Instagram : @peejburhan

lovely dinner with lovely people~

serious aku punya tahap parkinson tahap tertinggi ok.
bila ada internet 24/7 dulu siap keluar statement konon2 dah bosan tak tau nak online apa la.
omg, i tell u. lagi seksa bila takda ok.
memang la ada bb. tapi tetap la tak puas kan.
setakat tweet boleh la kan. tak pun chat ke.
tu pun bila chat memanjang la terdisconnect, tah apa2 tah.
then facebook lak masalah. jenuh aku update status ke, balas comment ke, asyik la ada loading tu. tapi sampai ke hari ni tak loading2. pffftt. 
if org bg msg pun berjanggut ok nak tunggu bukak.
kadang2 xleh bukak langsung. wtf la.

yang orang dah dok tanya2 awat aku tak update blog.
sepi sangat la. orang risau la.
takyah la risau. aku masih membesar bagaikan juara.
cuma stress takda internet connection aje.
nanti dah ada. rasakan muntah2 pulak korang tengok aku update 40 kali sehari. ;p

so anyway. dont ask me la when was this.
if tak silap akhir bulan lepas kot.
matiklah lama nak mampos kan.
orang lain dah update berkurun. aku baru nak update ;p
oh picture courtesy of all of them.
aku memang la pemalas nak snap2 la sekarang. tah apa penyakit ntah.
tak dapat di tolong.

tak silap time tu was on friday kot.
semua orang balik kampung.
then noy pulak fly.
so aku kesepian di rumah kan.
so terus bbm farah kata nak jumpa.
farah cakap ok aje. tapi dia kata ada orang lain jugak.
so dia tanya la if ok ke tak.
aku cakap ok je la. sebab daripada sorang2 kat rumah harus la buhsan kan.
lagipun aku kenal orang2 itu.
haha tak malu kan. tiba2 nak join orang. ;p lantakkkkkkk....

aku sampai 15 minit awal dpd masa yang di janjikan.
dengan harapan jumpa yang lain dulu.
rupanya dorang dont know i was coming. so takda reply tweet.
pfffft. merasa la macam beruk sorang2 sementara farah datang.
aku ni tah apa penyakit. paling la tak reti nak sorang.
macam rasa bangang sangat if kat luar sorang2.
so sebab tu la amat jarang la aku akan keluar ke mana2 sorang2.
unless. kalau la benda yg harus dibuat tu urgent sangat ke apa.
then tunggu kejap. farah pun turun dpd office dia.
then terus proceed ke chili's
mereka dah ada di chilis rupanya. :D



:: me & along ::
:: leeds & foxy farah ::

oh inilah mereka2 yang saya jumpa itu.
dah kenal mereka lama.
ok takda la kenal. baca blog aje.
tapi kan selalu if kita baca blog orang tu lama.
kita rasa macam kenal. so macam tu la rasa.
esp along la.
baca blog dia daripada zaman2 mula2 join blogspot.
serious kalau baca entry dia feeling macam baca novel ok.
sengih je. esp macam along cakap, masa zaman2 cinta kegemilangan dulu la.
time tu dunia blog tak besar mana lagi.
pusing2 orang sama aje.
semua blog pun sebab nak luahkan rasa hati semua. ikhlas aje.
so rasa lebih dekat la. 

leeds pulak aku baru lagi baca blog dia.
dah tau lama la.
sebab selalu nampak kat blog along :)
tapi cheq adalah segan ngan dia.
sebab katanya PhD student kan.
rasa kecil je diri bila ngan dia. wah kecil ke nok?
padahal besar almari ade la kan.
but i know she's a nice person la.
sebab serious walaupun kenal dpd blog aje.
tapi along ni adalah the sweetest. so kalau dah leeds bff ngan along.
so mesti la leeds pun sweet kan. ngeh.



sampai je terus gossip ok.
tengok la tu menu terbentang aje.
tak order pun.
ada la 1/2 jam ke lebih. bercakap aje. order nye tak jugak.
hahaha hampeh. tengok la. nganga2 mulut gossip sakan. ngehhhh.

paling diam along.
kelakar la dia. sebab dia angguk aje.
dah macam ayam aku tengok.
aku ni mula2 je malu. lepas tu amik kau tak reti stop. 
sampai one time tu tegur

me : eh along. yang along ni asyik angguk je kan.
along : along memang macam ni. along angguk sebab faham. tak tau nak cakap apa. along dengar aje la.

rasa bersalah. ye la mana tau aku bercakap non stop macam tak bagi orang cakap kan ;p
leeds was ok. banyak jugak la cakap. 
farah takyah cakap la kan. dia adalah geng prett-prett harus la ada je topik keluar.

