Instagram : @peejburhan

ok dah!~

ok enough la ye.
aku dah tak bukak kotak komen tu.
rimas pulak banyak2 macam tu.
semalam hp aku sampai jam ok.
email masuk, twitter, fb semua.
sepuluh kali kena cabut battery semua.
nasib ada orang ajar reboot je. takyah susah2.
sampai ke hari ni hp aku lag. tu yang tension gila tu.
so dah. cukup!!

aku ni marah tak lama.
by malam semalam aku dah semak pulak baca kisah2 dia yang korang bentangkan.
tu takpa. pastu tiba2 aku rasa bersalah pulak.
tiba2 aku rasa macam first time dalam seumur hidup aku, aku kena hadap 2 hari yang penuh kebencian.
full of hatred. tiap kali aku baca semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaa marah2 n tak puas hati aje.
kejap2 boleh la. lama2 rasa tak best.
sebab saya adalah suka ketenangan n world peace :)
wah kata perasan nak feeling miss world kan. ;p

so harap maklum ye kepada tuan subjek.
semalam aku open komen tu petang. sekarang dah tengah hari.
kau baca la sendiri, belum satu pun backing kau.
sikit aku tak kacau apa kotak tu melainkan baca aje.
aku ni bukan la reti i.t sangat ke apa.
so there u go.

korang ni over tau.
tak pasal aku rasa dah macam blog piahzadora korang buat.
kot ye pun pakai la nama. ni mostly nak pakai anonymous.
aku tak gemar anonymous ni. sorry la.
kenyataan, semua blogger tak suka anonymous.
esp anonymous yang mulut boleh tahan puaka kerja nak hentam orang je.
aku pun takut. bukan takut la. menyampah sebab, kalau nak kutuk bawak depan la. apahal nyorok2 kan.
get it? get it?
tapi aku tau anonymous ni pun bukan orang lain.
selalunya pembaca setia kau yang suka kipas2 kau. n nak terus kipas.
sebab if pembaca tapi dah tak minat nak baca. dorang berani pakai id dorang.
so kalau korang rasa teruja. korang buat la petisyen suruh piahzadora kembali ke apa.
mana la tau dia dapat tau n mendapat inspirasi. tiba2 muncul je blog tu.

aku buat entry tu bukan nak suruh orang sokong ke apa ke.
sebab aku marah sangat.
selama dua hari entry tu kat situ.
aku dapat sedar lagi 2-3 benda.
ni aku cerita apa yang aku rasa la ye.
sorry aku tak paham macam mana orang boleh suka bila kena puja2 n puji2.
siap akan marah if orang tak puja or puji.
sebab seriously, semalam baca komen korang cakap, u're the best la...salute la..terbaik la..
then masuk pulak email segala tu. puji2 lagi, lambung2 lagi.
jadi takut ok.

kalau korang perasan ada satu komen cakap.
bukan salah orang tu ke apa.
dia jadi macam tu sebab ramai sangat orang puji.
pedulik la ikhlas ke tak. tapi if hari2, pastu makan tahun orang puji n kipas kau je.
memang kau akan meninggi diri ke apa la.
macam malam kelmarin. mula2 aku suka la ada orang sependapat ngan aku.
siap kembang2 hidung. hahahah
pastu dah masuk siang aku dah rasa lain macam.
orang bagi email lagi la aku tak tau nak reply apa.
i mean cuba bayangkan orang bagi things like, " peej u the best, u deserve a big applause from the whole wide world" tu contoh ye.
pastu kau nak aku reply ape?
"oh, thank u, i tau i best. im the best"
tak kau rasa nak lempang ke. serious aku tak reti nak reply sangat.
sebab tu aku tak reply lagi email yang some of the email yang korang bagi.
sebab seriously, aku ni tak best langsung. takda apa yang best pun. aku takda apa weyh.
aku nak terima tu pun aku rasa macam tak sesuai aje.
esp bila benda yang orang dok puji2 tu datang daripada benda yang tah apa2 je.

then masuk malam aku dah rasa tak best langsung pasal semua ni.
esp bila baca komen2.
ramai hentam cakap bahasa dia. rempit la apa la.
well, baca tak entry aku tu?
marah punya pasal bahasa aku pun kesat gila.
so aku pun sama aje.
tapi sebab korang tengah marah kat orang lain.
korang terlepas pandang kot.
so im no different. sama aje.
cuma beza, aku mmg mulut puaka n i admit it.
aku takdak sorok la. family aku pun baik punya baca blog aku.
hahha. mama lagi takleh blah.
aku tulis entry tu, terfikir la apa la mama cakap nanti.
aku ingat apa yg typical mak2 cakap macam, " kenapa kau tulis macam tu? tak elok la. kesat sangat" tak pun dia akan cakap, " marah tu sifat syaitan, jangan layan"
tu selalunya la kan..sekali tengok mama komen.
" singa betina dah mengamuk"
ceh hampeh. maybe sebab dia tau aku bukan selalu marah.
ok tipu. kat rumah aku selalu je moody2 mengamuk2.
tapi jarang la aku nak amukan tak tentu hala ngan orang tak kenal.
aku jenis pendam aje. sebijik perangai papa.
so kalau aku amuk tu maknanya betul2 marah la tu.
noy n mama memang terel bab2 ni. so kira amukan aku tu mengikut dorang la.
maybe dalam2 aku ikut perangai papa, tapi dalam diam ada terselit ke'singa'an mama n noy. mueheheh.

