Instagram : @peejburhan

cukup jambul takda, datang untuk makan aje :D

oh silap la. suppose entry pavillion lepas entry ni.
tapi macam mana kiraan salah. terbuat entry tu dulu pulak.
pavillion tu pergi sebab kononnya alang2 kita orang dah make up bagai kan.
takkan nak lepas rumah aje. so plan la keluar2.

so dua minggu lepas telah di invite oleh tina ke majlis aqiqah n cukur jambul maryam.
dia suruh datang around 12 or 1pm untuk makan2 aje.
sekali memang bangun lambat pun ok. harus kelam kabut je siap. ;p
yang tina dah call berkali2 sebab konon nak tunggu kita orang makan sama2.
takda makna. kita orang ni bersiap memang lembab. aku suruh dia makan je dulu.
kita orang sampai pun almost 2pm. bagus kan.
aku cakap kita orang siap set alarm awal ok nak pergi. around 10.30am mcm tu.
terus kena gelak ngan tina n mak dia. sebab dia kata 10am tu tak awal langsung.
fineee!!! bagi orang macam aku 10 tu awal nak mampos ok. ;p

ok tu takpa. sampai aje rasa nak terpengsan ok.
sebab suami tina, najib adalah adik kepada kekasih lamaku.
so bila sampai haruslah keluarga kekasih lama adalah penuh ok.
siap teruja jumpa mak. kata lama tak jumpa semua.
aku dah pening2 lalat kat situ. tak tau nak react macam mana.
rasa pelik aje. ye la. sebab sangat rapat kan sebelum ni. noy pun dorang kenal semua.
so hasilnya, amik makanan. terus masuk rumah makan.
tak sanggup nak makan dengan ramai2 tu.
makan dalam rumah dengan alasan. luar panas. dalam ada kipas. hahahah.


:: makanan adalah super best esp kari daging tu. terbaik. eh jap. ayam rempah tu pun sodapppp gilos. aku tak berani nak ambik kambing. takut sakit kepala macam dulu. so makan ni aje. serious sedap. sukeeee ::

lepas makan terus jenguk cik maryam yang tidur lena.
tak boleh betul la tengok dia ni.
sebab kenit sangat. everytime tengok rasa nak penyet2 kan. geram.
motif sesuka hati nak penyetkan anak orang???? ;p
tapi harap maklum aku masih tak biasa ngan budak kecik.
aku geram tengok je la. bagi aku pegang mampos keras ok.



presenting cupcake by puan tina. hahahha.
ok aku gelak bukan sebab apa.
aku kagum tgk dah upgrade.
siapa ingat dulu aku pernah tepek cupcake dia buat masa doa selamat mak n bapak dia pergi haji.
cupcake soklat tiba2 ada seketul candy atas tu. takde seni langsung ok. 
tapi dia kata lawa sebab abstrak. hahah gilo.

:: lawa. tapi sedikit comot. tp untuk tina. ni kira lawa ok. satu pencapaian yang baik nok. hahah larikssss ::
:: kuih2 n buah...gila tak boleh dok sini. setiap minit tangan mencapai je nak makan itu ini. kena dok jauh2. berhantu meja ni. cea salahkan meja kan. padahal noy dok ok aje. aku ngan tina tak abis2 ngap sana sini. pitam. ::

:: tina & me noy ::
oh mika memang super active. ade je nak kesana kemari.
noy suka la melayan. aku menag tak reti.
tapi yang aku tak faham si mika ni suke sangat kat aku.
which is scary ok. siap nampak aku sengih2 teruja terus datang kat aku.
why mika? why? jatuh image i yang tak suke budak ok.
image i ialah image garang yg budak2 suke.
even aku marah pun dia suka ok. 

:: tengok la tu. muka aku gila tak ikhlas takda keterujaan. mika dah gembira sakan ::
:: amacam ada gaya tak??? hahahah eee takuitt ::
:: tengok tu. ada je dia nak main itu ini. geram. aku ni jenis gayat. takut dia jatuh. tu yg pegang aje. padahal takde apa pun kan ::
:: cantik kan dia tu. siap pakai gaun. dia ni kecik aje ok. ada lak size dia. tak tahan betul tengok. penyetkan plissss ::

mika yang suka sangat panjat tangga sekarang.
tina kata ada sekali tu semua cari dia tak jumpa.
rupanya dia kat atas sekali elok je duduk ayun2 kaki bersuka ria.
so terus kena beli n pasang pagar.
so bila tak boleh panjat tempat kegemaran dia.
ini la hasilnya..

