Instagram : @peejburhan

apa masalahnya kalau gelap? kenapa nak putih?~

serious aku tak faham orang malaysia ni tau.
kalau kulit orang tu gelap je macam ada masalah sangat.
kulit jugak kan. bersyukur aje la kan.
kang dapat kulit ular ke, mengkarung ke baru tau.

aku dulu selalu jugak kena isu2 macam ni.
ye la, kan kekasih lama gelap *cough cough*
so konon, abis anak aku gelap nanti.
so what if gelap. aku tengok ramai je orang kulit gelap tapi lawa aje.
then keluar lak statement lagi keji.
kesian la if perempuan. lelaki takpa. macho.
takpun. kulit gelap ok, kalau sharp features. wtf.

tapi aku suka je jadi tan ;p baru la feeling latina. hahahah. matiklah verangans kan.
plus. penting ke warna kulit ni?
orang kalau hati tu baik. kulit dia belang2 macam zebra pun orang takda masalah ok.
bukan la apa, tapi rimas ok orang asyik complain macam la masalah tu besar sangat.

tapi tu baru mukadimah.
yang buat aku terasa nak buat entry ni sebab make up la kan.
aku penah kot dulu cakap pasal ni.
tapi serious. tak kepuasan hati betul bila aku tengok.
so sini aku nak bebel lagi.

aku ada la tengok few wedding pictures orang.
wah matiklah nak complain kan. janji orang tu kawin kannnn.
eh tapi suka hati la kan. kata mulut i kann.
tak pasal kenapakah make up artist ni menyeksa orang.
adakah memang skill mereka begitu? or memang request daripada pengantin tu nak nampak putih di hari perkahwinan mereka?

masalahnya kalau putih takpa. ni jadi kelabu ok.
paling tak tahan bila pose2. muka putih menggila. tangan gelap. macam mana tu?
tu ok la lagi. macam mana pulak if muka putih tapi leher gelap. lagi haru ok.
takda la aku rasa if kulit gelap tak sesuai la pakai base ke, segala bedak tu warna cerah.
sebab nampak tak smooth. nampak capuk. :(
not that aku nak kata tak lawa make up dia.
lawa la. tetap lawa. sebab dah make up kan.
cuma nampak tak menarik la. macam tak natural.

sebab tu aku tertanya. salah siapa?
let say la make up artist.
aku tau la sini semua trend. kira kalau make up artist pakai mac tu kira up la kan.
tapi kalau boleh beli la segala macam kategori untuk cater warna kulit.
malaysian ni kan ada macam2 warna.
ok let say la mac takda. then jangan la pakai produk tu. tak pun tambah collection ke.
apa kata pakai bobbi brown. dia sesuai untuk kulit gelap kan?
aku rasa produk murah2 pun ada aje.
aku pakai loreal aje. ada je untuk warna ala2 tan.

if la yang salah pengantin.
maybe dorang terpengaruh tengok majalah2 pengantin ke apa.
tu yang feeling nak make up ala-ala siti nurhaliza ke apa.
ni aku bagi contoh la. aku mana tau idola dorang siapa.
apa kata takyah. apa kata jadikan contoh2 artis.
mintak make up yang ala-ala beyonce ke, rihanna ke. or sesiapa lagi la.
yang ala-ala sama macam kita la. contoh macam kulit aku. takleh la tiba2 nak banding ngan kulit gwen stefani ke apa. elok sepak je kalau macam tu.
memang la teringin je nak make up macam tu. tiba2 bibir merah ke apa. tapi macam tak kena aje. takuitt.
so kena la sedar diri kulit aku ni coklat. so carik la contoh yang sesuai kan.
lawa apa bronze2 look. macam glowing n natural je.

try la cuba jangan takut ok.
if takut nak try masa kawin.
apa kata few months before that try make up gaya2 tu.
beli warna2 yang sesuai ngan kulit.
tapi actually benda ni bukan untuk orang kulit gelap aje.
orang kulit putih pun aku rasa sama aje.
dah putih. pergi beli bedak yg lagi putih daripada dia. haiyohhh.
dah muka nampak macam pakai bedak baby ok.
ala macam masa kita kecik2, mak2 kita takpun atuk nenek kita suka pakaikan bedak lebih2 tu.
aku rasa paling sesuai if beli bedak biar satu toned bawah daripada warna kulit kita.
sebab better nampak gelap n natural. daripada tepung gomak kan.

tapi apa2 pun lain orang lain cara kot.
ada orang suka muka dia nampak berbedak la apa la.
as for me. i dont mind if nampak berminyak ke apa.
aku suka aje. konon latina. latina lagiiii. sila pitammm. hahahah.
aku ni komen memang pandai. sebab aku jenis tak pakai bedak.
sebab tu la takda masalah gomak berlebihan ke apa.
aku pakai concealer n liquid foundation aje. tu pun kalau rajin la.
usually malas je nak make up.

ok whatever.
moral of the story.
sila la hargai warna kulit anda.
jangan torture ngan warna2 yang tak masuk.
kerana warna apa pun tetap cantik ok.
bak kata susan lancaster dalam cerita mekanik, ' orang putih ka, biru ka, coklat ka, kita orang malaysia kan'
ok takda kena mengena.
tapi suka hati la nak tulis apa kan.
ok tu je. bye-bye.

nota buntuit : black lagi gelap. tapi i still find them sexy. ooppss.