lagi satu,aku ni suka fikir pelik2.
tengok penuh kemarahan komen2 tu.
aku terbayang tiba2 setan tepuk2 tangan. haha boleh?
bengong gila. so aku macam jadi takut.
ye la. sebab orang semua mengamuk2 n marak2 macam tu kan.
tak pasal semalam jadi hari yang menakutkan.
sorry aku tak takut kat manusia2 ke apa.
aku jadi takut dengan Tuhan. katakanlah Allah nak uji. kejap je dapat balasan kan. ok aku mmg pikir lebih. ;p
paling takleh blah, takut sangat aku asyik la doa, "jangan la aku hanyut dengan puji-pujian ke apa"
sorry acik tak biasa kena puji2 ni.
siap aku pesan kat kawan2 aku, andai la kata aku macam ke arah kehanyutan sila la lempang aku.
if la lepas tu aku cakap, "ala kau jealous ngan aku",  sila upah orang pukul aku sampai pengsan. hahah
aku bagi tau noy, noy cakap tak payah. orang first lempang aku adalah dia.
biadap gila punya adik. derhaka ok.
tapi betulkan. kena ada kawan or family yang ingatkan kita.
kalau semua layan je perangai kita. tu yang boleh lupa diri ke apa. Nauzubillah.

akhir kata, aku nak mintak maaf kat orang sekeliling yang tak pasal terlibat.
ye la aku marah kat sorang aje. tak pasal orang keliling dia korang kaitkan.
tapi bak kata pepatah, "mulut tempayan boleh ditutup, tapi mulut orang? tak dapat la nak ditolong"
sorry aku tiba2 lupa apa sambungan dia. daripada semalam aku cuba ingatkan tapi takleh ingat.
padahal aku memang la gila pepatah, favourite masa jawab karangan. dapat extra mark :D
tapi ada sambungan pepatah, " kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa"
so fikir2 kan lah.
oh lagi satu, "jangan la mencari pasal dengan orang gemuk bermulut puaka, kerana nescaya cilaka badan" hahaha ok fine. it doesn't rhymes. tapi takpa la. janji message tu sampai je.

ok dah. entertainment is over.
pergi buat kerja masing2. jangan nanti orang cakap kau makan hasil free pulak.
aku tau ramai terganggu perjalanan sebab dok mengadap kotak komen tu je.
so sekarang sila teruskan hidup.
ok itu aje. terima kasih.

p/s : if la korang masih terbawak lagi topic pasal entry bawah ni, sebarang komen2 mengutuk yang melibatkan benda yang takda kena mengena aku tak approve ye. tapi if 'ada' la yang puji..jangan risau. aku dengan jujurnya akan approve. aku tak keji.

88 Comments:

Asz said... [Reply to Comments]

hi peej, 1st time i read ur blog yesterday ... honestly am quite shocked ngan komen yg beratus2 tuh ... dasyat weiii!!

anw, keep it up ... be urself ... gaya penulisan yg bersahaja tp mkn dalam dan buat org terpikir ... esp entry nih ... kita sume manusia biasa yg x lari dari buat silap kann ...

take care & hv a nice day!

p/s: i luv da last part yg terganggu perjalanan dok ngadap kotak komen tuh ... its soooo true ... hahahahaa

lulu90 said... [Reply to Comments]

peej! u are so nice... :))

Anonymous. said... [Reply to Comments]

we still love you peej hehe.

but seriously fun gila baca comment-comment kat entry lepas. frust sikit-sikit kamu sudah tutuppppp haha.

cik tina said... [Reply to Comments]

sumpah memang best refresh comment semalam..tak jadi kerja..ok sambung balik kerja..

makcikrehan said... [Reply to Comments]

okies.. habis sudah cerekarama... makanya makcik tak jadila nk komen...hihihi

Ann said... [Reply to Comments]

biasa laa peeja, time marah mmg kesat bahasa..yer laa..hati tgh panas laa katakan..sapa yg marah2 cakap bahasa lemah lembut sopan santun??hehehehe...but anyway..hidup mesti diteruskan...

Anonymous said... [Reply to Comments]

akak mcm nak nangis pun ada,nak ketawapun yer bila baca bab ni.rasanya pjburhan ni seorang yg matang...

Alia said... [Reply to Comments]

Lolololol!

You are hilarious!!

Tak pe Pija, kalau kau terjebak mcm tu, aku akan sepak kau laju laju jugak. Hahah eh, sesuka hati je aku nak sepak orang... Hahaha!

reena said... [Reply to Comments]

Bab 'terganggu perjalanan sebab dok mengadap kotak komen tu je.' OH SO TRUE!!!

