Instagram : @peejburhan

persiapan adalah hari yang paling memenatkan~

cerita adalah basi.
entry masa preparation untuk wedding ayol side kita orang.
eventhough buat biasa-biasa aje.
tapi still preparation dia gila la penat.

jumaat tu dah la aku sorang je yang ado.
noy ada flight, PG lak tido sebab dia tak tido semalaman ke apa.
ayol lak still honeymoon kan.
so memang apa2 kena jerit ambik itu ini memang aku la kan.
sebab mama tak dengar. so orang kalau boleh taknak tanya dia la. kacau kan.
so konon aku la tau semua.
tu yang feeling bibik terus kan.
padahal aku pun x hilang penat. tak cukup tidur semua. kill kill die die die.

around 10ish am orang pasang khemah datang.
then around 11am one of our family friend, aunty hajah ani datang tolong.
tolong rebus telur. sebab kita orang mana pernah buat majlis2 ni kan. mana reti.
elok setengah jam me n aunty hajah buat telur tu.
one family from kampung datang.
aunty lela, uncle mahmud, cousin aku nain n wife.
hoh gumbira. kurang sikit bebanan kerja kan. ;p

:: uncle mahmud n nain check telur2 yang dah siap rebus. papa jadi mandor tengok budak2 pasang khemah ::
:: aunty hajah ani gigh check telur2 ::
:: khemah tengah pasang scallop. oh theme adalah hitam n putih :D . sorry pic gelap n jauh. gila tak kuasa nak keluar gigih ambik gambar ke apa.::
:: muka tak boleh blah. peluh sakan semua ok. ni betul2 punya kepenatan. bukan cobaan ::
then tolong2 masak kat dapur pulak.
ye la ramai yang akan datang tolong semua.
so kasi masak banyak2.
masak2 aunty lela n aunty hajah buat. aku tolong kacau2 aje ;p
nak snap pic lauk tapi lupa.
lauk ialah tempe goreng dgn cili kering n bawang.
masak lemak labu n pucuk apa tah.
then sambal tumis telur rebus. biasa la kan. kata mesti ada telur2 yang retak2 tu. so kasi masak.
oh ada ikan kering goreng jugak.
memang terbaik. menangis makan. :D

then daripada tak buat apa.
mula masukkan telur untuk bunga pahar tu.
bukan buat pahar. tapi untuk goodies bag.
mak aku mmg over. kalau boleh segala macam dia nak sumbat dalam bag tu.

:: me - kak leen - yati n nain ::

kak leen tu gila baik hoih.
dia ni anak kepada kawan papa.
baru jumpa dua tiga kali aje.
tapi masa khamis dia datang.
kita orang cakap jemputan bertambah. sebab makin lama makin ramai pulak nak datang.
so risau tak cukup la goodies bag.
sekali dia offer diri untuk belikan ok. sanggup.
ni masa hantar barang beli tu. dia siap tolong buat segala ni.
sampai sakit2 pinggang la aku tengok.
i mean come on. bukan kau kenal ke apa kan.
kalau aku sorry la tiba2 nak feeling rajin tolong. lain la kawan baik ke. sedara ke.
tu pun kira ikut2 mood la kan.
ni tak. rajin gila dia. bagus betul. ada orang baik macam tu kan.

:: uncle mahmud menjamu selera kat depan. ambik angin luar kot ::
theme hitam putih. mula2 ingat nak bagi side rombongan perempuan aje. 
tapi kita orang tak suka bezakan orang. 
takmo la nanti ada yang kecik2 hati kata. eh kenapa dia dapat tu. orang ni tak dapat ke apa.
so mama decide semua dapat jugak.
bila pergi nak beli lagi. dah abis yang hitam tu. so sebab tu la tambah yang putih tu. :D

then pergi me n PG runner pergi rumah acu pulak.
sebab acu sponsor tapai, buah orange n anggur.
terbaik punya. takkan aku nak pergi sorang. tak larat angkat la.
so pergi ngan PG.
so dpt la berehat kejap. sembang2 ngan acu kejap.
then balik rumah again.

time sampai dah bertambah ramai orang.
ada kawan mama, then sepupu papa, kak siti.
turn masukkan telur n muffin dapat goodie bag.
pengsan. tak berehat langsung uolls.
untung betul noy kerja. senang hidup. herghhh.


sebab ramai datang tolong.
so somewhere before maghrib dah siap semua kerja. la la la~
people keep on coming.
ye la mana yang tak dpt datang on the actual day datang nak visit n all.

so malam bertambah2 ramai.
tengah dok lepak2 ber relax2 sembang2 semua.
tiba2 aunty2 tu cakap puan sri n tan sri sampai.
yang papa pulak takda. terus kena call suruh balik.
ye la siapa nak layan nanti kan.
tan sri n puan sri ni panglima angkatan tentera sebelum ni. baru bersara tak silap.
hoh seriously aku rasa layan orang besar2 adalah payah.
ok bukan payah la. kalau boleh semua nak proper. mak rimas uolls.
kalau aku lantak la. hidang je la apa yang ada kan.
i mean tengah sibuk2 ni.
tapi aunty2 ni tak bagi. kata kena proper.
so matiklah kelam kabut buat coffee la. hidang kena satu set piring cawan.
makanan kena proper dalam pinggan. ikut aku nak je hulur balang. selamba la kan.
memang la betul tapi paham tak rumah berkencah n ramai orang.
time tu semua barang kau carik takda aje.
cawan ada. piring tak jumpa. dulang la tak jumpa. pengsan ok.
nasib la aunty2 ni ada. harap aku ...mau aku bg mug aje. mueheheh.

:: puan sri - mama - maklong eton n yg pakai tudung tu aunty hajah ::
:: my lovely cousins - anun n nina.. both single. wah suka hati aku je kan. tah2 dah berpunya. tapi aku rasa single la. ;p  ::
:: uncle mahmud - aunty lela n family ::
:: papa n tan sri aziz zainal ...over tau papa. aku nak candid2 aje. tapi seboleh suruh orang ambik gambar proper. tapi aku penat n menggeletar lebih. so ada gegar. hohoh ::
sembang2..macam2 cerita keluar.
tergelak2 aje.
tapi aku join kejap aje.
sebab nysya datang.
then aku lepak kat nz kejap. jumpa huda, ice n shawal.
takda pic la. sebab battery habis.
then around 1am dapat call dpd ayol.
so ajak nysya teman ambik dia orang kat lcct.
hoh hari yang panjang betul.

oh jonet datang malam tu.
so ko kek ko kek...sembang2. lepas subuh baru tido.
nice.

3 Comments:

Marina Monroe said... [Reply to Comments]

Such a memorable nite when Puan Sri Rozi came with Tan Sri Aziz Zainal. Mama cried of joyful as we were friends during late 1980's. They cant attend the kenduri as they will be in Bangkok by then.
TQ peeja for this special entry. May Allah Bless both of them in France for four years as a Diplomat.

Leen said... [Reply to Comments]

Huhu, kire hebat la buleh kuar lepak2 lagi.. kalau saya terus pengsan x sedar apa dah..

si G.E.D.I.K.S said... [Reply to Comments]

hoihh busy gilaa.. ni kalo time u or noy camne plak busy nyer kan? hishhh
camne nk kawen niiii

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...