17 Comments:

Leeds Al-Malique said... [Reply to Comments]

Ntah la peej, macam i kan, sejak kecik memang nampak la beza dari adik-adik yang lain semua cerah-cerah, mak pak tak pernah kata apa tapi orang keliling la asyik kecoh panggil hitam la, but my dad selalu pujuk dengan lagu,

"hitam manis hitam manis, yang hitam manis pandang tak jemuuuuuu pandang tak jemuuu" hehe

So disebabkan diejek, i thot ermm aku tak lawa la kan, sebab itam, and time sekolah budak-budak lelaki bg diorang kalau putih melepak tu la lawa.

So i rasa, golongan-golongan senasib pun mengalami yang sama, tu yang pakat tepek mekap dengan harap leh jadi putih, leh jadi lawa.

I dulu-dulu pun penah buat silap, mengharapkan mekap untuk jadi putih dan lawa, tapi belajar dari kesilapan, belajar cara-cara mekap yang betul, lama-lama tau sendiri yang tanned tu beautiful jugak, omputih buat macam2 nak dapat kulit tanned ni.

But stigma putih lawa, hitam tak lawa tu akan tetap ada kot pada org melayu. Bila baby baru beranak je, mesti nak tengok cerah ke gelap ke.

Sad, but true.

Tijah said... [Reply to Comments]

bak kata susan lancaster dalam cerita mekanik, ' orang putih ka, biru ka, coklat ka, kita orang malaysia kan'

hahahaha!

feeling sangat 1 malaysia disitu kan?

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

betul2. kulit berkilat2 latina camtu mmg hotness xD

mmg pun sepatutnya warna makeup kena sesuai dgn kegelapan kulit (ok xde 'kecerahan' kalau da duduk msia yg panas ni HAHA. tp diorg suka nampak putih.. iklan2 kat tv semua banyak yg state; putih tu lawa (kecuali iklan dove? lolx). so it's more on media influence jugak.

Lya Colours said... [Reply to Comments]

yess saya pon suka tgk pic2 fotografer yg snap2 wedding ni
mostly mak andam mesti nak menampakkan efek putih di situ kan. so kene la tacap kasi teballl mekap. kawan sy dulu kawen, 4 lapis dia pakai kot. mmg tebal la. konon nya mak andam nak kasi nampak kelainan la di situ. tetapi mcm menampakkan kegerunan je
huuhu
peej kite same la komplen je pandai kan
hehe

NenekPenne said... [Reply to Comments]

what else can i say... BLACK IS BEAUTIFUL ...

aku pun gelap dowh..
aku pi cari bedak muka pun aku mintak yang gelap sikit dari muka aku, senang nak cover cela2 di muka...

Kakakdegil said... [Reply to Comments]

Eh.. baru tadi g beli pencuci muka kat 1 saloon ni
Ader ke dia suggestkan pencuci muka ni untuk putihkan muka
Siap kata " u punya muka kan gelap tu.. "
Cess..

Di bandingkan dgn kakak sendiri yang putih.. mak selalu pujuk
"hitam hitam si tampok manggis
putih putih hampas kelapa
walaupun hitam di pandang manis
kalau putih nak buat apa?"

Wahahaha.. terus bangga jadik hitam :D

F A R Y N said... [Reply to Comments]

aku mmg berkulit putih,tapi aku tak rasa ini ialah satu kelebihan kalau ko dok kat mesia yg panas ni..

orang2 yg berkulit gelap,silalah hargai kulit anda yang terlebih pigmen itu.

kerana,

orang yang berkulit putih/cerah lebih mudah terdedah dan tinggi kebarangkalian untuk mendapat kanser kulit...

huwaaaaaa.....

Nad said... [Reply to Comments]

Terima kasih peeja.

Kalau kau lelaki, dah lama aku ajak kawin. BAHAHAHA.

peej said... [Reply to Comments]

leeds - hahah. i masa mula2 break dengar lagu hitam manis tu siap nangis ok. tiba2 sedih. ;p
tu la kan, orang kita ni semua still otak sempit la. still anggap putih tu lawa. hitam je kira saham jatuh la tah apa2 ok. mak sker je uolls. apa color pun janji sexy di mata. wah sempats. hahah.


tijah - tu la kan. baru la feeling patriotik sikit. wah. over. kira konsep malaysia truly asia la kan.


wani - tau xpe. padahal dah tentu tu semua edit. dan2 pakai produk tu 3 minggu putih. xdo nyo. dah la iklan mostly yang dorang amik mix kan. amik melayu tulen la. pffft. n yes latina hotness.


