Instagram : @peejburhan

persiapan last minute..minor2 aje ~

jumaat tu tido lambat.
so masa sabtu tu, sesuka hati bangun pun dah 12 lebih. hohoh.
ala bukan ada apa kerja pun nak buat dah.
tinggal sikit2 aje la kot.
plus by that time dah ramai kot.
so biar orang lain pulak buat kerja. mueheheh.

turun tengok orang gigih2 masak.
aku tolong tengok aje.
takda la, sebab kerja aku semua melibatkan computer.
type2 itu ini n print2. :D
bagus..kerja senang. ringan sikit bebanan.

:: orang2 kuat di dapur ::
:: mama - aunty sue - aunty bada ::
:: pak apis selaku sound man. dia tengah gigih pasang tv n home teater set. untuk sound system. lain2 tu tukang sibuks kot. ::
:: ayol & uncle mat ::

uncle mat ni batman papa masa kecik2.
korang ingat tak masa aku cerita2 pasal tentera la, askar la.
yang if prebet selalu ada yang jadi batman.
dia kira macam tolong2 buat kerja2 kat rumah ala apa la.
so uncle mat ni batman kita orang masa kat PD dulu.
masa aku 3-4 tahun kot. macam tu la.
dia la yang jaga masa kecik2.
paling rapat ngan ayol la. siap hantar ambik daripada tadika la apa la.
so ni ayol nak kawin dia datang n tolong.
seriously dia rajin n kerja non stop ok.
terharu gila tengok. i mean ikutkan dia tak perlu pun kan. not that he still work as batman ke apa kan.
some people is born nice la i think.
tengok la tu. dengan penyapu siap uncle mat tu.

:: me & jonet buat signage untuk letak kat traffic light ke apa tu. nice eyh. ::
:: noy yg sakat adawiyah sampai budak tu nangis. haha ::
:: orang khemah datang pasang kerusi meja n setting meja pengantin n vip's ...bagus gila ..dah la barang2 baru. semua dorang buat. last time masa noy kena buat sendiri ok. bengong gila. ::
:: sorry malas keluar. so nampak kan samar2 dah siap setting khemah :D ::

later ice, huda n nysya datang.
nak tolong2 if ada apa2.
tapi tak banyak pun nak buat.
so mama suruh susun2 tapai. so buat itu je la.
oh tapai yang ni uncle mahmud pulak sponsor.
bagus. murah rezeki ramai orang sponsor :D
so mission tangan lekit2 susun tapai.
paling best before susun dapat rasa dulu. nom nom nom.

:: sungguh ceria bergotong-royong. ewahhh..cuba kalau buat sorang. mau amukan kan. ::
ok sebenarnye dah tak tau mau cerita apa.
last gambar mak gua gedik nak feeling manja lebih.
layankan aje.
aku kelihatan seperti almari 3 pintu. herghhh...
what ever. janji hati senang. senang ke uolls???
gila ramai rumah.
nak bersiap pun kena tunggu turn.
bilik aku toksah cakap la.
nak bergerak pun tak boleh.
ye la bilik sekangkang kera aje uolls. sumbat 10 orang tak ke pitam.
so untuk kurangkan kesesakan. siap2 kat bilik papa n mama sikit.
sekali bilik tu pun sesak. sabar je la.
takpa. janji selamat.

ok itu aje. adios.
as usual aku malas check typo. 
sendiri faham2 je la yea.

6 Comments:

A.I said... [Reply to Comments]

time merewang tu le yg sronok. hevoc je umah..

ZIANA ♥ FARREL said... [Reply to Comments]

peej...sure u lupa kalerkan tang rambut ur mum...eh..yang pic makanan yang u bersila ramai2 tu nama ape ek??i suke makan benda alah tu tp lupala nama dia...

Leen said... [Reply to Comments]

Saya sangat faham perasaan rumah jadi sesak gile time2 nak kenduri ni. Memang katil sendiri pun jangan harap la nak dapat baring2.. penuh ke sepupu la, jap gi makcik2 la. Hehe.

Lilianna Mardiana said... [Reply to Comments]

waa, bestnye kalau ramai2 gathering gitu!
picture yg last tu sweet. :)

Benz said... [Reply to Comments]

hehehe! aku tenguk ke lain pulak. peej, gebunye ko.. puteh. ahahaha!
sesekali kenduri besar mmg meriah..

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

terkesan ok bila ko ckp 'some ppl is born nice'.. dgn tgk uncle mat tu. sebab zaman skang ni mmg susah nk jumpa org yg betul2 baik & x berkira :]

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...