.
apa jadah aku cakap sorang2 ni. ok fine.
tu je. bye-bye.

22 Comments:

Starry Eyed said... [Reply to Comments]

bile u tulis tak sure nak makan ape terigt post sambal daging dlu u tuh.

:P

f.i.e.z.a said... [Reply to Comments]

kat kch xde lagikla nasik daun pisang nih.
sigh
penah mkn mi sedap x?wah tetiba tanya ni.sedap ok.kalo tarok telo goreng satu lagi meletup.
ok.saya adalah lapar. hehhe

NenekPenne said... [Reply to Comments]

lapar datang menyerang tengok nasi daun pisang ni...

tapi betul, peria goreng is the best.....

esok malam sebelum balik, ingat singgah la jap kat area shah alam, kasi pekena dulu....

Leen said... [Reply to Comments]

Haha, lawak la Peej cakap sorang2...

Putri Nor Ashiqin said... [Reply to Comments]

sedap nyaaaaaaaaaaaaaa eeee cam nak pegi mlm nih mkn

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

ko masak je, kang mesti ada yg makan :D

sI tEDI said... [Reply to Comments]

perut aku dah berbunyi peej.. aku nak tdo.

unknown said... [Reply to Comments]

sedapnya...makan juga good terapi

deasa said... [Reply to Comments]

memang! yang peria goreng kt nirwana bangsar tu memang best peej..

terliur la plak bila cakap ni
ahahaha...

Maklongnya Bedah said... [Reply to Comments]

pada pendapatan aku, nasi daun pisang yg tersedap tahap dewa is nirwana maju. peria goreng dia, owhhhhhhhhhh.. adalah tahap inzal. :D

yus said... [Reply to Comments]

nasi daun pisang..memang best! kalau nak best pergi kat restoran india betul2. cam raju's curry house kat taman jaya..lagi umphh

peej said... [Reply to Comments]

starry eyed - hohoh. sedap tu. lama tak makan. tp takda daging la pulak.


fieza - tak pernah. macam mana mi sedap tu?


nenek - sedappp kan. tak tahan.


leen - tu la macam merepek. lapar sangat kot.


putri - malam2 takda kan?


wani - tu la pasal. memang pun.


si tedi - tapi if perut lapar. nak tido pun susah ok.


unknown - takdanya terapi. janji kenyang sudah. heheh.


deasa - kan. tapi nak pergi sana leceh la. parking hazab.


bedah - tahap inzal. wah melampau tu. macam mana punya tahap tu?


yus - sama la. thurkah ni restoran india. bukan mamak. :)

kitatauke said... [Reply to Comments]

fuyoo...cukup syarat....memang susah angkat perut kalau melantak gini...hohooh

darling8tabby said... [Reply to Comments]

ehh pija..kalo pagi ada rasanye peria goreng tu..kalo akak gi bekpas..mg akak amek..

f.i.e.z.a said... [Reply to Comments]

mi sedap alaaa yg mi indon tu mi segera la salu kuar iklan kat tv.
mi sedap we love it aaaa siap ada lagu lagi nih,haha

Farah said... [Reply to Comments]

nasib baik baru pekena nasi daun pisang kat kanna curry house tu..kalau tak harus meleleh air liur tgk gamba2 food tu.

tata said... [Reply to Comments]

peej,

melawati kat mana thurkah ni? deen aku tau lah.... emmmm peria goreng kat nirwana mmg terbaik

peej said... [Reply to Comments]

tauke - tu la pasal. tu pun tak sedar diri lg tu. dah takleh angkat perut br nak menyesal. hahah


darling - haah? kat thurkah ada? harus lepas ni mauuuuuuu.


fieza - oh itu ke. tau. tapi tak pernah try. memang sedap la yea? akan di try nanti.


farah - syiok kan? heavennnn


tata - tau tak post office? ikut pintu depan tu. so dia kat lorong satu lagi. second lorong. boleh nampak. harap dpt jumpa. dulu rasanya pernah buat map. tapi dah lama la. nak mencari balik malas la pulak kan. :D tp if biasa area melawati tak susah kot carik.

kitatauke said... [Reply to Comments]

peej:hahaha...biase nye....penyesalan dtg bile semua pinggan dah licin...hahhaha

tata said... [Reply to Comments]

oh ok tau, patutlah tersorok di situ.. tq peej

Mommyyus said... [Reply to Comments]

hah..sengal.condifent je ingat thurkah tu kedai mamak.huhu..

peej said... [Reply to Comments]

tauke - hahah betul la tu kan. tah apa2 aje.


tata - okies. semoga suka ngan makanan di situ.


mommyyus - bukan la. india. ;p

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...