Instagram : @peejburhan

ultimate favourite~

aku sebenarnye tak ingat ni tah bila.
tak silap aku masa chinese new year kot.
jonet came to my place.
dia memang. umah aku ni bukan rumah kedua dah.
dia kata rumah pertama. pantang cuti mesti muncul je perempuan ni tau.
mak dia selalu bising aku tak pergi nilai. abis macam mano. jonet takdo.
if dia ada. memanjang dia nak datang kl. so bagaimana mau lepak nilai kan.
takpa. nanti2 lepak la tu kan.

so malam tu kita orang ke papparich.
dah lama tak pergi sana.
haha tipuuuuu..padahal baru je pergi hari tu kan. ;p
so saya adalah order ini.
egg tart. nom nom nom...


ok la lembutssssss.
tak bestnya sebab kurang manis.
aku tak sure apa masalah papparich masa tu.
samaada dorang takda gula.
atau maybe hari tu adalah hari orang kencing manis sedunia.
eggtart ni kurang manis.
then aku order soya bean cincau gula melaka tu. tawar ok.
tawar as in dia tak letak air gula melaka tu.
tp aku telan je la.
aku malas nak complain sebab extra ramai malam tu.
nak dapat order pun lambat gila.
ramai cina. pelik. dorang tengah raya tapi semua serbu papparich makan.
pelik kan. dorang raya takda makan2 ke?
i mean kita raya kan mewah makanan. dorang takda yea?
sebab tu lepas beraya dorang kena jugak keluar makan2???

nway egg tart adalah kesukaan aku since kecik2.
ingat lagi tempat kegemaran aku dulu2 ialah kat globe.
globe kat tingakt atas dia ada cafeteria. 
so if mama pergi sana mesti teruja lebih sebab aku nak pergi cafe dia.
wah matiklah dpd kecik buruk lantak kan. pergi kedai kain pun terpikir cafe.
tapi serious sedap ok egg tart dia.
aku pergi sana dapat tu seketul aje pun dah gembira.
sekarang dah takda kot kedai tu.
n dah besar2 ni susah nak carik la yang best.
oh if pergi bakery pun..if pilih..harus egg tart kena lebih. me loike.
aku tak berapa suka cheese tart ke, fruit tart ke. egg jugak terbaik.
saya mmg suka telur.. ;p hahahahha *ok abaikan. aku mmg suka gelak2 pikri2 jauh. bengong*

:: mentang2 gigi jonet sudah cantik dan tidak berbesi lagi. suka benar dia sengih lebar2 tau. ::
::oh itu malam saya makan ini. saya lupa nama dia. tapi ternyata sedap dan amat mengenyangkan. :D ::

sekian cerita daripada saya.
saya adalah lapar tengok makanan2 ini.
tapi saya tak boleh makan.
kerana gigi adalah sakit.
tapi bagus kerana kurang makan.
kan best kalau kurang makan sebegini selama setahun.
pasti kurus dan menjadi model di suatu hari nanti.
wahhhh..matiklah verangans. ngehhhhhhhh
ok bye-bye...


9 Comments:

syafawani said... [Reply to Comments]

sodap emm..hehe..wani suka egg tart jugak..cheese tart pon i like..cheh!perlu ke mention?aha..just sharing:)hik3

mYpRecious said... [Reply to Comments]

peej egg tart tu pon my fevert jugak.. hari tu ade tempah 50 bijik yg jenis kecik2 tu..

dlm seminggu je licin kami laki bini sental.. haha..

Si Hitam Manis said... [Reply to Comments]

saya pun salah seorang penggila papparich... my fav is char kuew tiow... otak2 steam.. dan cendol nya yg halus mulus tu... oh nyaman sekali.

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

kedai kehabisan gula kot lolx

lain da muka jonet bila bukak braces hee :]

Uncle Lee said... [Reply to Comments]

Hello Peej, nice blog you have. And your egg tart looks fantastic. And that noodle looks delicious.
I sure miss eating this.
You have a pleasant weekend and keep a song in your heart, best regards, Lee.

NenekPenne said... [Reply to Comments]

kuey tiau kecik tu dihidang bersama steam chicken...
selalunya chicken tu yang abes dulu..

ha ha ha...i pun perasan jugak, jonet sengih memang lebar sejak2 tak pakai besi...hagaknya one day nanti i pun mcm tu lepas besi gigi i dicabut nanti....

green apple said... [Reply to Comments]

aku pun suka egg tart tapi yang ko beli ni macam gedabak sgt, boleh muntah aku makan egg tart besar macam ni. muak wehhh.

F A R Y N said... [Reply to Comments]

disebabkan ko telah buat iklan bahawa makanan kat pappa rich agak sedap,aku terstim nak pi makan sana..
not bad...

aku rasa ko patut jadi DUTA JALAN2 CARI MAKAN la...

dyan said... [Reply to Comments]

wah.. teringat foodcourt kat atas globe tu.. dulu masa kecik kalo g globe je mesti singgah foodcourt dia.. lepas tu ambik air dia yg macam2 jenis.. haha.. tau je la budak kecik kan.. memang pantang la nampak air colorful kat situ.. huhu.. kenangan betul..

ohh.. siyes nampak menarik egg tart tu.. dah lama tak makan egg tart yg sedap.. sy suka egg tart ma baker kat miri.. sedap giler. haha..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...