Instagram : @peejburhan

mengomel-mengomel~

tatkala entry ini di-type, jam menunjukkan lagi 5 minit ke pukul 7 pagi.
dan perempuan bagus ini tidak tidur daripada semalam.
entah mengapa. tidak dapat di ketahui.
mungkin masalah tidur atau nama saintifiknya, insomnia.
salah satu punca mungkin kerana terlalu banyak berfikir.
selalunya berfikir benda-benda yang mengarut dan tidak berfaedah.
tapi hari ini kerana keterujaan dengan sesuatu yang membuatkan hati rasa bersemangat dan sebagainya.

tengok pagi yang sejuk begini terasa diri nak bersenam.
tetapi apa boleh buat, jika dah sememangnya pemalas orangnya.
paling menyakitkan hati ini bila kelmarin tengok rancangan di channel E!.
pasal celebriti yang berjaya hilangkan berat badan.
sambil di selang selikan dengan tips-tips daripada personal trainer mereka.
dorang cakap sit up, segala aktiviti mengangkat berat itu semua tidak berguna jika tidak membakar lemak.
membakar lemak adalah dengan cara, ber-jogging, berbasikal, pelbagai lagilah.
haih, apalah nasib. benda yang tak suka buat tu yang penting sebenarnye.
bilalah agaknya diri ini mahu insaf dah sedar diri.
sila bersenam cik pija.

mesti terasa nak lempang sebab tengok entry aku macam ni kan?
i mean daripada susunan ayat. baku dan teratur sungguh.
hahah. saje je. sebab semalam aku chat dengan kawan.
dia cakap pasal download google chrome version baru.
aku malas nak download.
so dia cakap la. version baru ada translator.
kira boleh translate web page to english.
so aku cakap la, mesti it won't work with my blog la kan.
sebab blog ni bukan pakai bahasa melayu proper.
pakai melayu pasar. ejaan semua ikut suka hati.
siap manglish bagai.
kawan itu senyap sahaja.

aku teruskan mengomel-ngomel.
tiba dia pastekan ayat-ayat pelik which doesn't make sense at all.
siap ada nama chics, ali devil. bla bla.
memang tak faham langsung la.
aku dah macam, " apehal dia ni..nak carik gaduh ke?"
cakap benda2 aku tak faham langsung.
lepas tu baru dia cakap itu la translation blog aku.
seriously macam harem ok. tak faham langsung.
kalau la ada orang putih teringin nak baca blog ni (motif aku nak perasan ada orang putih nak baca blog aku? mueheheh) harus lepas tu dia terus bunuh diri ok.
paling tak boleh blah. kan ada ayat aku cakap pasal 'baya-baya'.
maksud orang yang sebaya atau linkungan tu la dengan aku kan.
kau tau apa google chrome tu translate?
dia cakap MIDDLE AGED ok.
biadap sungguh. hoih aku tau la aku ni tak muda kan.
tapi motif nak cakap aku middle aged apesal kan?
nway, kepada kawan itu.
sila translatekan dua perenggan kat atas tu.
seboleh-boleh pakai bahasa melayu tu.
tengok betul tak dia translate kan.
kalau tak betul jugak, memang sah google dengki ngan aku.
siap panggil middle aged. kejiiiii.

anyway, laptop adalah tahap nazak.
kerana motherboard adalah hancus.
jadi perlu hantar ke Toshiba.
haruslah mencekik nak bayar kan.
ramai cakap it's better to buy a new laptop.
plus laptop ni jangka hayat bukan lama pun.
laptop tu pun masuk tahun ni dah 3 tahun rasanya.

so di sini ingin bertanya.
if la, nak beli yang baru kan.
apakah cadangan laptop yang bagus.
kalau boleh biarlah yang screen besar sikit.
takmo la. mini laptop ke apa. tak puas la haih.
n please jangan la bagi cadagan merepek2.
macam belilah laptop jenama XX berkuasa kuda. bagus gila gerenti puas hati. sekali harga rm8k.
elok laptop tu aku hempuk kat kepala orang yang suggest tu.

ke lebih bagus beli desktop aje?
tapi desktop amik ruang la kan.
laptop pulak sangat convenient. me loike.
boleh online sambil golek2 ke apa.
so cadangan anda amatlah dihargai.

6 Comments:

chuya said... [Reply to Comments]

Sekiranya belanjawan anda adalah tinggi, maka saya mencadangkan anda membeli komputer riba berjenama DELL atau HP (bersepadanan dengan penggunaan anda untuk memblog - kome takde design2 bagai kan)

namun sedemikian, jika anda mahu yang sebiasanya sahaja, Compaq sudah memadai dengan harga dan kualitinya.

sekian, Terima Kasih...

gile aku terikut bahasa betul

Starry Eyed said... [Reply to Comments]

beli laptop! toshiba punye bagus tak mahal sgt.. aritu bile laptop lcd screen ada prob senang aje gune warranty card.. tak byk soal. :) laptop senang skit nak bawak sini sana..

rynas said... [Reply to Comments]

ok first time nak bg pendapat kat sini..beli laptop Dell jer..online sebab gerenti original luar dan dalam. ada waranty setahun lagi...dlm setahun tu kalau apa2 rosak call jer dia amik barang kt rumah. beli online bayar online and terus dihantar ke hadapan rumah anda jimat..kos minyak.

p/s: saya pun beli online laptop Dell..so far ok..harga pun murah.

rynas said... [Reply to Comments]

ok first time nak bg pendapat kat sini..beli laptop Dell jer..online sebab gerenti original luar dan dalam. ada waranty setahun lagi...dlm setahun tu kalau apa2 rosak call jer dia amik barang kt rumah. beli online bayar online and terus dihantar ke hadapan rumah anda jimat..kos minyak.

p/s: saya pun beli online laptop Dell..so far ok..harga pun murah.

Alya said... [Reply to Comments]

Best laptop for me is Acer. Mine dah nak masuk 5 years still working perfectly. So far I dah beli 6 units (sebab sedara mara semua jatuh cinta tengok mine haha) and semua takde problem. Kalau u nak yg betul2 elok, try Acer Timeline yg baru. Customer support pun bagus, repair time tak lama (my cousin punya terjatuh, screen crack sikit, repair tak sampai 4 minggu). So far I dah pakai HP, Compaq, Dell - tak boleh challenge kehebatan Acer ni. And I'm a computer programmer!

FieZa9 said... [Reply to Comments]

I just bought dell inspiron ape ntah.hrge 2.6k.ram 3gb,hdisk 500gb,ad graphic card,bluetooth siap ad face recognition means tym nk login 2 dok tayang muke je xperlu taip pass jadah.ps2 trus die login sndri.comes in 2colours-pink purple.marahnye laaa npe 2colour je.klu nk colour laen,kne beli model lain which cost u higher i think around 3k.oh ya my lappy ni 3thn warranty.best gilaa.dulu i pakai toshi tp toshi cpt pns.prob display card seconet je tp kne tuka motherbod bagaiiiiiiii haruslah i beli new one.i think u shud survey more mesti sekarang got new model.good luck n i hope this info dpt bantu u a bit.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...