Instagram : @peejburhan

happy mother's day~

sorry for the long silence. long ke? baru berapa hari kan.
busy macam2 nak uruskan. cea cea. bunyi macam important sangat kan. padahallll.
aku berada dalam kawasan tanpa internet. sebab tu sepi.
ada la Bb tapi macam malas nak reply2 email ke. update panjang lebar kat situ. tak feel.
so ni di dalam kawasan ada internet baru la boleh merepek2 kat sini.

so bila dah ngadap ni baru la khatam mana2 entry blog yang tertinggal.
so tiba2 rasa nak bukak blog mama.
so terbaca la her latest entry.
uwaaaaaaaaaaaa...sedih. tak suka tau.
bagi orang emo malam2.
sangat touching. so here i wanna share it with u guys.
..........................................................................................................

Selagi bergelar Ibu dan Bapa.kpd anak2
Tak kira lah....

Anak tuh...

Soleh/Soleha atau pun sebalik nya,
memberikan kegembiraan atau pun kesedihan

Adakah Ibu Bapa mengharap 'Imbuhan' dari anak2 nya untuk membalas jasa??

Kalau 'Ya' then its not fair for the child..
Probably he or she needs to build their own life..

But if yr child is thoughtful, then you are lucky

Pernah aunty terdengar kata2 orang2 tua ketika dulu

'Dalam setandan pisang bukan semuanya elok'

Takutnya kalau lah betul perkara tuh boleh berlaku dalam kehidupan

Apa perlu kita lakukan utk menjadi Ibu Bapa yang bahagia di kemudian hari??

Kalau dari jawapan aunty yg dah berumur 55 tahun, banyak yg aunty encounter baik keluarga sendiri, keluarga terdekat dan juga kawan2 sekeliling..

Ibu Bapa kena mendidik anak2 agama
Fahamkan anak2 apa itu hidup di dunia dan akhirat

Kalau semua dah di lakukan....

Apakah itu boleh menjamin kejayaan??

Oh! pada aunty..Pergaulan juga memainkan peranan..

Aunty selalu juga dengar kata ungkapan di sekeliling kita...

Mesti Mak Bapak dia tak ajar dia..yakni 'KURANG AJAR'

Bapak borek anak rintek...

Yang paling worst, bapak kencing berdiri, anak kencing berlari..he he he

Kenapa pula terbabit pada Mak Bapak??

Kalau nak huraikan memang tak akan habis dengan entry ni..

Sempena satu dunia yg meraikan 'Hari Ibu'
jom kita sembang2 pasal peranan ibu dalam ertikata menjaga anak..

Aunty dah menjadi seorang ibu kepada anak2

pertama selama 32 tahun..(Khairul)

kedua 29 tahun..(Hafizi)

ketiga 27 tahun (Peeja)

keempat 24 tahun (Noy)

Apakah peranan saorang ibu??

Aunty tak nak citer kepayahan masa
mengandung..9 bulan 10 hari..
sakit bersalin 10 jam or more
dalam pantang 44 hari


Citer penjagaan anak selepas kelahiran..
dari kaki anak tuh sebesar 'dua jari hingga lah sebesar tapak tangan'...

Menyusukan anak2 nya dari hari pertama hinggalah putus susuan 
(tak kiralah berapa lama..terpulang kpd rezeki anak itu - mungkin 40 hari dan mungkin 2 tahun, dan ada juga lebih dari itu)


Cerita pasal susuan pun tak habis kalau nak di catitkan di sini..

Bila anak merengek nak susu..

Bangun tengah malam lah, depan khalayak ramailah,
bagi ibu yg berkerja, kena memerah susu utk anak nya,
ibu juga terpaksa menjaga pemakanan supaya susu badan
tidak memudaratkan anak dan makan benda2 berkasiat utk
menambahkan susu utk anak nya..
Payu dara membengkak, puting terluka kerna kerap dan kuat hisapan anak..

Mandikan, pakaikan baju, salin lampin, susukan dan tidurkan...