Pang! Terkena ok. Siap tak mandi & makan malam lepas balik keja sebab nak hadap comment box tu. Hahahaa!

fathia said... [Reply to Comments]

ya well, well said and done.
all the best!
:)

c1k zuer4 said... [Reply to Comments]

ala..dah habis ke...
:)))

mum2h said... [Reply to Comments]

peej...ber'blog' lah dgn hati yg ikhlas ok? Insya Allah tidak akan hanyut dgn pujian ;)

putri_xue said... [Reply to Comments]

it's ok peej. at least, u know that u r not alone.

stay comel ok! :-)

cik syahira said... [Reply to Comments]

assalamualaikum peej.

lega bila baca entri ni.
at least dah cool down la kan.
ok jom happy happy..
wink.

toughcookie said... [Reply to Comments]

good move.

tembikaimerah said... [Reply to Comments]

sebenarnya kan peej, saya tulis komen tu untuk troll (oops), since too many comments bashing her.
but make sense kan...i mean, there must be reason for everything.

but i dont fancy her.

Pnut said... [Reply to Comments]

aku tau ramai terganggu perjalanan sebab dok mengadap kotak komen tu je.
so sekarang sila teruskan hidup

erkkk sangat terasa... menyucuk-nyucuk...

aNnAsUe'G said... [Reply to Comments]

dun worry,
kalo ko lupa diri nnt, aku call awek bali tu suh dtg malaysia suruh die uli-uli aidilfitri kat ko lgk! muahahah!

syida_spears said... [Reply to Comments]

haha,mmg xtenang hidup ms mlm entry tue kuar. asek refresh jea kejenye. mmg keja xsiap..tp entry yg nihpun lucu..ngeh3..

Nor Aishah said... [Reply to Comments]

peej semalam mmg terhenti perjalannan kejap sampailah pagi tadi.. sbb 1st time tgk komen yg beratus2 tu..

Lya Colours said... [Reply to Comments]

hahhaa dari semalam sy baca komen2 kat entry lepas
gila rasa macam tgh update news kat utusan online ke hape ni kan
haha serius best
fat is cute. wah tibe2 =D

Ceera said... [Reply to Comments]

Ya ampunnnnnn
aku baru je baca blog ko nie. Tak sangka ada citer panas...

Yang penting, blog ko antara blog terawal yang aku baca...

putingtetekmerah said... [Reply to Comments]

tak pasal² aku follow blog kau... hahaha..

sI tEDI said... [Reply to Comments]

la la la la la.

aku tak nak komen

la la la la la

aku nak baca komen jek

he he he he he

........

okey!

okey!

kerja!!

ct fad said... [Reply to Comments]

huhuhu..aku suke statement tu..mmng sampai ke mlm smalm dukk still nk bace komen org pasal entry kau tu..dasat giler arr
ok dah ,lps setan berparti dgn komen2 yg ber bau kemarahan(brjaye mnghasut manusie)hahaha..hr ni bg die relaks..tenangkan pikiran(takut nanti masuk paper top blogger bunuh diri pasal tekanan perasaan tahap gaban pulak)hihihi,
betul gak ,orang selalu eppy marah x lame,x der dendam2 kesumat ni,wt per nk serabut kepale menjahanamkan otak dgn perkare or perangai org yg brlagak diva yg mcm budak2 nk berebut aiskrimm jer..fuhh verry funny..
Tak boleh tahan..nak jugak..

CikNon said... [Reply to Comments]

hi peej,

:) bagus dik, setiap kali marah kita kena cool kan, cool tak bermaksud dah ok, cuma kita perlu tenang. sebab peej rasional.

SoFiA.opY said... [Reply to Comments]

yeayy

seb bek saya tak guna ANON ANON ni

=P

ateen saad said... [Reply to Comments]

ok.. aku bitter sebab baru tau pasal entry ko yg last tuh.. *matila kantoi tertinggal katebang tahap dewa punya*

mak tanak komen lebih2..cuma nak cakap yg ini jer.

terima kaseh la RM sebab memberikan mak vocabulary baru. mak paling soker yg famousity tu! owh, dan mahsasj juge! :D

hotcocoa said... [Reply to Comments]

sudah2, ko updet je mcm biasa balik. esp psl makan.hehe.
aku dah lama nak tau kedai seafood yg ko pegi kt BB tu tp jnuh aku cari tak jumpa

Pink Mama said... [Reply to Comments]

Akak dah 2 hari duk mengadap kotak komen Peej tu =)

Anonymous said... [Reply to Comments]

sini tader brg free ke peej?
opssssssssssss


:P

ija said... [Reply to Comments]

peej, saya rasa awak ni ala2 kimora lee versi malaysia..walaupun mulut adalah pu*k*..tapi adalah terbaekk...hehe

syazana said... [Reply to Comments]

Peej well done sebab dah cool down,relax okey.i follow both of you,dan tak tau apa yang berlaku sebab dah jadi katak duduk bawah tempurung.Yang penting terus menulis okey..

