Instagram : @peejburhan

gathering geng-geng mafia~

hari ni memang tido aje.
sebab bangun aje period. so memang period pain melampau punya.
kenapa la jadi macam ni.
dulu aku selalu sound2 noy cakap apesal la dia everytime pun nak sakit2.
aku ok aje. lepas tu rasakan dapat balasan. every month aku pun kena jugak.
gila tak sanggup.
macam mana nak bagi dia ok ke?
korang buat apa eyh?

anyway, ni entry basi.
biasalah, blog aku memang sentiasa basi je semua.
pemalas tahap dewa punya mau update.
ni masa 2-3 minggu lepas kot. hahahah.
time tu baru nak baik demam, tiba-tiba dapat call daripada nysya n rolex.
ajak lepak. jumpa geng2 lama yang ada la last sekali jumpa tahun 1997 kot.
lama kan. ikutkan memang malas n tak larat.
tapi dah di paksa2 so ok aje la.

dia kata nak jumpa kat naili's setapak.
aku macam tak tau aje. naili's ampang tau la.
sentul ada jugak naili's tp tu dulu la. tak tau if ada lagi ke tak.
since tak tau tempat. aku suruh dorang amik aku aje.
semua tak tau tempat. so berkumpul la kat caltex area kem wardieburn.
konon nak konvoi la.
paling tak suka. dorang kata yang lepak 2 orang aje.
sekali terkejut ramaiiiiiiiiiiiiiiiiiiii gila ok.
ramai tu takpa la. ni stock yang zaman mrsm dulu geng2 yang jahat gila punya.
stock yang kalau boleh kau xnak la terserempak la kalau berjalan2.
mulut tahap memang kau rasa nak terjun balkoni kalau dorang ejek2 ke apa.
tau la budak-budak lelaki kan.

janjinya nak lepak pukul 9.30pm.
tapi nak menunggu orang berkumpul la nak konvoi la. lamaaa gila.
rasanya kat caltex tu je ada dekat 2 jam kot. gilo.

:: me n nysya ::
:: belum sempat dah galok bersembang kat caltex dorang. ye la ada yang dah tak jumpa 13 tahun ok ::
:: nysya n ziha ::

ziha adalah room mate aku kat sana. 2 thn.
room mate yang sangat berbeza. dia top student dalam batch.
top student yang akan dapat ranking 1-3 ok dalam batch.
aku pulak if nak check nama. sila tengok daripada bawah. hahaha.
jangan la nak mimpi check list daripada atas kan. ngeh.

then sampai orang last.
ikut kereta dia.
sekali ke mali corner kat taman bunga raya.
what the fuckkkkk!!!!
setakat mali's takyah la nak konvoi ke apa.
aku pun tau kat mana. kat rumah arwah maktok aje.
hampeh ok. rupanya mula2 lagi la.
ada orang bagi info jumpa kat majlis corner. tah majlis mana tah. suka hati tu.
memang macam game telefon karat tau. sampai kat rolex n nysya jadi naili's setapak la sentul la.
jauh gila perginya.

sampai mali's satu hal lagi.
kau tau la mali's tu kan style nak makan or minum kena beratur.
jadi kerja. kau nak lepak lama ni. takkan everytime nak beratur2 bagai semata2 nak tambah air kan.
so aku kata sila tukar venue lain plisss.
aku ni memanglah berat bontot nak bangun2 ke apa kan.
so tukar la ke nz, wangsa maju aje. senang.

rolex n nysya punya dua orang je datang kan?
amik kau. ke empat meja perginya.
kagum gila aku dorang boleh mengumpulkan ramai macam tu.
dah macam mini gathering dah.
please take note ini adalah geng2 mafia ok.
so bayangkan dorang boleh kumpulkan semua ni.
paling aku kagum. semua yang nakal2 semua ni semua dah ke arah kebaikan aje.
tapi kejap je la kannnn. lepas tu sorang2 hampeh balik.