Sekarang buaian dah menggunakan elekric, anak di tinggalkan membuai lena sendirian...

Dulu2 ibu membuai anak, sampai lena dengan ayunan kedua tangan
Suara ibu yg perlahan2, melagukan anak dengan ' La illa ha illah'
Kadang kala ibu juga sampai terlepas tangan dari buaian ...
tertidur di bawah buaian,
sampailah terjaga mendengar rengekkan anak nakkan susu lagi di pagi subuh...

Ibu juga tidak sanggup melihat walaupun seekor nyamuk menghinggap anak nya..
di buatkan kelambu atau pun menudung/menyangkut kain ketika dalam buaian..

Anak tak kan di biar dlm keadaan yg membahayakan,

bila anak mula merangkak, ibu akan turut mengesot2 ikut anak nyer..

bila anak mula bangun utk berdiri, ibu juga akan siap bersedia menghulur kedua tangan..takut anak jatuh..

bila anak mula berjalan, ibu juga turut membongkok2 berjalan mengikut pergerakkan anak

bila anak mula berlari2, ibu turut 'berlari2 anak' mengejar anak....

Sebelum anak pandai bercakap, ibu dah mula mengagah2 anak dengan perkataan2 manis..hingga anak kecil tuh tersenyum..

Emm...terbayang aunty ketika membelai dan berkata pada anak2 aunty ketika mereka masih bayi..yg masih belum faham aper2...

Sapalah yg tantik2 tuh?
Anak sapa yg bucuk2 tuh?
Anak sapa yg temek2 idung tuh?

Membelek2 telinga anak, tapak tangan anak, kedua2 kaki nya...

Emm.....Sungguh manis kenangan...

Semua ibu akan memberi ciuman utk anaknya tertalu2, tak kira waktu..dalam keadaan apa jua pun, jaga atau tidur, sihat atau sakit..

Tanya diri kita sendiri..
Ada kah kita cium ibu kita macam tuh sekarang??

Emm..sedihkan ...bila mengingati saat2 ibu meninggal dunia yang dah kaku terbujur ...
bergilir2 anak memberi ciuman terakhir di dahi ....

Jangan tunggu sampai 'ibu meninggal baru nak dicium'
Ciumlah ibu bila2 masa yg sesuai, setiap hari saperti mana ibu mencium anak nya ketika dulu..

PESANAN AUNTY KPD ANAK2 - BAIK YG DAH KAWIN ATAU BELUM DI LUAR SANA...

Bagi anak2 yang berjauhan dengan ibu, selalu2 lah menanya kabar berita..adakan masa, luangkan masa utk balik melawat

Bagi seorang ibu, mendengar suara dan apatah lagi bertentanggan mata dgn anak nya adalah 'Bahagia' yang tak terperi bagi nya..

.................................................................................................................


sedih kan.
bila baca rasa betapa teruknya aku sebagai anak.
patut lah orang kata kasih ibu ni tak terbalas.
selalu la if gaduh2 ngan parents..mesti keluar statement, " nanti kau ada anak kau tau la"
of coz aku tak rasa semua tu. sebab aku bukan ibu.
tapi aku ada kawan2 yg ada anak kan.
so boleh nampak la. memang betul apa yang mama tulis.
dpt anak tu lahir sampai berjalan ke apa semua tu.


macam aku ni.
baru kena suruh2 sikit buat2 muka.
tanya sikit nak melenting. takleh salah sikit pun.
tah apa2 punya emosi. wah matiklah salahkan emosi kan. padahal mmg puaka.
padahal masa kita kecik2. kita buat salah tak kena marah pun.
macam iklan yang 'Burung Murai" tu. anak dia tanya 80 kali pun bapak dia jawab aje.
bapak dia tanya 3 kali je anak dah bengang gila.
isk isk isk. anak2 zaman sekarang.
termasuk aku la tu kan. ;p


macam kita orang memang la selalu cium mama.
papa kadang2 la. aku segan sikit. tah apa segan tah. lempang baru tau.
tp of coz tak sekerap seorang ibu cium anak dia masa kecik kot, macam entry yang mama tulis ni.
tapi i can see the happiness in mama's eyes bila kita orang cium2 dia.
tapi of coz tu semua tak cukup. banyak lagi aku boleh buat.
tapi serious. buat la macam mana pun. tak terbalas rasanya kan. :|


so to mama.
i love u very much.
even though i hardly show it. im not good with affection. *sempatsss. hahah*
despise sometimes we argue to a lot of stuff. me being very rude n etc.
but deep down i really really really love u.
u r the best mom anyone could have. no doubt.
im very grateful to have u as my mummy.