Leeds Al-Malique said... [Reply to Comments]

yeahh! sehari dua marah should be ok, pastu kita move on, takpayahla nak berdendam merempan sampai 6 bulan. ;)

AA said... [Reply to Comments]

first time landing sini. sungguhlah aku oblivious dalam gossip dunia bloggers ni..

Marina Monroe said... [Reply to Comments]

Apa yg terjadi semalam ada hikmah nya, ramai dpt luahkan apa yg berpendam dan terbuku, Peej sendiri dah luahkan, so tammat.
Apa pengajaran yg semuat perlu tahu??
1) Jangan mempersendakan atau hina sesama insan
2) Jangan sesekali rasa bongkak atau ego kerana kejayaan yg Allah kurniakan
3)Jangan kedekut utk memperluaskan ilmu kejayaan kpd kawan2 sebab itu adalah hak Allah semata2
4) Kemarahan itu ada pada semua insan tapi how u control yakni dgn sabar, kerna kalau berlaku kemarahan, adalah kawan syaitan. Sabar juga ada tingkatan nya, bila sesaorang itu telah hilang sabar, kemarahan akan berganda..and again syaitan takes place
5)Dendam dan hasad dengki, emmmm hilangkan dari diri, ia nya perosak iman
Aunty harap semua dpt musabah diri dan tingkatkan makam

Perlu tahu sesaorang di jadikan olih Allah utk mencari dan memperkukuh diri

ILMU, IMAN, DAN KEKAYAAN
carilah ilmu, teguhkan Iman dan YAKIN LAH...KEKAYAAN AKAN MENYUSUL

ALLAHU AKBAR...

A.I said... [Reply to Comments]

GILO!!!

kt bawah nu smp 340++ komen! mak hebat. ekekekeke

lilRed Farah said... [Reply to Comments]

fuyyoooooooooo
peeja mmg best la
i leb yu peeja...
i want more peeja
more of peeja!!!
eh eh ... mcm dah lain bunyiknya...
hahahha

akhirkata..hidup peejazadora!!!

gagagaggaga

ni ade yg kene lempang tak pasal ni
mak kau elok bg nasihat aku berjimba mcm kene rasuk setan
kau punye setan la ni belom hilang lg dr aku
sile azan pat tinge aku pelisssss

ok farihah...stop it!

we said... [Reply to Comments]

peej, rm x update blog pun..tgh musabahah diri ke..or tgh terkedu..hehe

tata said... [Reply to Comments]

auntie,

i agree with you ;) ... moral of the store org diam2 tak kacau kita jangan cari pasal kan ;) .


peace peeja ...

Rina277 said... [Reply to Comments]

good advice aunty..sesuai utk semua org..semoga aunty cepat sembuh n dirahmati ALLAH..

Hazey said... [Reply to Comments]

Alhamdulillah, semoga semua baik-baik saja

p/s : nasihat ibu@aunty memang sentiasa betul, dia yang melahirkan kita dan dia tahu siapa diri kita yang sebenarnya..

lol

sepet a.k.a zack_u said... [Reply to Comments]

hehe..macam2 perangai orang kan pija,
ceera n vp pernah pesan masa nak buat blog dulu, layan takpe tapi jangan nak sampai berkawan lebih2..and ofkos banyak lagi dorang bg nasihat...biasalah hidup..buat hal sendiri lagi bagus..tak kacau orang, biarlah orang nak kata kita ni bosan asek update benda sama tiap kali atleast kita hepi cukuplah...

but, saya memang suka pija dari dulu, entry paling tak boleh bla yang masa pija kecik2 naik kenderaan tentera kot yang pija terjun dari situ..haha! lawak gila..eh ni puji ke?? alamaksss....

saya suka pija dan noy mama..!
tiga tiga best!

faiezspeaks said... [Reply to Comments]

hahah.. ko ni peej, aku tak kenal ko melainkan dari blog... ko mmg sempoi and kelaka haha..

anyway, ni jawapan persoalaan ko:

"mulut tempayan boleh ditutup, tapi mulut orang?"

Takleh tutup cam mulut jamban cangkung. (jamban duduk boleh tutup)

Hmmmm percubaan menjadik kelaka adalah fail.

Anonymous said... [Reply to Comments]

I takde tempat nak luahkan perasaan ni except I was thinking ok maybe you over-reacted...tapi today I went to her blog and saw her latest advert...I rasa OMG...I am not sure if someone 'normal' would do that (have to see her blog to understand what I am talking about).......

N.Q.R said... [Reply to Comments]

sumpah ko bes.kalau aku jmpa ko..series aku belanja ko 2 kotak rokok!

anti bulu mata unta.lalalala~

Kapten said... [Reply to Comments]

elakkan kena puji sebab itu yang akan lalaikan kita kelak.

next time... better benda2 macam ni jangan layan sangat ler. dia serang ko buat bodoh jer. komen kutuk2 dia tu, sebahagian ko tanggung gak tau... kira sama2 share


apa pun... aku dah lama kenal blog RED dan baru ke blog ni. Tak ada hati nak jadi reader blog tu...

