Instagram : @peejburhan

macam2 rasa n bau ada~

ok rasa nak pitam ok.
dulu ada internet 24/7 poyo2 update status kata internet dah bosan.
dah tak tau nak tengok apa la konon.
sekali rasakan. 2 hari takda internet ok.
takda as in hp pun kena bar ok.
padan muka. pastu takda masa nak pergi bayar.
so sepi la dunia ku selama 2 hari.
sesak napas ok. ni bila dapat internet feeling indah macam minum air bandung time bukak puasa. wah over gila statement i kan.
bila takda internet dan2 la tgk dvd, main psp bagai.
kalau x psp tu setahun kot dalam laci aje. ngeh.

ok update tempat makan best lagi.
ok ini pun aku tak ingat bila. dah lamaaaa sangat rasanya.
orang yg follow twitter tau la kot.
dah berzaman aku update pasal makan ni. huahahah.
baru terkedek2 nak update kat blog.

me n noy makan kat kedai baru di JJ au2.
masa sekali tu makan tengok ada kedai baru bukak. gantikan kedai nasi lemak antarabangsa.
padan muka. memang tak sedap pun nasi lemak tu. tah apesal org gemar ntah. tak la mak minat sambal manis2 ni.
so anyway, kedai baru adalah asam pedas melaka.
yeeehaawwww. mak skerrr. katanya org melaka kan. harus la teruja.
wah tiba2 mengaku melaka kan. what ever. sukeeeeee.



so masa pergi ni dah bukak.
apa lagi terus ke sana la kan.
wah nice. macam2 ade. n aku rasa sangat2 affordable.
satu je slack. takda asam pedal tetel. if ada mesti lagi stone.


:: air asam boi. sedapppp. suke. cuma manis. aku ni tak reti manis2 sangat ni. cea poyo. padahal ke titisan air aku sedut. ngehhhhhhh ::
:: soda gembira. huhu. ok bukan nama tu la. nama panggil sirap bandung soda ::
:: nasi putih dapat timun, kacang botol, ulam raja, ikan masin and sambal belacan ::
:: asam pedas ikan pari. sedappp. but prefer if pedas lagi. aku suka pedas meletup. tapi melampau lak. kang sian orang2 yang perut tak tahan pedas tu kan. cuma ikan pari dia tua la. so macam tak lembut la. tapi tetap sedap ::
:: masak lemak cili padi daging salai. hohohoh *motif tiba2 jadi santa clause?* sedapppp. daging super lembut semua. hirup2 pun stone ok masak lemak dia. ::
:: kacang botol goreng belacan. pun super nice. i likeee ::
:: kedai itu. dia under mingo2. ala yang ice cream tu. ntah aku pun tak pernah try. tp makan kedai ni sangat la puas hati ::

oh ini la portion makanan tu.
kira semangkuk untuk sorang la. takda la banyak sangat.
tapi kalau rasa2 nak perut meletup makan la sorang2. gilakah.
so kira aku berdua ngan noy ni rasanya cukup2 la. just nice. tak kurang tak lebih.
kira makan semua ni. dalam rm32 macam tu aje. ok la kan. aku rasa murah la. kenyang lak tu.

bagi aku la. aku prefer masak lemak dia daripada asam pedas. sedap lagi la.
tapi still takleh lawan masak lemak cili api kalau uncle aku masak. katanya orang nogori kan.
omg, sedap menangis ok. tsk. dah lama tak makan masak lemak dia.
last masa kenduri arwah maktok tahun lepas kot. uwaaaa. i wantttttttttttt.
paling best. family uncle aku ni tak pandai makan2 sangat.
so dia masak banyak2. pastu call kita orang suruh amik.
sebab dia memang suka masak. makannya dia sorang.
so harus la seperiuk if makan. nom nom.
ok melalut lagi.


lepas makan noy bershopping sakan.
perempuan gila yang perabih duit kat jj.
sebab dapat point kan. so apa2 pun semua nak beli kat jj aje.
oh jj tu jusco la ye. tak pun sekarang aeon kan? entah.
saje tulis jj. senang. dulu kan nama dia jaya jusco.
sekarang tinggal Jusco aje.



oh ada peristiwa kelakar masa shopping tu.
matiklah kena maki if dia tau aku cerita sini.
tengah round2 tu.
aku pergi kat noy. dia nak pass barang.
time tu bau busuk menusuk hidung. takleh tahan.

noy : busuknya...kau kentut yea pija?
me : takda. mana ada. 
noy : abis kenapa bau kentut? kita je ada sini.
me : sumpah. mana ada aku kentut.

time tu aku sendiri jadi was2.
adakah aku kentut tapi tak sedar kan?
tapi aku yakin aku tak kentut. like seriously. memang aku tak kentut.
so aku abaikan je la.
continue tengok2 barang.
sekali noy datang pass trolley kat aku.

noy : eh amik ni la. aku sakit perut la. nak pergi berak la. aku rasa aku kot yang terkentut tadi.
me : bodoh kau. pastu tuduh2 aku kan. aku sampai terpikir2 aku ke yang kentut.
noy : apa2 la. bye. aku nak pergi. 

