Instagram : @peejburhan

makan je kerjanya pastu complain-complain pasal nak kurus~

lepas je bernasi ayam.
jalan-jalan window shopping. takda arah tujuan pun.
takda rasa nak beli apa. tapi saja je.
dah rasa sangap tu. later ke starbucks.
aku suka je starbucks tapi takda la ketagih macam noy tu.
dia kalau boleh hari-hari mau.
aku if lepak dah tahap tak nak boleh nak terima coffee dah ok. pening sudah.
aku suka je coffee. tapi kalau dah hari-hari. pitam ok.


omg. cheese cake ini adalah super sedap ok.
aku ni takda la suka sangat benda-benda manis semua ni.
i mean aku tengok certain people if depress ke, emo ke. kan suka macam makan ice cream, cake tak pun chocolate ke. konon macam akan gembira la lepas tu.
well, aku takda la suka sangat.
aku rasa kepuasan makan adalah bila super pedas. nyum.
so pada penggemar cake. sila la try cake ini di starbucks mid valley. sedap okies. mak sker.
tapi rasanya setiap starbucks lain-lain la makanan dia.
sebab aku tengok kat starbucks great eastern takda pun cake ni  :(


buhsan jugak la lepak sana lama tak tau mau sembang apa sudah.
waiting for a friend. lamaaaa gila.
sebab jalan jam teruk katanya. patutnya boleh sampai in 20 minutes. rasanya 1 hour plus baru sampai kot.
later gerak tolong tukarkan duit untuk dia. takut money changer tutup awal.
later shopping sikit-sikit.
pastu dia sampai je mission carik tempat makan pulak.
boleh tahan penat jugak berpusing.
sebab dome kitchen dah close.
yang sorang nak makan tony romas.
yang noy lak nak tenpat yang boleh smoke.
so matiklah gaduh sakan kan.
aku tak kisah. mana-mana pun boleh.
takda la lapar mana. tapi of coz akan prefer tempat yg ada smoking section la kan.
tony romeas adalah pengkeji tau. takda smoking area. pffftt.

so we went to tgif.
chilis malas nak tunggu. ramai sesajo. so tgi je la ok. ada seat terus.
tak bestnya sebab time tu ada bola. man u lawan liverpool kan.
so rasakan ramai orang n bising2. tak tenang betul.
anyway. aku still rasa chilis sedap daripada tgi ke mana-mana.

oh aku adalah tak berapa lapar sangat.
plus tau sangat noy tu bukan boleh habis makanan dia.
so aku just order appetizer aje.
teringin fried mac & cheese ni. so order la.
satu lagi tu kawan aku order. apa tah nama nya.
something like buffalo wings. tp ni takda tulang.


akan tetapiiiii. menyesal order fried mac & cheese tu.
tak sedappppppppp. tah tak kena tekak aku kot.
muak nak mampus ok. aku makan seketul aje.
tu pun paksa-paksa kasi masuk dalam mulut ok.
end up pack bawak balik. hohoh.

so sementara dorang makan aku pergi toilet.
hoh jauh menapak. tapi aku suka toilet gardens. lawa n puas hati la :D
cuma katanya dah pukul berapa time tu.
haruslah kosong aje ok.
takuttt. ke aku yang paranoid lebih.
sepi aje. ada toilet satu tu macam berkunci tp senyap aje.
aku tiba-tiba teringat ada cerita hantu dulu aku tengok. tak silap tajuk the office.
yang dia pergi toilet ternampak ada office mate dia sembang gelak2 kat toilet hujung.
sekali lepas tu dia tengok toilet tu takleh guna. tempat simpan2 barang2. eeeee tak suka la.
so paranoid lebih. harus aku berlari-lari la keluar lepas tu.
bodoh sedang kelam kabut tengok ada lelaki tunggu kat luar.
aaargghh...mesti dia ingat aku sewel.
tapi ye la. apa jadah duduk dalam toilet tapi senyap aje kan.
nasib lelaki tu tak gelak-gelakkan aku tau.
kalau tak aku cakap, " gf kau la salah. berak la tu. senyap-senyap je dalam toilet sapa suruh. takut la"
cea macam berani kan. n motif tiba-tiba nak sakit hati apesal kan. haha dengki aku ni.

:: makanan noy. see tak habis. aku yang di paksa habiskan. tak larat pun. end up makan isi-isi aje ::




oh tak tahan kebisingan kat tgi.
so ke starbucks again.
dah tak larat mau minum dah. tapi paksa jugak.
macam-macam kerenah ada orang sekeliling aku ni.
nak coffee la. xnak nescafe la. nak latte la. buih best la.
rasa nak sepak aje. pengsan orang banyak kerenah ni.
oh tu cake namanya rocky road. mak aiihh..sedappppppppppppp.
mampuis asyik makan benda-benda ni semua.
hari yang penuh episode makan-makan aje.
ye la apa lagi pun nak buat kan. :D


8 Comments:

Foxy Farah said... [Reply to Comments]

ok skang nak mac n cheese! mana nak cari peejaaaaaa! drama :P tapi apesal mcm terliur tgk cake2 itu! adehh

mUnie UncLe hUsin said... [Reply to Comments]

wah.. template dh berubah..
segar bugar mata i bace entry u..
biru sejuk mata memandang gituuuuu~
awww~

oke.fine. lari tajuk pulak..
ahahha..
tp xtau nk comment ape sbnrnye..
maen redah je ni..

enjOy ur weekend!!!!!!
hek2x..

sweethOneY said... [Reply to Comments]

haikkkkk.. ingatkan salah masuk blog tadi. terang sudah bijik mata. hihi

aku suka kek! yumm!

Mommy Lily said... [Reply to Comments]

peej, background hitam lagi best la. dah jadi macam your identity

kalau boleh tukar hitam balik, boleh? boleh? :-)

Marina Monroe said... [Reply to Comments]

Emm...mama teringat dulu2 ada kwn mama kata..

Tulisan besar selalu nya belong to org yg kurus

Tulisan kecil belong to org yg kussss semangat..

So...with this big fond, are you telling me, you dah kurus..he he he

Keep it up my daughter!!!

NenekPenne said... [Reply to Comments]

fried mac n cheese tu, seketul boleh laah lagi telan...lepas tu mulalah rasa mual2 jer rasa tekak ni ...

Sue@Iza said... [Reply to Comments]

homaigod...mata aku da siap2 nk ngadap blog kaler itam..tetibe dapat blog kaler biru...terkejut mata...hahaha..newayyyy, niceee!

Anonymous said... [Reply to Comments]

hohoho...
terang benderang dah blog peejburhan nih...
segar seperti selepas gunakan eye mo...hakhakhak..
aniway, baru i nak tanya; mana edan?... dah lama tak dak entry tentang kamu, kamu dan kamu?...
~miss penang

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...