Anonymous said... [Reply to Comments]

ok- terus sambung keje yg tertangguh muhahahahha

Benz said... [Reply to Comments]

jenuh ok nak khatamkan komen2 tu semua. bila baca2 balik rs mmg ko idola dia kot peej. hahaha! especially psl kucing. aku sangkut baca blog ko ni psl si chemot n makanan.
pekabo ek chemot?

Anonymous said... [Reply to Comments]

banyak nya tukang kipas hehehhe..
jujurnya ada entry peej yg saya suka dan ada yg tidak...saya ni manusia yg kedekut memberi pujian, sebab saya tak mahu jadi low sangat satu lagi..sebab saya tak suka hippo..aku akan kata "ko best lah peej" setelah aku menjadi kawan ko di alam nyata setelah 5 tahun, lepas lulus ujian aku..errr 5 tahun pon tak cukup maybe 10 tahun kot...errr sebenarnya tiada satu jangka masa yg boleh beri jaminan...tapi buat apa aku nak envy sangat atau fanatik ngan ko kan atau mana2 bloggers..aku pon ada life..semua org ada life...dan kebanyakan blogger ni MACAM ada split personaliti (merujuk blogger yg aku kenal di dua alam yer)...dalam blog tu lemah lembut cam baik..tapi dulu blogger tu pernah satu kolej ngan aku..selalu jumpa dalam toilet (contohnya)...so tahulah serba sedikit kehippoannya...tapi mungkin dia dah berubah mana tahukan ...kadang2 kebahagian yg dipaparkan dalam gambar pelsu saja..hati terbakar mana nampak asapnya....lumrah manusia nak cerita yg best jer...ada ko pernah jumpa entry mcm ni dalam blog bukan anon..yg cerita masalah...so tak berbaloi aku nak fanatik sangat puji bagai bahagianya ko..lovingnya husband ko....based on cerita ko dan gambar ko...tak valid jah aku nak wat keputusan..setakat baca jer lepas tu walk away....

aku akui ler walaupon berat entri ko "Monday, April 26, 2010" memberi banyak pengajaran pada aku tentang manusia....tetapi bukan pada diri subjek or suspek sahaja heheheh tapi pemberi komen dlm entry tersebut.

ada yg saya notice ada SEGELINTIR yg beri komen tu merupakan kwn kepada subjek yg selalu tinggalkan komen dan juga menyokong subjek tapi kenapa sekarang terbalik kot?

fuuhhh kalo ko pernah satu ketika jadi kwn baik dia dan berdasarkan cerita dalam blog subjek nampak mcm rapat dan ko x puas hati kenapa gunakan isu org lain untuk nak buruk2kan dia...org mcm ni pon aku takut..serius aku takut....aku tak terkejut beruk pasal entry ko pada subjek, sebab well aku bukan fanatik pada sesiapa kecuali diri aku ngan pamili aku, tapi aku lebih terkejut buruk bila baca komen kwn dia bantai dia balik...serius org mcm ni aku tak boleh buat kwn..mungkin satu hari boleh puji aku..satu hari boleh tikam aku...dan ambik kesempatan atas isu ko peej, kenapa takut nak guna platform sendiri ....so eiiiii mcm2 perangai manusia ni.....takut2......

from
unknown.....

Che Sue said... [Reply to Comments]

ekceli nk puji cara ko handle benda gini, tapi tgk dah berlambak komen ko dpt..so abaikan..
just nk lari topik skit..aku nk puji bab cantik ahh theme yg ko pakai skang ni pija..teraanng bijik mato nk baca..font pun bosa sedang2 elok..baru extra terhibur membaca..everything pun kemas n tak byk iklan serabut2..
ok..sekian, time kaceh..

p/s-saja nk nyemak kekdahnyer..hehehe

putingtetekmerah said... [Reply to Comments]

kepada from unknown.. kau betul.. dan kau ada tak betul.. betul tentang pengajaran kepada pengomen.. tak betul tang kau tak suka pengomen kata "ngko da best peej".. tak salah pun, sebab komen macam tu berdasarkan apa yang peej dah lalui dan jugak apa yang pembaca lain lalui.. bukan semua orang boleh terima dipanggil gemuk ke gemuk anak haram ke..
aku sebelum aku komen pun aku tengok dulu blog zamirah tu (dulu² pernah terbukak sekali blog dia tapi tak follow la sebab tak berminat cara penulisan dia).. yes, memang betul, ikut suka dia nak beri gelaran pada orang lain.. dia nak tulis kucing dia main dengan bantal busuk dia ke karpet merah dia ke, itu dia punya pasal.. tapi kenapa perlu beri gelaran pada orang lain?.. dia cari makan dengan pakai baju rebit (playboy tu korang tau apa sumber pendapatan dorang?.. so, pikir halal ke haram duit tu..) tu dia punya pasal, blog dia, dia punya suka.. tapi bagi gelaran kat orang, mengaibkan orang, hak dia ke?..