:: me the lovely along  :D  ::

nampak apa yang terbentang depan along tu.
haaaahhh. itu la NOD yang dibanggakan sangat tu.
masih panas2 lagi.
mereka antara orang2 terawal yang dapat tengok NOD tu.
tapi tu bukan original copy la. buat lain untuk nak tunjuk kat orang senang.
takda la hancur kan.
harus la uolls. bukan semua blogger dapat kan.
kira best betul la aku ni sampai dapat NOD n saman bagai.
macam selalu orang cakap. tak puaka la mulut kalau tak kena saman kan.
so kalau sampai kena saman tu. maknanya puaka betul la kan.
sampai orang tak tahan kannnnnnn. nice.
oh nanti ada masa aku akan rajinkan diri bg tau apa kandungan NOD n saman ok.
kalau aku ada masa la. n rajin. panjang kauuuuuuuuuuuuu.
berhelai2. letih.

:: appetizer di hari itu. NOD. nom nom nom ::
:: the food spread. thanks to leeds n farah sebab belanja. :) ::
:: 4 of us. since dorang tak tau im coming. merasa la duduk non smoking area kan. ada jugak rasa gigil la kan. ye laaa. berjam kot session. tapi takpa. tahannnnn ::
:: us with along's signature snapshot. along ni sangat handal amik pic macam ni. letak la berapa orang pun. semua akan masuk ok dalam pic. terel gila. ::
:: sama2 baju biru weeee~ team biru. wah tiba2 team biru. gila ke hape weyh. hahahah. ::
:: along yang super tallllll~ ::

hahah konon nak balik.
tapi masih la galak snap2 pic semua sambil gossip2.
kedai pun dah tutup semua.
tu pun terpaksa gerak sebab along nak balik jauh.
rasa tak puas je sembang2.
takpa. Insyallah umur panjang n ada rezeki kita jumpa lagi yea.
maybe lebih ramai ke.
wah. aku ni cakap aje. aku mana reti jumpa2 orang ni kan.
dorang ni pun sebab dah selalu baca blog mereka. so rasa kenal.
if orang tak kenal. mungkin aku akan menjadi seperti along.
tolong angguk2 aje. ;p

ok itu aje entry aku yang basi tahap dewa.
if rajin aku akan cuba buat entry auto publish untuk minggu depan.
wah auto publish la konon. padahal semua basi jugak. ;p


17 Comments:

Nia said... [Reply to Comments]

hye,..singgah blog u,..

chillis punya food pun sedap jgk kan, tapi i tak pernah pegi..huhu..

dgr cerita org jek..*sigh*

Leen said... [Reply to Comments]

NOD berhelai2 ek? Wah,teruja nak tau pebenda plak ada dalam tu sampai berhelai2

NenekPenne said... [Reply to Comments]

NOD... aihhh tak pasal2 kena kan dek isu2 cenggitu...

Anonymous said... [Reply to Comments]

nak tahu isi kandungan nod tu boleh tak?

Wawa said... [Reply to Comments]

everything will be ok in the end, if it is not ok,. it is not the end yet.

Leeds Al-Malique said... [Reply to Comments]

laaa nak segan ape plakkk, saye manusia biasa je, bukan berpangkat diva dewa dewi nak kena segan-segan hehe. detail betul updatenyer, tak sangka jumpa jugak sbb mmg tau peej tak suka jumpa2 org :)

btw baca kot twitter dah sampai surat saman plak kan, if perlu teman pi court roger2 la kitorang k :)

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

haa tau knp along handal gle ambik photos camtu.. cuz she's tall! it's an advantage ^^v

bvlgarigirl @ Arianna said... [Reply to Comments]

NOD NOD NOD

sharing is caring. tak sabar nak tahu ni =)

bantal bucuk said... [Reply to Comments]

jangan parkinson cik peej, nanti siapa nak update blog u =) i like to read your posts, update 40x sehari pun takper, haha =D

darling8tabby said... [Reply to Comments]

NOD?? nak tauuuu...*mode bz body*

toughcookie said... [Reply to Comments]

makk aaii... it's like a book? i thought NOD tu sekadar surat sehelai je demanding an apology & tarik balik blog post. wahhh hebat betul.

wuteva....

Foxy Farah said... [Reply to Comments]

missin u. chechechehceh. thanks for letting me know whats the content :) nway, u have me all the way in these. and yeay i had fun ber kak nam with the real peeps. take care chica!

IEKAN78 said... [Reply to Comments]

hi peej,

kak ie harap peej sentiasa tenang menghadapi dugaan....kak ie doakan yg terbaik utk peej yer!!!

AMIEROZIANA said... [Reply to Comments]

nak tau jugak NOD & saman tu....blogger semua boleh nilai.....kalu ngan semua org dia gaduh tahu sangat la peel pangai dia camner....kita tunggu dan lihat...

adayinmylife said... [Reply to Comments]

NOD... Nak tau gak.. N bile nak jumpe me plak?? Wah.. boley men mintak2???

Anonymous said... [Reply to Comments]

skali kita pk kan, NOD nie cam nod, nod (angguk, angguk) pulak..

kau angguk kan je la peeja..janji dia puas ati..sometimes if u think life is not fair, always remember, Allah is fair.

k Doll.

Along said... [Reply to Comments]

ai merasa masuk dalam blog entry peej u olls!

*kipas kipas diri*

agak2 mahu kiteorang escort gi court bawak sepanduk segala, sila tweet!

my support all the way for you,cik. ingat tu :')

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...