Instagram : @peejburhan

kita rasa hidup kita teruk. orang lain kena deal benda yang lagi menyedihkan~

aku jenis selalu bercerita ngan mama.
kalau boleh semua la nak cerita.
ok tak semua la. benda2 sedih ni selalu aku pendam aje.
orang nampak kita happy. tapi deep down orang tak tau apa kita rasa.
noy selalu bising if aku cerita2 kat mama.
macam dulu2 kalau aku gadih ngan kekasih lama pun cerita kat mama.
so biasa la mak kan. kalau orang tu sakitkan hati anak dia.
mesti dia jadi tak suka kat orang tu.
so aku complain kat noy la cakap, mama tak suka dia la.
noy cakap. padan muka aku. siapa suruh semua nak cerita kan.

entah aku suka cerita.
sebab dorang ni banyak pengalaman. makan garam lebih.
so nasihat2 dia tu banyak berguna.
macam dulu selalu gaduh2. mama akan pesan.
jangan gaduh. percintaan tu indah. jangan waste ngan benda2 macam tu.
so daripada situ aku belajar if gaduh je aku selalu diam.
so bila macam tu. gaduh pun kejap aje.
bayangkan kalau dua2 menjerit2 ke apa. lagi melarat kan.

ingat lagi dulu aku cerita kat mama pasal bf2 orang lain ke. bf aku ke.
cerita pasal setengah2 orang yg beruntung dpt laki baik, senang, handsome ke.
kira typical perfect package la konon kan.
so mama akan cakap. kita tak tau.
lain orang lain bahagian dia.
ada orang dapat lelaki 'perfect' macam tu. life semua perfect aje.
tapi what if tiba2 nyawa orang tu pendek ke.
semua ni di pinjamkan je oleh Allah.
tak pun dia dah dapat semua perfect dpd awal.
what if dapat ujian macam, tiba2 susah, accident jadi cacat ke.
boleh ke orang tu terima kita semua. or vice versa.

cerita abis situ aje.
just terima je la nasihat tu. takda rasa effect sgt.
konon sedapkan hati sendiri je la kan.
then dengar berita pasal sorang kawan mama ni.

anak dia baru kawin. 6 bulan kot.
ni semua orang2 kaya ni la.
kawin grand gila la. grand tahap dewa.
then dapat berita 6 bulan lepas tu suami dia meninggal. meninggal time tido. sakit jantung.
baru 29 tahun ok.
yang sedih. isteri dia time tu 6 bulan mengandung. bunting pelamin.
time meninggal tu. elok bed side table dia siap semua dokumen.
semua dia dah tukar nama bini dia.
siap anak dalam kandungan tu dia ambikkan insurans dah.
so budak tu sampai umur 18 tahun dapat rm1000 sebulan.
siap baby boy tu keluar2 je sebijik muka arwah bapak dia.
dengarnya sampai sekarang kakak tu tak kawin lain lagi.
susah kot.
this was 4-5 years back kot. tak ingat aku.

then kelmarin dapat berita.
pasal sorang kawan aku ni.
ok takda la kawan. perasan la dia.
dia ni school mate masa aku sekolah rendah dulu.
very nice girl n all.

awal tahun hari tu dia kawin.
pun grand gila.
ni semua stock2 elite person la. ye la. katanya business kapal2 ni. kapal je ada puluh2.
kawin stock kalau x abis rm300k tak sah. lebih kot. entah.
baru 4 bulan kawin. suami dia meninggal.
accident kat DUKE highway. petang.
baru lepas hantar mak dia balik rumah. dia nak amik isteri dia pulak.
kan sekarang musim hujan semua.
jenazah elok takda apa2 teruk. tapi internal bleeding n patah2 semua dalaman.
so mama n papa pergi la tahlil.

my god mesti sedih gila kan.
ye la. baru kawin kan. baruuuuuuuuu sangat.
tapi ye la. macam mama cakap. semua ni Allah pinjamkan aje.
bukan hak kita pun.
kalau Allah nak tarik tu. bila2 pun boleh. :(
mungkin ni la ujian yang Allah bagi kan.
lain orang lain ujian dia.
macam yang kawan aku ni.
dia jenis baik. sweet semua la. kaya toksah cakap la.
perfect wedding. perfect husband. handsome bagai. indah semua.
tapi macam orang cakap. mana ada life yang perfect.
so dia tarik la.
macam entry aku dulu. kita rasa life kita tak best. life orang best.
tp kita tak tau macam mana sebenarnya life orang tu.
orang2 yang perfect semua ni. lagi besar ujian dia.

isk takut kan.
apa sangat la orang yang break, putus tunang, bercerai bagai ni.
atleast benda2 tu u already see it coming.
kita boleh adjust hati n perasaan kita.
bayangkan kalau orang yang kau sayang ni. tiba2 dah takda.
lagi sedih. macam kena rentap.
benda2 macam ni membuatkan macam takut nak sayang orang sangat2 kan.

entah. sendiri tak kena. so tak tau kan.
orang yang rasa je la tau.
tapi kalau boleh taknak la rasa.
nak mati dulu sebelum laki boleh tak?
ceh tiba2. ada ke laki nok?
ok tu je. bye.

p/s : aku memang fail la ending. suka potong stim kan. tiba2 aje.