Anonymous said... [Reply to Comments]

i think i agree dgn komen dr unknown...esp pada siapa2 yg join kutuk RM...u shouldn;t do that. coz nobody perfect...& actually tanpa korang sedar....korang ssendiri pn sebenarnyaa lebey kurang sama jerk...( ada ke korang citer pasal keburukan korang sendiri??) well tkder kan ?? so kita tkder hak nk komen sampai mcm tuh skali..sebab diri kita pn blom tentu perfect...tak banyak..skit mesti ada dalam diri tu...nk tunjuk..aku lah yg baik..ada good life...aku ada good husband...btol tk?..heheh
saya komen aje..tkder blog pn...
even kalo nk letak gamba pn..mesti korang pilih gamba2 yang korang nmpak cantik jerk kan..?..tkkan korang nk letak gamba buruk?..btol tk.?...so chill laaa....

p/s- i;m not RM fan or peeja...but i read both blog...afterall semua blog pn balik2 citre pasal life memasing jer pn...kalo nk info..baca blog che det ke...utusan.com ke......hatta Hmetro...
semoga kita semua dijauhkan dr setan2 yg dah berjanji nk menyesaatkan kita semua..ok..peace...

bvlgarigirl @ Arianna said... [Reply to Comments]

Hari ni 2 jam membaca komen kepada entry itu. Dan-dan nak tinggal komen, dah disable. frust tak boleh masuk buku sejarah komen paling banyak abad ini. Hahaaa..

Anyway, tabik spring lah peej. Nobody dare to speak up like that you know. I adore you...hah tetiba.

AKu baca juga blog itu tapi of course la, i like your blog more. aku tahu sekarang kau pun tak nak dgr orang memberi ulasan panjang-panjang buat kau pening. Dengan harapan dia dah get it. Kau take care !

Munirah Abd said... [Reply to Comments]

cuma satu je peej aku kagum ko boleh bagi pendapat yang begini. sbb aku igt ko cam xde nak matang2x. tapi bila baca entry ni persepsi aku terhadap ko dah sedikit sebanyak bertukar.

sila kekalkan jangan hangit hangit tahi kambing :D

mijn said... [Reply to Comments]

peej,u jenis yg lambat marah tapi cepat cool. org yg camni jgn di provoke, meletup tak sudah nanti.
wpun u dah cool,bukan u dah kalah, yg dia tu pun jgn nak tibai2 u lagi. baca tweet dia rasa macam "apahal nkau ni.." sesedap jub dia je panggil orang mcm2...
ok mlm ni boleh tidor lena takyah refresh comment..

Schalfyzcha said... [Reply to Comments]

Peej, ko memang keji. Tapi keji ko bertempatlah. Aku dah lama dah tak baca blog dia sebab entahlah, aku tak paham sangat bahasa yang dia guna. I dun loikee. Tapi tu lah, hari tu baca metro cakap blog dia ada komen TERBANYAK, aku cam err.. ye ke? Peej, berdasarkan jumlah komen dalam entri ko yang lepas, aku rasa blog ko dah selayaknya masuk metro. Serius ni Peej.

Aku tak tahulah kenapa aku nak tinggalkan jejak kat entri ni. Walhal aku jarang komen blog orang. Aku just berdoa supaya mummy merah akan insaf dan kembali berpijak di bumi yang nyata. Kalau dia humble, lg orang suka dan sayang pada dia.

Nad.is.me. said... [Reply to Comments]

Yang anon ke unknown ke yg macam pahamers,

Tolong jangan macam paham. Kau ingat kau dah best, tapi padahal tak.

Kalau tak tau, buat cara tak tau. Yang korang-korang baca entry semalam tu semua SIKIT aje dajal dia. Baru tempias-tempias. Tu pun si peeja dah banyak bertapis.

Sepuaka-puaka kita ni pun, at least bila kita menaga, masih ada limit.

Aku cuma nak cakap je, kalau tak tau cerita, tolong jangan macam paham. Orang tu dulu baik dgn dia ke, lepas tu sama melanchau komen kat sini hentam dia ke, tu semuaaaa sendiri punya kubur, sendiri jaga. Like i've said, kau tak tau apa jadi, what's the full story, jangan banyak bunyik kat sini. Pasal komen kau tu tak function langsung.

Ps to anon: Kau je ke yang smangat letak gambar buruk kau tu? Jujur betul kau ni.

Yang si unknown pulak, kau ni mesti loner kan. Kawan pun nak judge sampai 10 tahun baru boleh jadi kawan. Hebat betul kau?

Manusia berubah dowh. Manusia BERUBAH.

Sorrylah peeja aku menaga lagi. T_T

Hazrey said... [Reply to Comments]

peej, im sad. very sad. and this entry of yours really made me sad. tapi are you famousity semalam? lols !

anyway, im sad, bekos, i know i will miss adegan tarik rambut, tarik baju, or I was wishing it could be done kat swimming pool. Shedih ni...

Eh pompuan gaduh cubit jugak kan? Cakar? Ganasss.. can i watch? please please please.. ok, once again, i leave now.

farah said... [Reply to Comments]

Nadh, i totally absolutely agree with u! tak payah nak buat paham.. diam sudah..

peej, u are indeed a nice and true girl!