lya - tak salah nak tebal. sebab memang hari istimewa kan. so muka nampak flawless la. tapi pakai warna yang sesuai la. jangan la lari betul warna tu. naya je kang if suami sendiri tak kenal. putih sangat. hahah.


nenek - true. warna gelap kasi coverline. if lagi cerah. lagi macam meng-highlight kan segala kan.

peej said... [Reply to Comments]

kakakdegil - benci ok orang macam tu. oh bila u mention i teringat satu cerita. harap ingat untuk cerita kat blog nanti. tp mak terbaik kan. ok la at times dorang suke bebel. tp untuk kebaikan. mak kita akan sentiasa kata kita cantik kan. walaupun terang2 anak dia ni besar almari. hahah.


faryn - tu la jonet pernah cakap macam tu jugak. org kulit putih lagi senang kena kanser kulit dpd yg kulit gelap. itu la bagus kan. or maybe lelaki melayu ni suka yg putih supaya bini2 mati cepat kot. boleh kawin lain. mueheheh.


nad - hahahah. bengong. jangan la bg i malu uolls. tersipu2 tau. hahah sile lempang pliss.

natessa said... [Reply to Comments]

so true peeja....i know someone yg husband dia very fair, so probably she thinks she needs to look fair, so pakaiii la foundation yg totally tak match her skin tone...so muka veryyyy the kelabu....and my bos who is white, ya ALLAh foundation dia superrrr white....mcm hantu ok....scary mcm tak cukup darahh....so people should be happy with their skin tone no matter how dark or fair ...everyone is beautiful in their own way.

rynas said... [Reply to Comments]

yg penting kena pastikan warna bedak asas tu..bedak debu tu kalau boleh seakan2 kulit. kalau gelap sikit tak per tp kalau putih sangat mak aiii macam tepung gomak ler jwbnyer. tapi skang ni pengantin pun dah leh try make up sebelum kawin tapi bayor sikit lah..nak cantik kan...

peej said... [Reply to Comments]

tessa - tu la kan. ntah2 suami dia tak complain apa pun. suka as who she is. kalau xkan sampai kawin kan. heheh. boss u pulak maybe dia suka jadi gothic. ngeh.


rynas - tu la kan. tp if tak try pun takpa. boleh je cakap nak make up macam mana kan.

aNnAsUe'G said... [Reply to Comments]

yeeee...aku pon mengalami situasi yg sama time sekolah kat pantai timur dulu2, kemain lg kene kutuk sbb aku ala2 gelap gitu. kan kat sana byk awek yg putih2. budak laki pon nmpk je yg putih sume lawa. huh. [ade sedikit jeles disitu].
tp skrg ni bile tgk tyra banks, beyonce dgn rihanna, terus aku x kesah. mak aku yg gelap tu cantik je pon. heheh.

Penari.Gendut said... [Reply to Comments]

HAHAH!! Aku selalu je kena ejek "hitam legam", dah lali telinga.

Tapi betul lah, aku tengok semua pengantin, semua muka kelabu asap, buruk ok! Muka kelabu, tengkuk hitam! Apakahhh

I'd prefer enhancing lagi warna kulit tan aku ni (wah, skrang dah tak panggil hitam dah...panggil tan...nama glemer..haha). Kasi nampak gold gold ke...you knowwww.

Our "gelap" skin is exotic, why nak jadi omputeh celup (dgn bedak)??

My partner's skin is white, so I don't think I need to be like him (memang takkan lah kan..haha), because I KNOW my skin color is superbly gorgeous!

A.I said... [Reply to Comments]

BETOL3x!!

aku selaku mekap artiste (artis sgt la kan ;P)pon kengkadang felik bila tgk org mekapkan muka panten yg jadi muka lain, leher lain. hohoho..kau takde foundation base kaler lain ke? cam aku ikot kaler kulit org tu. tp mmg le cerah skit, tp idak le nampak fake. isk, aku sendiri tak berkenan.

lagi satu, aku cukup hangin ngan iklan FAIR + LOVELY tu! babi tol. apekah org kulit itam tak lawa? makanya kene tepek fair + lovely tu berkoyan2 utk jadi putih baru org pandang? tolong la wei! geram aku. (terasa aku ;P)

Anonymous said... [Reply to Comments]

betul...saya ergolong dalam yang org kata hitam masa sekolah..siap dapat nickname kicap tu...

sampai skrg ni un org concern sgt dengan warna kulit saya..i mengaku mmg banyak guna whitening produk..kejap je cantik..lps tu kesanny kulit nak jergat..warna x sekata..

currently i guna internationla product..(yg kotaknya warna merah tu..product jepun)..so far kulit jadi sekata ..dan x dela oliy x tentu pasal..

but..argh!!org melaysia mmg suka yg putih2 n nanti kena kanser kulit kot..?well..org mesti tanya i..eh baru balik dari pantai ke?

i senag je jawab..nak jadi J Lo..

huh...tu la org kita..sibuk jaga hitam ke putih ke..lantajkla..ade aku minta duit diorang???

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...