:: terus nangis uolls. sian gila. siap keluar air mata bagai ::
tai takpa. kena pujuk ngan noy pastu ok.
tu takpa. peak of the story.
tengah mak bersuka ria kat rumah.
tiba2 dengar suara yang dikenali ok. sangat la familiar.
sekali suara KEKASIH LAMA!!!!!
aku yang tak tau nak buat apa. tak berani nak pandang pun.
nampak dpd hujung mata aje.
dia datang n terus ambik mika. sebab dia memang sayang sgt mika tu.
noy lagi tak boleh blah. cakap, " eee abg ben dah kurus la"
aku dah macam. serious?? biar betul kan.
takkan merana sampai kurus kan. wah matiklah confident dia merana kan. ;p
sekali dia datang lepas tu nak makan kuih2. aku tengok perut dia baik punya perut macam mengandung 5 bulan kan.

me : hotak kau kurus. perut ke apa tu.
noy : daripada belakang kurus ok. mana nak tau depan macam tu. macam kau la. dpd belakang dah kurus. dpd depan perut berlapis.

kurnag ajar kan adik aku.
paling kelakar. dia macam nak sembang2. tapi aku ngan noy tunduk bawah aje.
macam tak layan apa. ye la. rasa pelik la. tak tau nak cakap apa semua.
plus aku tak suka nak drama2 kat rumah orang ok.
lepas tu aku ngan noy gelak aje sebab terasa apakah bangang nye kita orang ni.
tiba2 macam nak malu-malu n segan ngan dia.
serious tah kenapa terasa pemalu. getik kan?? hahahah.
mak tina lagi la.
siap datang kat aku tanya, ' so macam mana? ok? apa cerita?'
matiklah nak gossip hangat kan. hahahah.

kelakar la.
dah la before pergi papa pun dah cakap.

papa : kau tak takut nak pergi rumah tina. kang terserempak ngan Mohd Is******* Mohd Da**** macam mana? muahahahahaha

melampau tau siap nama penuh ngan bapak2 sekali.
sekali memang betul terserempak.
entah tak tau nak cakap apa.
yang aku type panjang2 ni kenapa?
bukan ke entry ni patut pasal cukur jambul.
kenapa terexcited  cerita lain ni ;p
ok better stop sebelum aku merapu2 lagi.

11 Comments:

Leen said... [Reply to Comments]

Perghghghgh.. mesti awkward giler kan.. Nasib baik la korang cool.. Kalau aku dan2 tu nak balik hehe

Nad said... [Reply to Comments]

Cik Peeja, apakah perasaan anda setelah sekian lama tidak bertentang mata dengan kekasih lama, tup-tup dia muncul? Berdebarrrrrrr-debarrrrr duggg daaagggg dugg dagggg takkkkkk?

Kalau aku terus menggelupurrrrrr. *pinjam reaction chics* haha.

+ aisyah + said... [Reply to Comments]

sy tgh stress study utk exam,terus rasa lapang hati gelak2 baca entry ni..heee~~ :D

A.I said... [Reply to Comments]

sesuka ati kau nk penyekkan anak org kan? ;P

hohoho..bleh pulak kau terjumpa ngan itu org. musti kau rs cam terkulat2 tak tau nk ckp apa, tak tau nk pandang ktne..ngeeeeee

Siti Nornadiah said... [Reply to Comments]

hahahha..i punyalah baca smpi habis..:D

F A R Y N said... [Reply to Comments]

mesti perasaan terasa gampang kan weih? haishhhh....
sib baik ko tak pengsan betul2 kat situ..kang berlaku CPR tanpa rela..
kah kah kah

lilRed Farah said... [Reply to Comments]

HOI!!!!!!
punye la semangat siap tersengeyh2 aku baca... ko tetibe mati kan setori??? apa ni peeja... belom klimaks berganda2 ko dah potong nih.... bahahhahaha

tetie aku rasa ada pakatan di situ. mesti ade sapa2 nampak ko dtg je.. terus roger2 si nama penuh.. maka diepon saja2 dtg tayang body...eh tayang perut... ahhhhhhhhhh benci benciiii...sambun cerite pelissssssssssss

Jiejah @ Iza said... [Reply to Comments]

hahahaha kalau akak kot mau rebah kat situ ekekeke ..

Tina Banana said... [Reply to Comments]

hellooo..

ko bukan saja jumpa I****d**, ko juga jumpa encik Mohd D****s. Hehehe..

omg, huduhnya cupcake tu... hahaha.. pengsan.. aritu aku rasa mcm lawa sgt dahh.. kakaka...

peej said... [Reply to Comments]

leen - takdanya cool. tak tau nak buat apa.


nad - hahahah. dag dug jugak la. tapi tiba2 pemalu. like wtf kan. bengong ok.


aisyah - haitoh boleh lapang? stress ade la.


a.i - hahha. tau takpa. takuittt. dah la semua orang perati je kan. sebab tau katanya jejak kasih kan. hahah.


nadiah - kena la baca sampai habis kan. kalau tak lagi hang.


faryn - tanpa rela ke uolls? kalau dah cpr gayanya terus jadi rela. wah matiklah over kan.


lilred - cukup la tu. mana boleh sampai klimaks. nanti memudaratkan. dosa weyh. mueheheheh.


iza - takleh kak. kalau saya rebah takda sapa nak angkat nanti. ;p


tina -haha.tu la pasal kan. lagi rasa pelik ok. kenapa la kau kena ada kena mengena ngan dorang weyh? tau xpeeee.aku dah kata. cuba tgk cupcake lama kau. lg horror ok. tp yg ni ok la. oh mak aku suka gila cake yg kau bg. siap cakap nanti boleh tempah. mmg sedap pun uolls.

aNnAsUe'G said... [Reply to Comments]

tetiba aku pon tersexcited skali. tetiba separuh jln saja. apakah???

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...