!Nt4N said... [Reply to Comments]

fuhh, 1st time aku komen kat sini..kot?dulu peej pernah komen kat blog aku skali masa zaman blog aku nama nnurintan n ada 1 entry tu aku tulis entry panas "sayangkan anak, tangan2kan.." xtau la peej ingat lagi ke x..time tu terkejut den sbb peej bole singgah blog aku yg x seberapa tu n bagi komen ikhlas..

wahhhhhhhhhhh..

tapi bukan tu yg aku nak highlitekan..yg aku paling x suka ialah orang2 yg nak komen kat sini tapi xnak guna nama yg da diregister utk blog korang..dan2 ni la korang xde blog eh??dan2 ni la ada yg ngaku "i bukan kipas sapa2..dedua blog pun i baca"

what the hell??

kalo x suka terus terang je la..

cakap cani "AKU BENCI LA NGAN REDMUMMY TU SBB DIA BERLAGAK!!TULIS MACAM REMPIT!!MUKA MACAM ITIK TENGAH MENYUDU!!bla bla bla..

haa tu antara kata2 Anonymous yg hanya suka baling batu sembunyik tangan..

SPEAK UP BABE!!

dunia ni bukannya beso mana..ko pusing2 ko jumpa balik org yg sama..

apa ko ingat selama ni kalo ko kipas2 dia tuko dpt duit dari dia ke??dia bayar ko ke??

then apehal ko nak takut kalo ko kutuk dia guna nama sebenar??duit ko putus ke??terus xde income ke ujung2 bulan dari dia??

wahhh tgk kan aku lak yg meroyan kat sini..

zAnNa@mAMaBaTriCE said... [Reply to Comments]

apa2 pun...bersikap merendah diri itu lebih baik dari sentiasa mendabik dada.....fikir2kan lah...

Melz said... [Reply to Comments]

dalam dunia nie memang takleh nak tutup mulut orang ;\ .

so apa2 pun kita buat jer apa yang kita rasa betul dan best ;]

Regards
Melz

Techviewz.Org said... [Reply to Comments]

member aku post kat FB yg lebih kurang berbunyi "we hate redmommy.com" ... dan membawa aku terjebak membaca blog "peej" buat pertama kali dan aku dapati ... U ROCK !

takde sapa pernah merekodkan siapa blogger pertama ker ... pioneer blogger kat Malaysia ker ... tuh semua bullshit ... sebenarnyer lebih kepada nk canang atau cari popularity jer...

OK lah .. tu jer. lat skali ... again .. U ROCK !

miss dinza said... [Reply to Comments]

peej gua sokong lu..buat apa marah or dendam2 ngan org lama2 buat sakit kepala,buat rosak mood riang ria..pikir2 nnt muka cepat kedut..

atoyis said... [Reply to Comments]

babe..you are the best...i like..heheh

syahirul said... [Reply to Comments]

salam.. 1st time masuk sini.. huhu sila welcome aku ye.. haha.. joke!

erm sudah2 la tu gado eh.. kwn2 peeja pon sudah2 la.. biarlah benda ni abes kat sini.. peace!

nak komen ni satu aje sebenarnya.. tgk kat blogger profile (kalo betul gambarnya le), saya nak kate tuan blog ni lawa le.. haha.. itu saja :P

happy blogging oke!

Sue Anna Joe said... [Reply to Comments]

Banyak kali tergelak baca entri ni. Anyway, mesti rasa agak lega dah lepas cakap. But IMO nanti seminggu dua ke, you simpan saja entri tersebut, draftkan, cause you've already made your point. Bukan nak sorok-sorok, but it's for your own good, yelah dari yang tak kenal sapa that person you kutuk, cuba korek dapat tahu, dan turut membenci dia kan. Not nice la laiddet.

But it's your blog, it's your choice. Just an opinion, since I have done an entry macam tu, but perhaps not as mengamukla. Left the entry up for a while, tapi rasa macam tak sedap, so I decided to draft it. Terus rasa suci murni kembali blog. Hahaha.

I like your straight forward honesty. :)

fathia said... [Reply to Comments]

terima kasih nad.

F A R Y N said... [Reply to Comments]

peej,

macam yg aku paste kat ym smlm, still lagi menongkat langit tu...tak ada rasa rendah diri lagi...org mcm ni ludah kat muka skalipun,prangai tetap gampangss...

makcikrehan said... [Reply to Comments]

ape kisah kiahzadora ni weh? sungguh aku tatau hujung pangkal...

korang dok mention2 zadora-zadora bagai..tak nak lah aku tertinggal dlm arena pergossipan para bloggers! hehehe


sudi2lah kepohchi kat aku wey...

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

kite fikir benda yg sm, peej. like.. kite tgk, kalau sorg tu tgh marah, org2 len yg berada di sekitar biasanya akan menambahkan lg kemarahan tu. benda ni bukan berlaku kat blog ko je, kite tgk kat ofis kite pun sm. for me, kalau org tgh mrh kat org len, better jgn diapi2kan lg. tp faham, perasaan org mana ley nak kawal.. lolx.

