Instagram : @peejburhan

kesedaran~

tadi baca blog dazzle d
then dia ada tulis tentang life yang perfect.
quote from her entry.

sometimes i wonder..apakejadah lah yang aku nak buat dalam hidup ni.kenapa ada orang boleh hidup dengan happy macam takde masalah, semua benda dapat.

dahlah cantik, kurus, bapak ada ferrari, kerja pun best, gaji banyak. ada bf/husband kaya jugak. macam perfect giler lah life dia.


stress nya lah memikirkan...i'm beginning to question myself..is it worth it?


aku pun ada terfikir macam ni jugak.
selalu la. i mean macam wah indahnya hidup dia.
aku ada sorang family fren ni. dulu jiran la.
dia budak la daripada aku.
memang stock lawa gila. melayu la. tapi lawa dia tu muka ada ala2 gwen stefani n christina aguilera.
takda mix ye. pure melayu ni.
family kayaaaaaa sangat. kaya yang melampau kaya la.
stock uncle tu umur 30ish dah dapat datuk semua.
ni datuk businessman punya ni. bukan kerajaan ke apa ke.
lama tak jumpa la.
tapi baru2 ni ada la datang rumah.
sangat humble n sweet je aunty n uncle tu. takda la berlagak tak tentu hala.

so masa ayol kawin anak2 dia semua ada.
dorang baya2 noy. so aku mmg dorang tak kenal.
sebab masa jiran dorang umur 8 thn ke bawah semua tu.
kau bayangkan anak2 dia semua pakai chanel. tak rasa nak pitam tu.
then dpd cerita. anak 1st tu pakai bmw sport. 5 series. aku pernah nampak la.
sbb dia ada dtg melawat nenek dia depan umah aku.
then yang kedua pulak bawak mini cooper.
siap lepas ni nak hantar sambung belajar kat UK pulak.
then yg uncle ni. datang rumah aku kejap porsche cayanne, then bmw pulak.
siap nombor plate #1 ok.
tu yang rasa. bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
nak macam tu jugak.

tapi tu la. like some people said.
tak semestinya dorang kaya n ada semua life dorang perfect kan.
contoh la. kau rasa kau best ni.
kau cantik, kau kaya, pandai.
tp u're not lucky in love. mesti rasa torture kan.
tak pun orang tgglkan kau, pergi kat orang yg tak ' se-best' engkau.
mesti macam takleh terima kenyataan kan.
atleast macam aku, if kena macam tu. terus sedar diri sambil berkata, 'ye la, aku ni takda apa. dah la tak lawa'
get it?

then aku pernah la sembang2 ngan noy.
cakap pasal duit n kaya ni la.
macam kita yang sederhana ni.
teringin la nak designer's stuff.kalau dapat beli tu rasa indah sgt la.
tapi bg orang kaya benda tu mesti takda hal.
tp tekanan dorang lain pulak.
since community dia semua kaya.
dia mesti tak heran setakat handbag biasa2 ni.
dorang mungkin if nak yg special edition yang lain daripada lain.
yang kena ada waiting list ke. kan???
macam cerita gossip girl tu. harus la kan.

tu kalau benda2 macam tu.
kalau rumah, kereta, barang kemas ke, baju ke.
rumah kau dah semi-d. dah cukup dah sebenarnye. tapi takkkk. kau rasa kau nak bungalow.
dah dpt bungalow. rasa tak cukup lagi. lagi best if ada kolam pulak.
barang kemas. nampak orang tu loket besar lighter. kau nak beli pulak kau punya besar kotak rokok terus.
baju pun. mesti nak designer aje. kau ingat murah?

senang cakap manusia tak pernah cukup la.
if gaji kau rm3k. mesti dalam hati berkata, kan best if gaji rm5k. selesa sikit.
takdonyo. sama aje.
bila gaji kau naik. mula la kau nak tukar kereta lebih besar. harus la akan lebih tanggungan nanti kan.
baru2 ni noy cakap2. dia kata kenapa orang gaji rm1000 pun boleh hidup?
kenapa aku rasa gaji aku tak cukup je ni?
masa aku kerja ****** gaji aku rm1k++ aje. tp ok aje.

