Instagram : @peejburhan

bila plan yg sepatutnya tak jadi adalah bengang tapi bertukar menjadi lebih baik :D


kita orang dah plan daripada last year nak pergi berpulau lagi.
sebab the last time we went to perhentian adalah sangat best n tak puas.
so awal2 dah plan cuti semua. 
sambil ajak-ajak orang lain.
ramai gila nak join. ramai yang pastinya akan lebih meriah.
harus la teruja kan.
sekali last minute semua macam tak confirm aje. macam2 hal la kan.
jonet pulak kena masuk hutan ada exercise apa tah. 
then nysys dah dapat cuti tiba2 kena ke depankan cuti dia sebab kena bawak student pergi PD ke apa.
then ada yang kata nak confirm tapi sampai ke sudah sepi aje. hampeh ok.

memang la best perhentian. tapi kalau takat pergi berdua apa kejadahnya.
bukan ada apa nak buat sana kan.
so aku telah mendapat idea untuk ke bali.
so bagi tau mama, ok ke tak. mama kata ok.
terus buat segala booking. bayangkan time ni macam few weeks je before nak pergi.
so ke Bali kita...mueheheh.

awal2 pukul 5ish am dah bangun ok.
siap2 mandi semua. taxi datang ambik pukul 6.15am.
taknak susahkan papa kena bangun nak hantar2 semua. so panggil taxi senang.
omg! pakcik taxi tu bawak gila scary kau. siap drift2 bagai. 
macam dia pulak yang nak kejar flight. sumpah scary.
aku dah tutup mata n baca2 doa bagai. ye la. ada yang tak sampai bali kan.

tu satu hal. then kat kl sentral pulak.
apesal la semua orang menakutkan sangat weyh.
sampai aje terus kena serbu ngan macam2 orang.
suruh naik bas dorang. then ada satu pakcik ni duk pandang atas bawah bagai. tanya macam2.
aku dah paranoid semua. like wth. dah la tengah jutawan ni kan. takut la.
jutawan la sangat kan. jutaan rupiah ajo ;p
yang noy dah gelak2 kan aku kata aku KG 
dia kata pakcik tu nak suruh kita orang naik taxi dia.
if la kitaorang dah terlambat. boleh dia pecut taxi ke lcct. tp bayar mahal la.
oooooo..mana la makcik tau.
tah la. maybe dah lama sangat tak naik public transportation kot.
tu yang rasa semua menakutkan aje.


:: di dalam bus ke lcct ::

then otw pun kena kutuk jugak ngan noy.
aku ala2 jakun bila nampak kapal terbang kan.
bukan la jakun tp teruja je. macam zaman kecik2.
bila pikir balik memang merepek la kan. hahah.
yang noy tak heran. ye la dah kerja dia kan.
siap ejek2 aku cakap kau sorang je excited. aku dah tak heran. fineeee!!!!

oh pergi ni naik airasia indonesia.
so semua crew2 indon adelah menariks.
lawa n sedikit kacak. ;p
the flight was great.
smooth aje. teruja gila sebab awan clear.
so boleh nampak bawah ok masa fly.
ye la selama ni anmpak awan aje. tp kali ni nampak ok pulau2 semua.
aku rasa kat johor kot.
memang kapal terbang fly low ke tapi tak nampak sbb awan banyak?
ke dia memang terbang tinggi. tapi kapal terbang yang aku naik ni yg terbang rendah?


:; hahah. funny ait. seat belt ialah sabuk pengaman. mueheheh. ketatkan ialaha kencangkan. then kerusi is kursi. sukeeeeee ::

oh aku snap banyak gila gambar2 di awan biru n pemandangan sampai bali n johor jugak.
tapi malas nak tepek sebab entry ini adalah panjang n penuh ngan gambar. 
kat jenuh korang nak tengok. so cukup dua ni aje ye. 
aku suka tengok awan. sebab macam zaman kecik2. suka konon2 awan ni bentuk ni la. bentuk tu la.
nice.