cibais gila ok minah tu.
paling bengang sampai sekarang kita orang gelak2 cerita balik.
dia kata dia tak rasa dia yang kentut. ntah2 memang aku yang kentut dia kata.
wtf this women. still nak tuduh tu.
boleh ke kentut tapi tak sedar? gilo.
pastu tak puas hati dia kata ntah2 orang lain kentut.
memang takda la. kita org je ada sana. pffftttt.
so nak bg dia senyap. aku hasilkan teori. " aku rasa tah2 salesgirl kot. dia buat2 betul2kan barang. kentut pastu lari laju2 tinggalkan tempat tu. pastu kita datang. bau la"
terus suka dia aku ngan teori tu. sebab tetaplah taknak mengaku kan.
ye la. sapa nak ngaku. katanya bau tak hengat. hahahah lariksssssssssssssssssss.

:: perempuan kentut taknak ngaku yang semangat nak tweet ::

ok tu je.
matiklah dah melalut daripada cerita makan ke cerita kentut kan.
itu aje. ta ta byatches.


22 Comments:

kitatauke said... [Reply to Comments]

woww..tgk makanan...terus lapo...:)

Lady Arween said... [Reply to Comments]

Terliur tgk masak lemak daging salai..nak plak tambah mangga muda..layan sungguh...dulu masa saya duduk Au2 takde apa pun kat sana..araound 94-98..Kalau nak happening pun pi Giant kat Taman Permata ja..la..ni..semua ada kat sana..silap blh salah jalan lagi..pasal x cam

Ceera said... [Reply to Comments]

kentut tak sedar, sangat pelik ok.. buat2 tak sedar ado..

arin said... [Reply to Comments]

asam pedas tetel hajjah mona di kota laksamana melaka adalah yang terbaek..!

ct fad said... [Reply to Comments]

Nampak best jer asam pedas tu..siap hias ngn bendi terbelah lg..
lemak daging salai tu,aku rase aku wtlg sedap kot,pasal sekilo cili padi kampung aku letak..mabelesss..
bile dah sedap ,kentut pun cam sipi2 je kuar..tu yg x sedar tu..hik..hik..hik..

rina said... [Reply to Comments]

nape dah lama xde citer pasal edan.. kan dulu2 korang ber3 selalu ke hulu ke hilir bersama2.. dia bz ke uols

silent reader said... [Reply to Comments]

kelakar gile cite pasal noy tu..hahaha..
tetiba kite terasa seperti menengok blog jalan-jalan cari makan..hehehe..

Leen said... [Reply to Comments]

Haha, masing2 tak nak mengaku jugak..

Anonymous said... [Reply to Comments]

ha ha ha.. aku rasa aku tahu in between the lines of kenthort story tuh. ha ha ha ha. nicely said and nicely told.

-Azrin yang bukan perempuan-

Lya Colours said... [Reply to Comments]

saya sukaaaaaaaaaa masak lemak itu
suka sgt suka sgt
lagi sedap kalo ade rebung

oh ye sy kan org melaka
ade 1 kedai mkn ni dekat taman merdeka, asam pedas dia quit stone la
ada asam pedas tetel
dia pny asam pedas x de la pedas melampau2 tp cukup masam dan pedas la
siap bleh hirup2 lagi
uwwaaa ni cite2 pon jd lapa

Voluptuous Vixen said... [Reply to Comments]

dh try asam pedas kat rasta? best jugak!

tedwaldorf said... [Reply to Comments]

ok now mak dah lapar!!

tedwaldorf said... [Reply to Comments]

ok now mak dah lapar!!

sherrina said... [Reply to Comments]

aiskrim Mingomingo sangat sedap. Sesuai dengan harganya cuma seringgit.

syazana said... [Reply to Comments]

Peej...entry makan lagi.Gemok lah aku,Yang lepas2 kau wat entry makan kat Chili's dan2 aku terus gi makan kat sana.La ni nampak asam pedas melaka..confirm2 nenek aku kena masak asam pedas besok.

lily lotus said... [Reply to Comments]

haha..sabar jerlah..kelakar!

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

nk tnya, apa beza asam pedas melaka dgn asam pedas johor eh? :]

khairie said... [Reply to Comments]

ade eh kentut tapi tak perasan. hahaha. *pitam*

Tina Banana said... [Reply to Comments]

patut la aku sms diam je.. ingatkan apa td..

Kniedaz said... [Reply to Comments]

baca n3 ni sambil tahan air liur..at first..
kemudian baca n3 ni sambil gelak sorang2 sebab kentut tu..lawak tol!

farra8979 said... [Reply to Comments]

kah kah kah... gelak sowg2 depan pc ofis nih... klakar la noy...

Maklongnya Bedah said... [Reply to Comments]

okeh.. aku darik last week lagi ngidam nak makan asam pedas tetel. kat mana kat sekitar kl nih yg hado? penat aku gugel tak kuar.. kecuali yg kat lrt setiawangsa tu. tapi.. sedap qah?

pasal masak lemak tuh kan.. nenek sedara aku masak power jugak. 2 biji kelapa skali dia bubuh. lepas makan, kompemmmmmmmm koma.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...