29 Comments:

kupaslaroren said... [Reply to Comments]

setuju...setuju!

kalo kita rasa diri kita susah..fikirkan orang lain yang lebih susah dari kita dengan itu kita akan sentiasa bersyukur dengan apa adanya :D

*hai, sy dah khatam bc ur blog dan dah tiba masa sy drop komen.

Leen said... [Reply to Comments]

OK, memang potong stim.. tgah aku dok muhasabah diri tetibe tergelak baca ending.. haha

fattybombom said... [Reply to Comments]

lol..good entry.:).ending mmg fail..hehe

Marina Monroe said... [Reply to Comments]

Bagus, apa yg mama pesan, Pija dah faham..
Allah pinjam kan segala, harta dan wang ringgit tak kemana...
even diri kita pun, hanya pinjaman, akhir nya mati, tak de apa yg tinggal..
Hanya nama sendiri binti Emak yang di seru...Amalan yg di bawa hingga akhirat..
Allahu Akbar..
Cinta pada sesama insan yakni suami/isteri, mak/bapak, sanak saudara juga sementara, yang kekal dan abadi hanya Allah yg Satu

Inaz said... [Reply to Comments]

Salam Peeja,

Ya sangat sedih bila dengar pasal Farra & Hakim. Family Hakim tu jiran sebelah rumah saya jadi dah kenal dari dia kecik lagi. Memang dah ajal nak buat macamana. Kasihan dekat Farra, inainya masih merah lagi. Masa polis datang nak inform keluarga Hakim tu, mak saya ada dirumah mereka.

Moga Farra mendapat ketenangan dalam keadaan duka ini.

Al Fatihah

ayanuts said... [Reply to Comments]

dlm byk2 entry sis...yg ni plg sy ske...bermakna sgt rasanya..

Diyana Zulkifli said... [Reply to Comments]

hmm btul tu wak.semua hanya pinjaman.td ptg saya baru ziarah arwah kawan kerja.sgt baik.ayah yg baik.isteri baru bersalin anak ke 5 minggu lps.anak2 yg lain kecik2 lg.tak bulih sungguh tahan air mata ni tgk anak kecik dia ,..ayah dah pegi,tak sempat nak bermanja.

salam kenal dr diyana..;)

luvmum said... [Reply to Comments]

hai peej etul apa mama peej ckp tu.syg kat manusia ni sementara je..yg kekal kasih syg allah swt.apa pun memang mcm tu la hidup lebih kat sini kurang kat situ..

luvmum said... [Reply to Comments]

hai peej etul apa mama peej ckp tu.syg kat manusia ni sementara je..yg kekal kasih syg allah swt.apa pun memang mcm tu la hidup lebih kat sini kurang kat situ..

Benz said... [Reply to Comments]

touching la peej..sedih jgk aku sbb teringat kwn baik ms sekolah dah xde suami. bulan 12 taun lps meninggal..aku pulak jd bridesmaid ms dia kawen.ms husband dia meninggal tu dorg baru dpt baby umo 6 bulan. kesian kn?
kena muhasabah diri balik lah..baru je merempan2 psl apsal life mcm unfair..org lain lg besar ujiannye nk banding dgn aku putus chenta-x cantum-tp still dok harap yg tu. tsk...

bvlgarigirl @ Arianna said... [Reply to Comments]

yeah okey, selalu doa supaya dapat mati dulu sebelum semua yang kita sayang.

NenekPenne said... [Reply to Comments]

betul apa yang ko cakap tu peej..
hidup aku pun tak perfect, 8 tahun kawin, tup2 kena cerai ...
mungkin aku rasa my ex hubby happy skrang dgn wife baru dia tapi adakah depa betul2 happy?
dan aku sekarang tengah sedih tapi in future adakah aku akan terus sedih?
kita tak tahu kan...
so bahagian masing2...
cheers

◘ummy gummy©◘ said... [Reply to Comments]

kak peej err bleh ke panggil kak?
heh
slalu jadik silent reader je kt cnih
urmm
pasal kwn k.peej tuh
she also besfren of my sister
yg kawn dari form 1 smpai skrg,
kak radz n abg hakim,
both of them,
classmate jugak.
sedeyh bile dpt tau kn.
bercinte lame,
kawin meletop²,
tapi
itu sume sementara
Allah itu lebih mengetahui.

nino said... [Reply to Comments]

akak pun berharap mati dulu sebelum orang yang kita sayang. tak sanggup nak bersedih-sedihan lagi. makan bertahun sedihnya. :(

Anonymous said... [Reply to Comments]

kadang-kadang peeja, rumahtangga nie dr luaran nampak perfect, tp yg kat dalam tu, yg sebenar2nye kita tak tau..

yea laa..xkan depan org nak tunjuk perangai kan..i think most married couple cover their act in public..tu pasal kita npk ada pasangan yg bahagia giler, titiba cerai-berai..

lgpun kalau rumahtangga ada masalah, xkan nak hebohkan satu dunia?pandai2 laa selesaikan berdua..

mmg ibubapa cam mama yg byk pengalaman lebih faham masalah2 cintan-cintun anak2 muda zaman skg nie..dorang penah merasa..yes, love is beautiful.. why waste time on small petty things that brings fighting?kalau masa bercinta byk x puas hati, kalau ditakdirkan kawen sok2 dptkah kita menghadapi seribu satu macam dugaan n cabaran lagi?

bagus peeja kongsi n dengar cakap mama..anak yg baik nie..

k Doll.

p/s: sape mati dulu (hubby or wifey) doesnt matter, as long as the life together was shared in many beautiful ways.