:: awe & utin ::
:: lomak & katak ::
:: andi n nik azhar ::

nik azhar paling takleh blah.
dia ni palingggggg nakal dulu.
nakal yang stock tangan hampir putus sebab kena kipas.
kacau budak perempuan takyah cakap la, stock boleh trauma punya.
orang sampai panggil dia maikel, ala yang monyet dalam majalah ujang dulu tu. hahahaha.

then 7-8 years ago dia hilang.
sebab parents dia hantar dia pergi sekolah pondok n ke yaman tak silap.
so sekarang dia dah jadi ustaz ok. semua kata dia dah jadi tabligh.
macam tak percaya pun ada. tapi betul la kot.
masa dia mula2 balik memang scary la.
aku pernah terjumpa dia. dalam bulan puasa tahun lepas.
dia jadi tak banyak cakap.
dia senyap aje. tapi dia pandang je. sambil senyum2.
tak ke kau takut orang macam tu.

so ni jumpa balik. dia dah kembali menjadi macam zaman budak2 dulu.
ok still alim2. tapi dah start ngan gelak2 dia n cakap merepek2.
tak suke ok. yang aku takut ngan dia sebab dia pandang pelik2.
yang dia takut ngan aku.
dia kata takut aku nak rogol dia.
bangang. apa jadah aku nak rogol dia. tak suke ok.


:: matiklah perut sama tinggi ngan (  .  )(  .  ) kan. mengelirukan. hahahha ::

semua orang dok kerumun nik aje.
seronok dengar dia cakap2 agama sambil merepek2. tak tahan betul2.
tak abis2 keluarkan statement dia dapat pengintirafan daripada JAIS untuk ajar agama.
bagus la kan. tapi membayangkan dia tu nik azhar yang kita orang kenali. rasa kelakar n tak percaya aje.

:: serious rasa nak lempang aje tau. bila aku nak snap je semua taknak pandang camera. tah apa dorang segan tah. macam zaman kanak2 dulu pulak ::

ziha n ayam dah selamat kawin january hari tu.
bercinta daripada 1998. gila lama. bertahan. takda break langsung. kagum kan.
aku tak dapat pergi wedding dorang sebab clashing ngan masa ayol kawin.
even masa yang belah ayam pun tak dapat pergi sebab time tu buat side aku pulak kan.
yang ziha paksa2 aku datang. tak dapat la kan.
kata wedding abang aku kan. keji if aku tiba2 takda kan.
kalau wedding sedara ke apa takpa la. boleh lagi aku consider.

:: nysya n rolex, pasangan terbaru terendak. hahah. mana tau if ada jodoh lepas ni dorang pulak ke. Aminnnn ::
:: keynett pun join. tu aku kagum. keynett lepas couple then kawin mmg susah la nak lepak sesama. ni dia turun jugak. so mmg bagus la organizer itu malam. ::
:: rolex, najib n gf dia, wawa ::

aku dah biasa la terserempak ngan najib ni kat few occasion.
paling kelakar dia panggil aku fiza.
hahah, rasa pelik. kawan2 aku pun dok gelak2 je dengar.
ye la. the last time orang panggil aku fiza masa aku form 3 kot.
dah lama gila tak pakai nama tu.
usually orang memang panggil pija aje.

:: dua abang askar. tojat n haezade. muehehehh motif tiba2 aku gelak2 ni? ;p   ::

ni pun tak jumpa lama. 13 tahun jugak kot.
aku ni memang hampeh. tau je abang askar terus rasa macam sexy je dorang ni.
tapi hampeh jugak. bila nak amik pic dorang taknak pandang. rasa nak lempang jugak la.
aku yang gedik.
mula2 aku marah2 lomak sebab ingat dia suggest lepak mali's tu.
ye la janji nak jumpa 9.30pm kan. last2 kul 11.30pm baru semua lepak nz. tak ke lama tu.
sekali lomak cakap tojat yang suggest.
aku dok, "kenapa mali's??kenapa??" garang2 je.
bila dengar nama tojat tiba2 aje. "oh tojat?? kenapa?" tiba2 tonasi aku lembut ok.
hahah rasa nak sepak diri sendiri. dorang dah menyampah aje. 
ala aku main2 aje. takdenya aku gedik direct ke apa.

malas tu hujan lebat melampau.
pun tak menghentikan kita orang punya session.
sampai bertukar2 meja la sebab tempias semua.
tiba2 ada bersuara.

nd : eh kenapa tak ajak ****** sekali. best la sikit.
me : apa kena mengena. dia form 4 baru kot. budak2 ni bukan kenal pun.
nd : aku kenal dia.
me : kau je la kenal. orang lain tak kenal.
nysya : ntah
nd : korang pun sama. korang budak bbgs. apa kena mengena. apesal korang datang?