touch down around 12.30pm macam tu.
then settle immigration semua by 1.30pm.
ramai orang pergi bali. so line agak panjang n slow la.
keluar aje tengok banyak orang pegang2 nama tu.
tapi kita orang takda sobs.
sebab katanya booking last minute kan.
n kita orang try booking direct dpd website hotel sampai ke hari ni tak reply ok. gila.
so kita orang guna asiarooms. so takda pulak option nak transportation ke apa.


so relax2. smoke2 dulu then naik airport taxi. :D
murah aje. ke hotel kat kuta which took us 25 minutes only cost Rp55,000 tak silap.
dalam belas2 ringgit kita la.
oh masa nak pilih hotel pun pening ok.
kalau boleh nak murah tapi selesa la.
ni aku check out. if murah je mesti ada orang comment lock tak betul la. 
bilik air uzur la. swimming pool tgh renovate la. apa jadah. takut.
takmo la mahal melampau pulak kan. bazir aje.
so aku tanya2 la around if dorang ada cadangan apa2.
n green apple cadangkan adi dharma.
so check out terus suka.
tp dia ada dua. hotel n cottages.
aku rasa green apple tinggal hotel kot.
kita orang pilih cottages sebab nak feeling resort la konon. comel cottage seketul2.  ;p

sampai je terus teruja.
sebab kita orang memang nak duduk kuta. senang nak jalan2 semua.
n adi dharma ni memang kat jalan legian ni. kira memang tengah2. senang la nak apa semua ada.
oh bilik adalah sangat nice.
kira memang macam hotel la. toilet pun semua lawa.
kita orang ambik standard room aje. 
oh tv dia pun banyak gila channel. feeling astro la.
so if takda kemana boleh la tengok tv ke apa.


nice eyh?
suke sangat la. sangat berpuas hati.
even semua pekerja dia friendly.
everytime lalu akan greet la tanya itu ini la.
sampai bila aku nampak dorang nak lalu aje aku pandang tempat lain.
ye la. kau bayangkan dalam sebatang rokok kau nak abiskan tu. lalu 2 -3 orang . tak penat kau.

then sampai je tukar2 baju semua.
start jalan area2 tu. 
first day tak beli apa pun pusing2 aje. konon la kan.
lepas tu menyesal. sebab ada benda yang minat. konon nak pergi balik.
jawabnya sampai ke sudah tak pergi ok.


oh paling best area tu ade nasi padang.
dah la sedap melampau. murah pulak tu.
ada la lapan kali kot makan sana.
siang malam makan sana aje. sukeeee.
sangat convenient la duduk adi dharma tu.
ada minimart, makan senang, shopping, nak reload hp pun ada.
sorry la sebenarnya time tu aku dah penat.
sebab tu tak banyak pic snap.
ye la malam tu excited tak tido. tido sejam dah bangun semua.
then dalam plane tido la 1/2 jam. mana puas kan.

setelah kepenatan berjalan bagai.
singgah la untuk buat foot massage, manicure n pedicure :D
murah aje. Rp90,000 x sampai rm30 for 1 1/2 hour ok. syiok.
tapi aku hampeh. kata tak pernah buat kan.
memanjang kaki aku tersentap2. geli nak mampos ok.
kesian budak tu terkejut2 aku sentap2 kaki.
n paling tak boleh blah. buat benda ni bagi aku rasa bersalah.
esp part cuci kaki tu. i mean macam keji suruh orang cucikan kaki.
rasa nak cakap kat dia. " takpa lah. saya boleh cuci sendiri"  :(

tp itu hanyalah poyo belaka.
tang cuci je rasa bersalah.
dia dah start massage je terus suke ok.
sedapppppppp gila. aku dah ternganga nak tertido ok.
nak tahan sebab taknak la tido kan. tp tak tahan ok.
melekat2 mata.
dah la dia bukak lagu spa bg dengar kat head phone semua.
lagu jenis dengar bunyi2 ombak la. ada burung2 la.
cibais. memang tenang gila.
hasilnya memang aku tersedar dengan keadaan mulut aku ternganga.
buduh. tak vogue ok.