Jiey^Mien said... [Reply to Comments]

sangat setuju..
saya pun selalu ingatkan diri sendiri..
sbb bila rasa diri ni susah, ada org lain yang lebih susah..
mmg dah jadi lumrah manusia suka merenung bulan di langit..
rumput kehijauan yang dipijak tak pulak dipandang..
=)

Ann said... [Reply to Comments]

Hi Peeja,

macam tau je kisah ur fren yg husband dia meninggal eksiden kat duke hiway tu..kisah eksiden tu ada kat blog ondscene..hmm...kematian tu dah ditentukan cumanya kita x tau bila..samada kita bersedia / tidak..kat dunia ni semuanya pinjaman sementara..takde apa yg nak dimegah2kan / riak...

Lisa Johari said... [Reply to Comments]

Huk.huk.Sedih. But you're right...

lilRed Farah said... [Reply to Comments]

betul dah apa mak kau pesan tu. aku kan tiap2 pg ngaji ngan pak aji aku tu. aku sellau tgk muke die. dlm hati aku doa, bglah Allah pinjamkan die lama skit untuk aku *tetibe nanges plak type komen nih* kdg2 bercerai ditinggalkan mcm ok lg kot. sbb kite masih nampak die or at least tau die ada di dunia ni. tinggal nak ejas hati kite je. tp bercerai mati,subhanaAllah...peritnya tak terkata.

tetibe aku teringat cerite yg dekat mana tuh. baru lepas majlis akad nikah, pengantin lelaki nak balik rumah, eksiden. meninggal. gamaknye kalau la aku kene mcm org2 ni kene. sawan dah terus.

NONIE ABDUL AZIZ said... [Reply to Comments]

hehehe akak pun suka citer kat mak pasal boipren2 akak...pasal mak kita sentiasa biasanya memberi nasihat & kata semangat! tapi betui Peej tak semestinya yang hensem, kaya bak kata semua perfect akan mendatangkan kebahagiaan..macam kawan akak sebelum dia kawin suami dia fuhhhh...sejuk mata memandang..ada ciri2 suami mithali sekali dah kawin ada anak sorang tgk2 somi dia gay..kawin dgn kawan semata2 nak tutup kisah hitam dia tu dari family dia...Cuma kita ni sebenarnya ada bahagian kita masing2...

green apple said... [Reply to Comments]

aku pun selalu rasa nak mati b4 en wan, tapi kalau takde en wan aku lagi teruk okkk. nak kuarkan duit kat atm pun tak tau.

Alia said... [Reply to Comments]

Kawan mak aku, suami dia meninggal masa dlm perjalanan ke rumah pengantin perempuan (on THEIR wedding day).

Aku hari tu baru terfikir, what would happen if any of my lovedones tetiba pergi....rasa sesak nafas bila fikir.

sue said... [Reply to Comments]

life mmg unpredictable~~

fathia said... [Reply to Comments]

i think lilred u punya cerita tu yang last year punya somewhere time raya kot dekat perlis kan?
omg sedih gila.
menangis baca news tu :'(

i thought of the same thing too.
bila tengah gaduh and fikir pasal ni terus macam menyesal.
cherish every moment that u spend with ur loved ones.
memang precious.

we don't know the value of something / someone until we lost them.

dari sudut Hati kecilku said... [Reply to Comments]

hye peeja..
suke baca blog u nih..
yupp..that true ..kita x akan dapat semuanya sekaligus...
so kena bersyukur dgn apa yg ada..

::misz maney:: said... [Reply to Comments]

sedih je bace entri yang ni..btl la tu..semua ni pinjaman..bile2 masa je tuhan boleh tarik balik..sangat sedih kalau orang yg kite sayang tetibe tinggalkan kite..sy pun harap biar saya mati dulu dr semua yang saya sayang :'(

:: tush :: said... [Reply to Comments]

i`ve been ur silent reader all this while..tapi entry ni i mmg nak cakap..sedey gilaa!! :(

linda said... [Reply to Comments]

betul la pija,

i selalu pikir kenapa i ni tak bertuah dalam certain2 hal, tapi kita tak nampak i kita ni cukup bertuah dalam sesetengah hal...

moralnya belajar menghargai apa sahaja dalam hidup kita ni kan...

thanks pija for the great entry...

take care!

nifalnin... said... [Reply to Comments]

huhhu.. tetibe plak rase sedih... kena slalu positive kan dr la klu mcm nih... anggap jer ade org lagi susah dr kite.. n x sumer org tu hidup senang... huhuhuu.. positive2...

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...