cibais punya mulut.
oh aku n nysya sampai form 3 aje. sebab lepas tu kena tendangs sebab tak dapat 6A ke atas.
so kita orang masuk bbgs.

me : tapi kau xleh nafikan masa form 1-3 group aku glamour kan. kan nysya kan.
nysya n ziha : betul betul betul
nd : ye la.
lomak : ramai add aku kat facebook tapi aku dah tak ingat la.
me : jonet ngan aku kau kenal kan.
lomak : korang aku ingat la.
me : seeeeee *sambil buat muka eksyen*
awe : gila kau tak kenal dia ni. jangan mengaku kau terendak la if tak kenal.

hahahah pitams mak dengar.
tapi untuk batch aku la.
takda la dalam sekolah ke apa.
tapi sebab apa pun. bukan pelajar contoh ke apa la.
sebab dot dot terlebih je aku ni. ngeh.

:: semua kusyuk gila dengar si nik ni bercerita. paling kusyuk ayam la. hahahh. ::
:: tengok la tu dengan gaya2 dia. muka tak tahan betul aku tengok ::

bagus la dia.
cuma silap dia. dia ni dah belajar tinggi.
dia bukak nya yang tinggi2 tu kat budak2 ni. memang la orang rasa dia merepek.
macam aku, aku dah biasa dengar mama n papa bercerita. so aku tak rasa dia merepek.
kalau dengar memang rasa tak faham n merepek. tapi mama selalu cakap if nak tau kena belajar.
sebab kita takkan faham.
aku masa nik bercerita memang aku tak layan.
last2 tu baru aku dengar.
so bila dengar aku keluarkan la benda2 yang aku tau pulak.
mula la budak2 lain, " ustaz nikkk...akhirnya kita dah jumpa calon yang sesuai. seorang yang jugak tau pasal agama dan mula insaf ngan ceramah yang kau bagi"
kurang ajar ok dorang. main2 pulak.aku serious ni. 
terus aku malas nak layan balik.

so nampak ayam n ziha nak gerak aku follow dorang.
ye la time tu dah pukul 4 pagi ok.
tak gila kau. kalau aku stay tah sampai kul berapa pulak.
tapi seronok la session jumpa ramai2 macam ni.
sebab bila jumpa geng yang dah lama kau tak jumpa, cerita2 yang keluar pun lain.
tambah2 lak geng2 macam ni lagi la lawak2 n macam2 cerita ada kan. seronok.
tah bila nak session lagi.

hari tu aku masukkan pic2 ni kat facebook
amik kau sampai satu gambar berpuluh2 n ratus dorang komen2. 
nak pengsan asyik masuk notification.
sapa yang tak dapat join lagi la tension kan.
ye la kata last minute plan.
tp aku rasa last minute plan lagi best la. 
sebab if plan lebih2 mesti ramai cancel je.
so kalau mengejut macam ni semua on aje.

tah kenapa banyak sekolah aku pergi.
tapi paling best kawan2 kat asrama la.
rapat dia lebih. bertahun tak jumpa pun tetap rapat.
maybe sebab daripada kecik2 sama2. hari2 mengadap muka yang samaaa aje.
aku sayang la mereka2 ini.
will treasure them forever :)




26 Comments:

lily lotus said... [Reply to Comments]

selamat berbahagia to ziha n husband..cantiklah dia

hOt Momma said... [Reply to Comments]

andi tu mcm dr gengstarz eak...ke silap? sori... klako ah bace ur citer...tergelak sensorg smbil tggu laki...gile busan...

peej said... [Reply to Comments]

lilylotus - yeah, wish them happiness as well. :)

hotmomma - ye la tu. perasan aje. ingat takda orang notice. tak kuasa nak nulis. sebab glamour ke? ooppss.. hahaha.

f.i.e.z.a said... [Reply to Comments]

sama la kita.camana tggi belaja pun bdak sek asrama jugak yg best jd geng lepak.kalo kuwa ngan geng laki semua cerita kuwa ni dulu suka ngan sapa, denda naik pentas la kena rotan la
seyes best!

Nad said... [Reply to Comments]

Boleh tak bab-bab abang askar tu aku pun nak hehehehe, macam tu jugak?