terus aku jawab. sebab apa???
sebab dulu kau pakai handbag nine west aje. sekarang kau nak pakai? tak kan.
kau sibuk nak gucci, lv bagai. tu takpa. siap nak target dior la, chanel la.
dulu kau pakai kereta mama je, sekarang kau pakai honda.
ngan asb loan, ngan insurance. kau amik semua nak maksimum aje.
dulu kita makan kerisik pun ok aje. lepak mamak aje.
rambut siap salon bagai. dulu colour pun sendiri je kan.
kau tu hari2 nak starbucks. so kau rasa cukup ke tak?
bengang je perempuan tu.

tapi betul la. dulu if pergi klcc, nak smoke lepak park je.
sekarang dia taknak berdiri tepi2. nak jugak dok starbucks ke dome.
apa ke teruk sangat berdiri tu kan.
hari tu aku lepak ngan jonet.
kita orang nak smoke. so lepak starbucks.
masing2 malas nak pergi beli sbb penat berjalan.
after awhile aku cakap. ish membazir la. beli air sampai rm14.
sedangkan kita minum air mata kucing petalling street tu rm2 je jonet.
so tak jadi beli. so air mata kucing kita.
seee.dah save rm12.
sedap pun sedap kan...indahhh.

so aku rasa definition perfect ni terpulang kat masing2 la.
kadang2 kita tak kaya, tak lawa ke apa pun. if kita ok. tetap rasa happy aje.
mungkin pada kita, rasa mcm life kita tah apa2. tp pada mata orang macam best aje.
tp masalah. kita sendiri yg rasa.
tipu la if kau happyyy je kan. harus akan ada moment2 rasa emo ke sedih ke apa. normal la.
tp macam aku, if rasa down mcm tu. aku akan try pandang ke bawah.
so akan rasa syukur sangat.

walaupun tak kaya melangit.
tapi ada rumah yang selesa n semua kelengkapan ada.
nak online ada internet.
nak tgk tv or dvd ada.
nak makan ada je. tak pernah tak cukup makan.
panas bukak je a/c.
ada mak bapak yg sporting n belikan macam2.
ada adik yang tak berkira.
aku tak mintak pun siap paksa2 nak belikan baju ke apa.
tp ada benda2 jugak yg bg sedih n so on.
tapi if nak bandingkan dengan benda2 best yg lain. so rasa bersyukur.

so akhir kata, silalah gembira dengan life sendiri ..hahah.
sebab kita rasa life orang perfect.
tapi dalam diam kita tak tau ada orang yg wish life dorang 'perfect' macam life kita.
walaupun nan ado sebenarnye. huahauahauahh.

ok aku pun tak tau sangat motif entry ni.
tah apa arah tujuan tah. tp tiba2 rasa nak kupas.
tah apa moral of the story tah.
tp takpa. aku tgh semangat update kan.
so layankan je la ye.

26 Comments:

Shinnaz Ahmad Rasid said... [Reply to Comments]

peej! I suka baca entry you yang ini. sungguh menginsafkan diri sendiri. :p

Putri Nor Ashiqin said... [Reply to Comments]

yer kak peejaaaaaaa sgt betulll gaji byk mane pun tetap takkan puasssssss sebab kita akan mkn ,pakai aper kita buat akan ikut standard gaji kita kan...haihhhhhhhhh saya suke entry nihhh

aida said... [Reply to Comments]

dear peej,

well said entry..betoll....sgt setuju sejuta peratus..

most of the time..kita envy life org lain..tanpa kite sedar..akan ada org envy life kita...life memang macam roda...adakala diatas..adakala dibwh...ketika kat atas..jgn sesekali kita lupa nengok bawah..kalu kat bawah pulak..jgn kite lupa..akan ada masa kita pasti naik atas semula..ehheh....panjang plak pasal tayar...
duit memang perlu..tapi bila dah ada duit..duit bukan segala2nya..hargai apa yang kita ada...kenalpasti apa yang penting dalam hidup kita..mesti kita jumpa bahagiaa.....semoga peej sentiasa ceria dan jumpa bahagia yang dicari

aNnAsUe'G said... [Reply to Comments]

nape ramai plak aku rasa yg buat entry mcm ni hari ni. sedih mk membacanya.
kalo buleh nak je gaji mcm doc. tp nnt selalu plak takde quality time dgn family. hmmm...

aLiYaHaRiZ said... [Reply to Comments]

mmmm...en3 ni memang kak wani nanti2kan. sebab dah lama benda berlegar2 kat kepala otak. tapi tak reti nak diceritakan. Itu pasallah orang dah kaya lagi nak kaya! mcm x pernah puas kan..jadik kite enjoy ajelah dgn life yang sedia ada..

