Instagram : @peejburhan

antara shopping mall yang best untuk chill~

mingu lepas. eh jap bukan minggu lepas. i mean minggu yang lepas2.
kan mama n papa balik kampung.
so kami ala2 anak terbiar la.
wah statement, macam budak kecik kan. padahal dah boleh je jaga diri.
perut adalah lapar. nak masak memang malas la kan.
so decide nak makan luar aje la.

yang noy ni gedik nak makan lauk melayu la konon.
bangun pun dah pukul berapa kan. nak petang.
gerai2 harus la dah takda apa.
nak makan tomyam2 pulak belum bukak lagi kan.
so aku ajak pergi great eastern mall la.
sebab ada cozy house kan.
so siap2 semua gerak ke sana.


:: cam whoring for twitter :D ::

so sampai order2.
nak order pun satu hal.
sebab dah tentu cozy house harga melampau sikit la kan.
konon teringin asam pedas tp mahai.
so amik lauk2 lain la.
which aku tak faham motif. sebab end up mahal jugak. if campur2.
so ini hasil lauk2 yang di order.

:: sotong petai ::
:: mixed soup tomyam. terbaik. aku suka pekat2 macam ni  :)  ::
:: sisters ::
:: beancurd in oyster sauce tak silap. lupa nama dia ::
:: telur dadar with prawn. gedik gila buat telur dadar biasa aje boleh tak. ::

gila banyak ok.
macam nak makan ramai padahal berdua aje.
hasilnya tak habis. tp kita orang pack bawak balik la.
bagus jugak. malam panaskan aje. then makan balik.
oh total semua. adalah rm80++
sebab mostly lauk2 dia rm20++ except beancurd tu rm8++ n telur dadar tu berapa tah.
mahal la jugak. tp ok la puas hati.
tp still aku rasa tak berbaloi.
if makan kat krisik. rm30 macam tu siap dapat ikan siakap semua.
motif nak bandingkan cozy house ngan krisik? hahaah.

lepas makan tu lepak kat starbucks pulak.
lepak sini macam2 rasa ada.
best sebab mall ni kau memang takkan jumpa manusia pelik2 la.
mostly yang datang sini mesti orang kaya2 aje.
yang dok embassy dekat2 situ.
semua yang stock suami orang putih la apa la.
anak2 comel melampau.
kalau lepak starbucks ni lagi la.
tengok kereta2 yang lalu untuk drop or valet parking semua tu.
cayanne la, merc la, jaguar la, bmw la. semua melampau.
siap ada tu aku tengok sanggup park valet tp pergi cold storage beli apa tu, benda kecik aje. then naik balik.
gilo. park bawah je la. melampau betul tau.



yang tak best pulak mall ni.
macam takda apa la.
kita orang kalau pergi pun if nak makan, pergi pets wonderland or maybe if la mama nak beli barang2 kristal segala kat riccardo or cadar2 kat aussino.
other than that takda.
bukan la takda kedai. adaaaa...banyakkk. tapi semua mahal la kan.
barang2 biasa pun tiba2 harga jadi up bila dah kat sana.
plus tak best nye pergi sana. semua orang nak cantik2 ajo.
so if nak pergi sana. kena la elok2 sikit.
kalau tak serious akan feeling bibik ok. hahahah.

tapi sekali sekala lepak sini ok la.
nak chill aje.
bagus untuk cucian mata. sebab jejaka2 pun boleh tahan menarik.
so does the ladies la of coz. mostly upper class la.
tapi kadang2 boleh minor depression sebab ape ke hai nya dorang ni kaya melampau.
herghhh.

wah tiba2 entry berakhir dengan penuh emosi. hahah.
ok tu aje. akhir kata. siapa pernah lepak sana...betul tak apa yang ku katakan?
if siapa yang tak pernah pergi. sila la try. nescaya akan minor depresssion jugak.
mueheheheheh.


10 Comments:

C!kpuanmuda said... [Reply to Comments]

peej, i nak tanya la... cosy house kat gem dengan cosy corner kat ampang park tu sama ke? dah lama confuse ni.

Dils said... [Reply to Comments]

Hahha. Aku suke lepak kat great eastern mall and like you said kedai yang selalu pegi is Cozy and Pets Wonderland. Tempat tu macam best je jalan2 usha2 tapi bukan untuk membeli.

NenekPenne said... [Reply to Comments]

tak perlah..kem salam jerlah kat great eastern mall tu....

ms. lili@ said... [Reply to Comments]

oh rindunye cozy house! *tSk* teringin dia punye sotong butter... nyams.

aliaa said... [Reply to Comments]

i've been there!! Cozy sedaap...(bile mak yg blanjela, nak beli sendiri? 10thn lgila kott)

Sue@Iza said... [Reply to Comments]

nokk, kau bygkan aku yg penah keje kt situ...i mean kat menara die..lunch kt fud court saje...

bile org tanye keje mane...eksen sket jwb Ge..ngahaha..tanye lunch mane..kt mall...padahal fud court saje...

jatuh bankrupt kalo nk lunch kt cozy tiap masa...

tp kalo tmpt nk melepak, mmglah seswai sbb tak ramai org.

amybarakbah said... [Reply to Comments]

peej.. if im down in KL mmg selalu gi GEM coz my sis's house kat belakang tu jer :D

tak pergi makan la kan cuma gi beli cadar aussino.. kalu sales pengsangggggggggg LOL

ehh chup Strudel ada lagik tak kat sana? hari tu p cam tak nampak...

Lilianna Mardiana said... [Reply to Comments]

tomyam campur dan sotong petai tu dah menyebabkan laptop I basah, hahaha, air liur menitik. :P

faiezspeaks said... [Reply to Comments]

Peej... aku tak penah komen tapi kali ni nak komen hehe... cozy house mmg la mahal.... lenkali pegi kg baru (kedai paklang ikan bakar) pergh... aku sgt rindu nak makan paru sambal ngan ikan bakar ikan keli dia, terbaek ok? Aku balik hari tu dapat la melepaskan gian, murah gila ok? 6 orang makan dengan ntah berapa jenis lauk and beberapa ekor ikan bakar total up to 30 hengget je!

Tapi mmg panas la makan kat sana takde aircond (we all bawak balik makan kat umah) and mmg tak dapek la nak cuci2 mata kan, haha!

shida said... [Reply to Comments]

peeejjja!its me shida! I love great eastern mall!! i like that furniture store they have in there- british india or something like that!

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...