Lols. :p

C!kpuanmuda said... [Reply to Comments]

peej,

period pain tu nak hilangkan senang je. KAWIN :p i dlu pun period pain stok mintak nyawa punya.. bila kawin, period pain pun hilang. Yang datang adalah labor pain.. hahahah

andy tu junior i kat uniten ;p

Benz said... [Reply to Comments]

syokla gath mcmni..mcm2 cerita boleh kuar.kwn aku ada up gambar ms sekolah,hah..rasakan notifications beratus2.dok galak borak kt gmbar tu.sesapa yg time kite borak tu xde konfem terkujat tguk emel. hahaha!
nysya ni mutual fren dgn ex-clasmet aku.aku ternmpk yg suggest frens..saje lah tguk sape orgnye. mcm kecik je pulak dunia kan? pusing2 kwn-atas-kwn wpun kita x kenal pun... ehehee..

n Z r A said... [Reply to Comments]

saya setuju 400% dgn perenggan last. walaupun dah almost 5 tahun tinggalkan sekolah...dah duk jauh dgn diorang jumpa setahun 2-3 kali je, tapi kawan2 kat asrama paling best. cam itu la org yg duk tgk perubahan kite dari berlemoih sampai jd org yg senonoh sket kot. hahaha...kalau kat kolej ngan u dah asyik nak control cun je la kan :P

kalau scan n upload gambar lama2 kat fb lagi la. notifications email tu mmg tunggu je lah sehari baru duk clearkan. huhu..

Ujie said... [Reply to Comments]

Aku pun paling suke masa kat asrama. Aku dulu kat mrsm jasin 94-95. Dulu jasin ngn terendak musti selalu gaduh time sukan..haha..best kan bile dikenang2 kembali

aNnAsUe'G said... [Reply to Comments]

omg peej!
si nik azhar tu tak lama lg jadi biras aku ok! abg die nak kawen dgn sedara aku! muahahah! what a small world!
yg lawaknya, aku pegi beraya kat rumah die 2 thn lepas, siap dgn serban lg ok! hahah!

Rina277 said... [Reply to Comments]

bru nk tanyer pesal muke andi tue mcm penah tgk kt tv..senang sgt nk kenal sbb dia ada jambang pelik..hehe..

ms. lili@ said... [Reply to Comments]

"tapi paling best kawan2 kat asrama la.
rapat dia lebih. bertahun tak jumpa pun tetap rapat.
maybe sebab daripada kecik2 sama2. hari2 mengadap muka yang samaaa aje.
aku sayang la mereka2 ini.
will treasure them forever :)"



saya jugak sangat2 sayang kawan2 terendak saya and sangat2 treasure the memory i had there !!! :)

Tina Banana said... [Reply to Comments]

sapa tojat tuuuuuuu?

;P

toughcookie said... [Reply to Comments]

tho i'm pretty new to your blog, i am starting to see why so many people like reading you. your entry is so engaging that i boleh rasa the good times you guys had.

i agree with you on the planning part. sekarang ni kalau plan lama2 sure tak jadi. and bila i beraaaat hati sangat nak pergi any gatherings like this tapi tetap pergi, jadi best pulak the meet. i guess sebab lesser expectations buatkan everything so wonderful compared to kalau kita excited semacam about a meet and things do not go as what we expect. agaknya la...

peej said... [Reply to Comments]

fieza - tu la gelak2 je dengar experience dorang. sebab perempuan ni takat raging biasa2 aje. budak lelaki punya kan pelik2 over.


nad - tak boleh. kau carik abg askar singapore pliss. malaysia semua aku punya. wah semuaaaaa.. gila tamak. ;p


cikpuan - tu la ramai cakap kawin. haiyoh tah bila nak kawin pulak tu kan. maknanya terpaksa tahan je la period pain ni :|


benz - tu la. dapat yg komen2 tu geng2 takpa. ni yang tak masuk kepala ke apa. sakit jiwa weyhhhhh dpt notification n email.


nzra - betul la. sebab time sama2 tu time semua baru nak meningkat remaja kan. nak kenal hidup. cea cea. tu yang rapat je tu.


ujie - a ah. tak geng ngan jasin. masing2 nak rasa best. hahah


annasue'g - hahaha..hari tu malam dok bahan dia la. sbb dia tunjuk i/c dia. memang berserban bagai. pitamsss.


