Instagram : @peejburhan

day 2 yang takda apa sangat~

day 2 bangun awal.
sebab they serve breakfast from 7-10 am.
free breakfast tapi takda apa sangat la.
dia macam bagi menu untuk pilih apa yang nak makan.
so we opted for nasi goreng la. ye la kata nak jalan2 kan. harus ada tenaga.
wah orang macam aku macam banyak je tenaga tersimpan kan.
konon la alasan memerlukan tenaga. ceh.

buffet pulak lagi la sedih.
ada roti untuk bakar, ada la butter n jam
then ada croissant, buah2 salad (motif nak makan salad pagi2?) then ada cornflakes.
sedih kan. so bayangkan hadap tu je hari2 pitam kan.



sedih gila weyh nasi goreng dia. tak ikhlas tau.
dah la kosong. aku masak lagi sedap. nanti aku mintak kerja jadi chef la kat situ.

lepas makan balik bilik.
nak kasi clear perut dalam toilet pulak.
ye la buat je jalan2 tiba2 perut buat hal kan ke dah payah kan.
hasilnya tertido ok lepas breakfast tu hampeh. hahah.
then dalam 2pm macam tu baru keluar balik.
tu pun bebel sebab takkan nak tido aje kan. apa jadah. sakit jiwa.
day 2 takda buat apa sangat.
just jalan2 area kuta n shopping aje. :D
paling best dapat ini.


havaianas :D
murah aje ok. hari tu tengok kat pavillion paling murah rm90 macam tu.
up to rm100++ tak silap.
tapi kat sana dapat tak sampai rm60 pun. oh suka.
best dan sangat selesa. tak sakit pun kaki. rasa macam tak pakai selipar aje :)
before this konon nak lawa sikit pakai yg ala2 tinggi punya selipar. penat ok.
berpetak rasa kaki. tak sanggup.
perasaan tamak rasa nak beli satu lg aje.
nasib noy tahan. noy kata pakai je ni.
nanti pergi bali lg, beli la.
wah matiklah belum balik malaysia dah verangans nak pergi lagi kan. ;p

then adalah lapar so makan kat kedai apa tah nama dia.
best kedai dia. dah la sampai2 aje dia bagi towel sejuk gila.
sedap dapat letak kat muka n tengkok. :)

:: jus dia pun sedap ::

oh aku bab communication tah apa2.
ye la aku mana reti bahasa indon kan.
yg noy nak marah2 sebab dia kata asyik2 dia je kena cakap kan.
ye la masa pergi kedai padang yg day 1 tu.
aku cakap air buah ada? orang tu tak faham.
rupanya air = aser. buah = jus.
mana la mak tauuuuuu!!!
noy bolehlah. dia dah berapa lama kot kerja n deal ngan passenger indon semua kan.
then masa nak bayar aku cakap la 'kira'
orang tu ala2 tak faham. aku buat gaya2 bil baru dia faham.
rupanya kena cakap bayar or hitung. citt.

aku makan ini.
namanya bebek penggil. niceeeeeee.
itik pangang. itik tu sedap. kuah dia sedap. kuah dia macam kuah satay minang tu.
then sayur pun sedap. puas hati la.
tapi liat sikit la. dah la pakai garpu n pisau. payah benar.
tapi nak gigit pun tak berani. ada yang tercabut gigi nanti. naya je. hahah.
nasib bukan kat rumah. kalau tak harus la kitai2 makanan tu.
hahah gila buruk lantak.

then ke spa lagi.
sebab noy nak buat kuku dia.
masa kat malaysia dia buat acrylic nails tu.
nak bukak kat malaysia rm120 ok. cibais gila. bukak aje.
belum buat manicure balik ke apa.
so aku cakap buat bali je la. mesti murah. so ok la kan.
masa spa yg day 1 tu orang tu tak reti buat. plus dia kata benda tu mahal. so dorang tak buat.
so masa shopping aku nampak ada spa yg buat. so pergi la tanya.
bukak plus buat manicure Rp180,000 tak silap. so tak sampai rm60 la. nice eh.
dah la siap pakai OPI. best gila.
tu pun kena buat appointment. sebab sorang je yg pandai buat kuku tu.
sbb tu kita orang makan dulu tadi.
sejam jugaklah aku tunggu. jenuh ok.


:: perempuan pedengki ok. nak vain pun tak senang ::
:: cantikkan warna dia. sukeee ::

then lepas settle sambung shopping menggila.
tapi banyak kena tipu jugak la.
rasa dah dapat murah. rupanya bila shopping day 4 n last day tu lagiiiiiiiiiiiiiiiiii murah ok
what to do. tak reti lagi. lepas ni siap la aku libas aje if letak harga tinggi2.
balik tu lagi la cannot go.
sebab mandi kejap then malam makan kat kedai padang tu lagi.
then balik noy tido. sebab dia sakit kepala.
wtf. memanjang ngantuk la sakit kepala la.
saja sabotage tak bagi mak market kan. wah tiba2 market kan ;p
aku tertekan je la tengok tv sorang2 layan macam2 cerita ok. sedih.
kat bali tapi melepak dalam bilik aje.
nasib banyak channel kat tv. kalau tak memang mak meroyan di situ.

begitulah berakhirnya day 2.
takda apa. cuma shopping n lepak bilik aje.
tp takpa hasil shopping adalah best. :D

2 Comments:

Anonymous said... [Reply to Comments]

Adi dharma bestt erk..kalo camtu tu lenkali pegi sana aku pun nak try la stay kat situ...

kasih8953

sweethOneY said... [Reply to Comments]

minatnyeeeee aku tgk kasut ko! seksi gtu wpun flat aje kann

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...