happy mother's day mama.
wish u a long life n a good health. love u always.
so sini aku wish jugak kepada semua ibu2 yang menyambut hari ibu yea. :)

20 Comments:

afiq said... [Reply to Comments]

hepi mother's day!

luvmum said... [Reply to Comments]

salam peej..yeah betul.tak terbalas jasa ibu.skarang kami dah bergelar ibu ni baru kami tau..memang benar bila ktia jadi ibu apa perasaan yg ibu kita penah rasa skarang kita rasa..rindu mak

NenekPenne said... [Reply to Comments]

alamakkkk sedih laa pulak....
aiseyman...

toughcookie said... [Reply to Comments]

hmmm i did quite an emotional entry sempena mothers' day as well. entah... rasa emo semacam and share your mom's sentiments being a mother myself.

i have been a mom for 13 years yet malam ni baru terasa emo yang tak terhingga. tak tau kenapa. rasa sedih sangat :'(

lily lotus said... [Reply to Comments]

aduhai..that was so sweet of ur beloved mom..happy mother's day to her :)

eh betul tu..dah ada anak sok taulah..yer baru skrg diriku mengerti..hehe

Frodo Baggins said... [Reply to Comments]

huhuhuhuhu ... happy mother's day.
rasa hati ibu ... wa takkan tau
tp yg pasti sayang itu x pnh kurang



>>____<<

bedah tembam said... [Reply to Comments]

Alamak... akak TERemo plak baca your Mum's entry. *bergenang air mata*

Selamat menyambut hari ibu with your Mum! :)

Leen said... [Reply to Comments]

Sedih :(
Happy Mother's Day to all Mum in the world~~

Lya Colours said... [Reply to Comments]

huhuuhuhu touching nye baca
kita belom jadi ibu mmg xkan feel apa2
once jadi ibu, mungkin waktu tuh baru sedar kepayahan membesarkan anak2
sama2 la kita hargai mak kita
happy mother's day !!!!!

larra said... [Reply to Comments]

sedihnyaaa..tacing sungguh...

-eLyNhere- said... [Reply to Comments]

huuu sedihnyeee.... nasib la mak depan mate je. kalau mak duk jauh? atau pun dah takde? meraung rasenye bace entry nih..

linda said... [Reply to Comments]

air mata ku bergenang juga membaca entry mu pija..

marinahunny said... [Reply to Comments]

uwaaaa sedihnye..terharu sgt..

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

happy mother's day to all the moms. kite jugak suka kiss mak, nenek, atuk, nenek sedara semua haha. they wud like to feel and be appreciated too. haihs mak gwe jauh di selangor sn. nxt weekend nk balik!! xD

~ini an~ said... [Reply to Comments]

huh...sedihnye baca entry mama ko huhuhu

Anonymous said... [Reply to Comments]

peej, post yg sgt touching...*sob..*


pembaca senyap anda, fathen yaya.

LORD ZARA 札拉 said... [Reply to Comments]

kem salam mama kamu~

terharu baca apa yg dia tulis~

NONIE ABDUL AZIZ said... [Reply to Comments]

huhuhu...aku plak yang nak leleh air mata peeja...tersentuh....so marilah sama-sama kita membahagiakan ibu & bapa kita...

A.I said... [Reply to Comments]

aiyooooo!
kau pulak buat aku touching...hukhuk

Ted Waldorf said... [Reply to Comments]

beli hadiah pe noks?

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...