rina277 - iye. orang yg sama la tu.


ms lilia - kannn? ntah kenapa pergi la mana2 pun. tak sama ngan kawan2 masa kat asrama


tina - jangan sibuk plisss. kau tu dah ada anak dua.


cookie - oh thanks :) tu la kan. mcm i ada plan benda untuk weekend ni. susah benar orang nak commit. so malas terus. takpa. next time biar tak plan terus ajak. better that war kot.

muna said... [Reply to Comments]

peej,
aku tak ingat aku baca katne. tapi intisari pembacaan aku tu kata, antara sebab kena period pain sebab banyak garam dalam darah.

so, kalo cycle ko tetap, dalam seminggu before period, jangan makan masin. and makan lots and lots of fruits and vegetables. aku kalo teringat aku buat. memang selalu bulan tu selamat laa :D

kalo dah kena period pain tu plak...bertungku best tu. tapi style moden aa. panaskan iron, balut ngan selimut/kain batik..tuam2 kat perut. tu kawan aku ajar. memang sedap. aku kadang2 terus tuam keliling pinggang gak, hihi. and minum air suam banyak2.

Marina Monroe said... [Reply to Comments]

Peeja, tulah tak nak dengar mama dah kata makan pill subplemaent 'Prim Rose' Inshaallah period pain akan berkurangan

sherrina said... [Reply to Comments]

Aku tak penah jumpa budak nakal dan tak reti dok diam mcm Nik Azhar. Mentang2 dia ada abang kat maktab, eksen budak ni. Dulu2 rasa nak sepak aje. Suka buat muka mcm bagus dengan spek dia tu ngan remos dia tu.

Paling xleh lupa masa dia form 1 dia lompat2 atas meja dalam kelas. Pastu tangan dia gawang2 ke atas dan dushhh...kene tebas dek kipas. Berjejes darah kat lantai. Nakal betul.

Dah besar jadi ustaz. Allah Maha Hebat!

LORD ZARA 札拉 said... [Reply to Comments]

wah!
bestnya dapat lepak dengan kawan2 lama~

rindu mau buat begini~
haish~

F A R Y N said... [Reply to Comments]

weis,tu najib darus kan?
kalau betul weih,ko ckp kat dia..
ni classmate dia masa sekolah rendah dulu kim salam! hahaahahaha

Flo Alfera said... [Reply to Comments]

Hi 1st time here..nice blog u have! hope u dun mind coz i ody add u in my blog list.take care!

Flo Alfera said... [Reply to Comments]

Hi 1st time here..nice blog u have! hope u dun mind..coz i ody add u in my blog list.take care.

SJ said... [Reply to Comments]

Anggunnya

untuk period pain/ peredaran darah.

minum air blendkan:

kunyit hidup + garam + daun inai.

telan je. mmg tak sedap n susah sikit nak minum sebab masin.

tapi lepas tu... period tu keluar vrrooooommm.. sebab dia macam boleh buangkan longkang tersumbat gitu. Alhamdulillah dah bertahun2 i tak period pain sejak amalkan minum tu.

sekarang tak minum lagi lah. dulu je

good luck!

Anggunnya

peej said... [Reply to Comments]

mama - iyolah mokcik. nanti akan beli n makan. tp ada orang kata kawin pun akan hilang. so nak kawin plissss. can ah? ;p


kak sherry - hahahah. kan kak. tak sangka betul. i mean dalam ramai2 budak batch, nik azhar yang jadi ustaz. tapi bagus la.


lordzaza - tu la. bukan senang nak kumpul. esp bila ada yang dah ada family semua.


faryn - ye la tu. wah ingat sampai nama bapak weyh. sesuatu.


flo alfera - hi. welcome on board.


sj - huish menakutkan je campuran tu. aku tak reti scary2 sgt ni. takpa aku try primrose dulu. hmm..serious scary. but anyway thanks for the info.

yatie chomeyl said... [Reply to Comments]

laa zieha tu ur roomate ke? dulu pernah 2-3x jumpa dia masa study kat Germany..chomeyl dan baik budaknya ;)

dari sudut Hati kecilku said... [Reply to Comments]

ronda2 n blogging..sekali terjumpa blog ni..hihi..seronok bace..coz ayat gila2 ..i like!!

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...