SoFiA.opY said... [Reply to Comments]

peeej!im ur fan!
(tiba2)

karena baru baca blog anda semalam and terus suka

Dan jugakkkkk..sebab entry uli uli aidilfitri tu sumpah lawak gila walaopOn hatiku gundah gelana ketika ini.hihik

Tulah my mom pon selalu cakap, Sentiasa Pandang Bawah, jangan terlalu kerap memandang atas.

So marilah kita bersama2 mengucapkan Alhamdulillah sejuta kali.

YAYY!

jimah said... [Reply to Comments]

kak peej! :D

br start bace blog ni last few days, n mmg x tutup lptp langsung, dok bace je haha best gile kott :D

n dis entry mmg the bomb la. insaf jap bace. hihihi. btul kannn kalau tgh down n rase helpless ke ape, tgk bwh ade je org lg truk dr kte, so xyah nk berkire sgt la ngn tuhan kan. stiap org rezeki lain2. cheers!!

lily lotus said... [Reply to Comments]

insyaAllah ada rezeki nanti tu. mana tahu u kawen dgn datuk berpangkat..hohoo..masa tu jgn lupa we all

imah in wonderland said... [Reply to Comments]

nice one..i like it 2 the most

Dayah said... [Reply to Comments]

Salam Peej,
Agree with you 100%
Apa guna rasa perfect kalau hakikat dimataNya kita ibarat tin kosong, siapalah kita kan.
Hidup seadanya dan bersyukur, kalau rasa tak perfect & tak cukup lihat orang lain malahan ada yg lebih teruk dari kita. Kalau agak2 nak lebih sikit usaha la lebih, nothing is impossible & not easy way to gain it.

Tijah said... [Reply to Comments]

haih. makin sayang aku dgn kau!

Starry Eyed said... [Reply to Comments]

i love your positive vibes! double like this entry! :) and yes, betul, i believe God is fair. Just sometimes we as human yg tak sedar.. Like u said, where some people gets more in one aspect, they might get less in another aspect. we just need to be thankful for what we have kan.

Nur Azilah said... [Reply to Comments]

peeja,

entry ni sgt menyentuh hati,simple tp sgt mendlm...thanks sb secara xlangsung ingatkan kite utk bersyukur atas apa yg kite dah ada...

sori selama ni byk bc tp xkomen,hehehe ;P

Sue@Iza said... [Reply to Comments]

peej, give and take la kan. ada yang dapat, ada yang tak. kalo asik kiter nk jeles tgk org lain, mmg sampai mati lerrr tak puas ati.
(pernyataan utk diri sendri yg slalu jeles T___T)

ice said... [Reply to Comments]

yeah!! peej punye entry de unsur motivasi nih hehe.. bgs2.

dh lame tak bc blog peej.huhu..

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

totally true. kite jugak ada pemahaman camni; that is mmg org biasanya x akan pernah cukup. kalau gaji 2k, lifestyle 2k. kalau gaji 15k, lifestyle 15k la pulak kan.. haha.

but pada kite, perfection of life tu xperlu sgt *esp drp segi material, tho material tu penting jugak*. yg penting kita selasa dgn life kita. kite tgk mcm ko dgn family ko adalah happy semua, meriah camtu.. tu da sgt best sebenarnya. kire family first la. lepas tu nk beli beg lv ke apa, go on je. ikut kemampuan & kehendak masing2 hee.

Norrul said... [Reply to Comments]

kak peej..best la entri ni..betul kadang2 kita lupa nak besyukur dgn apa yng kita ada..rasa x cukup jer..seronok jer tgk org lain pny kehidupan..moral of the story...hargai lah hidup kita ni..
sy sendiri pun sesalu "terlupa"diri.