Drama Mama said... [Reply to Comments]

glad i came across this blog. sekali baca terus masuk blog list. memang best! ;-)

http://twinkywinkystars.blogspot.com

miss nina said... [Reply to Comments]

actually, this is my first time view ur profile.
ini jugak kunjungan yang kali ke berapa ke blog ni. too early to judge ur situation. tapi betullah, semua orang berhak rasa marah/kecewa ;it's normal peej.

ur expression of anger takdelah too harsh. see, dah cool pun. i like ur phrase "world peace"--this entri mmg ada unsur2 world peace.

btw, keep on blogging :)

Anonymous said... [Reply to Comments]

saya pun gemuk n buruk...

tp sy hepi

Rush Murad said... [Reply to Comments]

bravo!! kalau aku nak tulis cerita pasal pompuan perasan diva tu...mau 345 hari tak selesai.... ramai yg tak suka cara dia...but well...sebab dia rasa dia bagus...tu ler masalahnya...

si G.E.D.I.K.S said... [Reply to Comments]

asam pedas sedap kat mana?? omg teringin jugakkkk bace kat tweet tuuu hehehee

Blitney said... [Reply to Comments]

Good thing for you,Peeja sbb ko ada rasa kemanusiaan skit.Bagus!

Senang cerita,aku baca blog ko dgn dia.Aku pun tak pernah jumpa dia.. sekadar komen, email skit2.Tapi dia bagi aku biasa je.Tak mcm apa ko dan pengomen gambarkan.But....Tu yg buat aku careful nak dekat dgn dia.
Cuma aku tak dapat nak puji lambung dia, atau ko.

Jom bersihkan 'sampah-sarap' kat blog world ni.Barulah Worlddd!

lindosh said... [Reply to Comments]

bak kata bro rush.. 345 hari pon tak abis cite diva tu haha. ramai tak suka.

n mostly adalah org yg pernah rapat ngan dia dulu. why?? why?? hanya mereka yang tau

skang ramai yang dah lari sebab tatahannn wooo :P

razzi@ajeet said... [Reply to Comments]

hye peeja.. dapat tau blog awk ni dari my fwen dr penang jumie..

personaly sy mmg suka cara penulisan u.. bahasa u cukup bagus. tak de kelaut n mudah faham..

sy x berapa nak folo sangat blog si tetttttttt tue walupun sy pernah diselitkan dalam entry die. saya tau pun sbb kwn bagi link.. hehehe

awak cukup sabar dgn die kan walaupun.......***

ape pun.. pendapat saya
"biarkan anjing terus menyalak dengan bayang2 sendiri" wahhh peribahasa hentam kromo.. keh keh keh

Anonymous said... [Reply to Comments]

wahhhhhhhhhhhhhhh notice of demand la ko...takutnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee~

Anonymous said... [Reply to Comments]

salam..

dia nk issue notice of demand..nk bwk g mahkamah agung la kot pasni..kes besar tahun 2010..kalah kes liwat Anwar Ibrahim.hahahahhaha...*gelak sbl guling2*

u can c now how unmatured she was..

peguam malang mana la yg nk amek kes bodoh mcmnie?

noname said... [Reply to Comments]

OMG... Notice of Demand.. perasan diva la.. sikit sikit nak saman.. sikit sikit nak saman.. x leh terima kenyataan ke?? layan kan je lah...

putingtetekmerah said... [Reply to Comments]

orang lain dengar mungkin ada yang kata kelakar.. notice of demand.. tapi pada aku, rasa malu.. sebab sebenarnya dia yang bukak pekung kat kopek dia.. aku tak dapat bayangkan betapa malunya aku kalau aku berada dalam diri dia dan aku tersedar dengan apa yang aku buat selama ni.. sah seminggu haritu dia meroyan sorang²..

NONIE ABDUL AZIZ said... [Reply to Comments]

Tetiba akak nak tergelak baca komen Bro. Rush..Apa yang akak nak komen akak setuju ngan komen ur mom..Apapun Peeja semoga semua ini berakhir dengan baik ;)

anti hipokrit said... [Reply to Comments]

komen psl dia kat blog awak nak dekat 400...pasal awak di blog dia x smpi 50 punnnnnn....nmpk sgt sapa yg betul skrg ni!!..NOD? nak buka pekung didada ke??

~ SueHarriz ~ said... [Reply to Comments]

hhm.....dulu I ada jgk deal dgn org yg nak saman menyaman neh. ala2 diva jgk la, malas nk sebut nama kt sini..ugut nk saman2...tapi lama2 dia diam pulak. tp xda la NOD bagai. Hmm..sabar jela peej. the truth is OUT THERE. Hakim yg maha hebat ada kat atas sana. =))

Anonymous said... [Reply to Comments]

This is the perfect website for anybody who really wants to understand this topic.
You know a whole lot its almost tough to argue with you (not that I actually will
need to…HaHa). You definitely put a new spin
on a subject that's been written about for decades. Wonderful stuff, just great!

Here is my site; angry birds cheats

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...