:: entrance ke adi dharma cottages punya reception ::

lepas settle tu balik hotel.
sebab dah penat melampau n melekit dah.
mau mandi n freshen up semua.
oh tang pemilihan colour adalah fail la.
aku mula2 nak warna biru laut. tp terasa macam gedik pulak.
nak pink lagi la kan. so pilih la warna gelap. aku pilih dark brown.
tiba2 bila colour keluar warna macam orange.
noy dah kutuk2 kata macam pakai inai aje.
fineeeeeeeeeee!!!! salah ok.
what to do.

:: noy eksyen sebab konon warna dia macam candy boleh makan. aku punya dia kata warna pengotor. babik ::
malam tu tak kemana pun.
noy memang hampeh. tiba2 sakit kepala la ngantuk la penat la.
so makan pun kat coffee house aje.

:: free welcome drink :D air apa tah. orange campur pineapple campur apa tah. tak sedap. tp licin jugak la aku minum kan ::
:: aku makan fried rice. nice. ok la. suke. cuma ayam ada sedikit manis. so tak sentuh. lama2 jadi kembang tekak. aku ni mana reti manis2. tak masuk. ::

:: noy lagi getik. siap lobster bagai. takpa dia orang ado2. so ok la kan. tp takda la mahal bila convert duit kita jadi macam rm70 macam tu ::
then order la banana split.
kongsi2 la kan. sekali sampai kenit aje. tah apa2 ok.
malaysia punya besar gila.
tapi dia punya sedap i tell u.
noy makan je half gone.

me : amboi makcik. lupa daratan ke?
noy : kecik. tapi sedap gila ok.

terus past kat aku. sekali aku makan memang heaven ok.
serious sedap.

me : sedapnyaaaaa.
noy : tau takpa. sedap sampai bila ada orang kacau n sound rasa macam, what the fuck. fucking bitch.
me : fineeeeeee...nah la.

tak puas. tapi takkan nak order lebih2 pulak kan. over
hari pertama malam tu tak keluar mana.
buhsan gila minah tu.
dia tidur awal. aku dah la payah nak tidur.
last2 aku layan tv sampai kul 2-3 pagi kot.
ok tu aje kisah hari pertama. nanti sambung entry lain k.
peace out.


6 Comments:

Deqna said... [Reply to Comments]

wah ke Bali ye.. syoknya.. pergi dua beradik pun ok apa.. enjoy je tgk...

A.I said... [Reply to Comments]

bestnye gi bali..aku tgk pon dh tau syiok. x sabo nk tengok gmbar kowang kt sana lagi. ala, tepek je byk2. aku suke je.

lawak la tang kau nk kontrol ngantok tup2 terjaga molot ternganga tu. x vouge. kahhhhhhhhh

Lya Colours said... [Reply to Comments]

wah syiok maaa
nak kene kumpul2 ongkos dulu baru leh pegi
huhuhuhu

peej said... [Reply to Comments]

deqna - a ah ok la. tp if ramai mesti lg seronok. tp payah nak kumpul orang la. :|


a.i - masalah bercita ok nak upload pic. tu yang end up pilih mana patut aje. janji ada ;p
betul ok. tu pun tak tau la ada air liur basi ke tak. hahah.


lya colours - flight n tempat tinggal tak mahal tp duit shopping tu. sebab rasa tak cukup je duit. best sgt shopping :D

green apple said... [Reply to Comments]

ohhh sangat berbangga okk kau ambik suggestion aku. Yes, aku tingal hotel dia, tapi adi dharma cottage pun aku rasa lagi cantik and lagi ok sebab lagi berdepan dengan main road kan? Oh, tetiba aku rasa nak pegi lagi la bila tgk gamba2 kau sebab time aku pi sana, kamera aku tak function so kena pakai kamera kotak. Tau je la kan kalau pakai kamera kotak, flash pun ado-ado. Muka aku takleh takde flash okkkkkk.

aNnAsUe'G said... [Reply to Comments]

tetiba ko buat aku terliur nak buat pedicure manicure sume tu! cis! ;p

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...