NenekPenne said... [Reply to Comments]

betul peej apa yang ko cakap..

dulu gaji rm800, cukup jer....
sekarang gaji lebih dari tu pun tak cukup...
yelah, dulu naik bas
la ni nak kereta
dulu tak makan kek secret recipe
la ni makan kek tu
dulu tak kenal TGI Friday
laa ni kenal TGI Friday

so kalau gaji 10 juta sekalipun, still tak cukup2.... sebab citarasa akan berubah.....
kalau dah gaji 10 juta tak kan nak pakai wira lagi....

betul peej, ko memang betul....

estrella said... [Reply to Comments]

peej!!!..u rockss!!!

-buah hati mama- said... [Reply to Comments]

bagus ent3 ni..aku suka and setuju sgt..

Farah said... [Reply to Comments]

bak kate laki aku:kalau kite rase kite susah..kite ni dapat gak makan ayam..kalau orang yang lagi susah..agaknye nak makan telur ayam pon tak dapat..

insaf terus..tak jadi aku order KFC.

ija MaYra said... [Reply to Comments]

dear Peej,

agree with u...bersyukurlah dgn ape yg ada dan dlm masa yg sma berusaha utk lebih maju.
Hidup ini adalah suatu perjalanan seblm sampai ke destinasi yg hakiki.

Anonymous said... [Reply to Comments]

HOI KORANG,TAK SEDAR DIRI LAGI KE DOK NGUTUK2 ORANG.AKU TENGOK TAKDE PUN YANG AGAMA DIE LAIN DARI YANG TUTUP KEPALA KONON SEMBAHYANG LIMA WAKTU,YANG TUTUP AURAT TAPI MULUT PUAKA.BIAR JE LA KAK RED PUAKA,JANGAN LA IKUT SEKALI.KORANG KUTUK PUN BIAR IKUT SALURAN YANG BETUL,BUKAN MACAM NI.INGAT KORANG BAIK SANGAT KE.BAGI SAYA TAK!!!SEBAB BERTUDUNG JE,TUTUP KEPALA,SIAP ADA YANG GENDONG ANAK LAGI,TAPI PERASAN MACAM BAIK SANGAT,MULUT..YA AMPUN,KALAH KAK RED.KITA TAK SEMUA SEMPURNA YA,TAKDE SORANG PUN,DENGAN KAU-KAU SEKALI.SUH ORANG INSAF,KORANG DAH INSAF KE,MENGATA DIE DKT BELAKANG,KUTUK DIE,SEBAR KAN CERITA YANG BURUK TTG DIE,MUNGKIN ADA KEBAIKAN DIE YG KORANG SENGAJA ABAIKAN.BUKAN NK BELA DIA,TPI NK SEDARKAN JUGA KORANG SEMUA NI,ISLAM ADE KE AJAR KUTUK ORANG MCM NI?KITORANG YG KRISTIAN NI SAYA TENGOK TAKDE PUN PERANGAI TERUK MACMA KORANG.YANG JATUH KAMI BANTU BERDIRI BALIK,SILAP DIE KAMI TEGUR,KAMI TK BUANG DIE,BERKALI-KALI PUN DIE SILAP KAMI BIMBING.TAU TAK KITORANG SEMUA GELAK2 JE TENGOK KORANG YG BERTUDUNG KONONYE ISLAM NI TAPI MULUT,PERANGAI SAMA JE DGN KAK RED.YANG KUTUK SIRMAN PUN BANYAK JUGA,LAKI DIE TU BERDISA KE DGN KAMU?TAK KAN?ANAK DIE?TAK KAN?BIARLAH DIA NK BERLAGAK,NK MENGUTUK ORANG PUN,KORANG PEDULI KENAPE?
CHOII!!KIASI......

makcikrehan said... [Reply to Comments]

cik peej... awat tak leh komen dah untuk entry di atas nun.. yg panas memerah nun.. aku baru nak berhujah sepatah dua kata...dah kena konci pulak dah....

abanglong said... [Reply to Comments]

salam

entree yang sangat best dan humble ! keep it up :)

Anonymous said... [Reply to Comments]

i like this entry. so much.
Beruntung di satu sudut, tp mungkin tidak begitu beruntung disudut lain.

orang yg sedikit keinginannya, adalah org paling kaya di dunia ini sebenarnya. kaya dgn kebahagian dan ketenangan hidup.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...