Instagram : @peejburhan

kawinn..kawin..meriah..meriah~

ok akhirnya baru la reti-reti aku nak buat entry ni kan.
biasa la. rasa-rasa dah basi baru aku buat.
update ikut keselesaan tuan blog.
konsep no pressure di situ.
tapi sebenarnye ni tengah pressure jugak ni..sebab gusi sakit.
sakit rasa macam nak suruh orang tumbuk muka aku kuat-kuat baru rasa lega kot.

aku pun tak tau nak cerita apa sangat.
lupa pulak. yang pasti tugas aku ialah menjadi gadis bunga telur.
wah gadis kau. taknak kalah tau. motif gadis kan.
paling tak tahan semua tanya umur. aku cakap la 26. orang cakap muda.
lepas tu sendiri rasa bersalah. so cakap, bulan march baru masuk 27 thn. miahahahah. nak jugak tu kan.

highlight of the day ialah ramai cakap saya sudah kurus sikit. huahauahaau.
ramai adalah hampir 20 orang. so maknanya betul la tu kot kan.
siap ada yang tanya aku jogging ke hari2. hoih x kuasa nok.
kasut gegirl pink yg aku beli konon nak jog tu pun elok berabuk kat tangga. hahaha.
so sepanjang malam terasa kembang kuncup je hidung.
sehinggalah adegan memberi bunga telur kepada sedara yg sekian lama tak jumpa.
"Ya Allah, gemuknyaaaaaa kauuu!!!!!!!"
rasakan, macam nak pitam. kuat suara aunty tu macam pakai microphone.
terus mak insap dan sedar. sememangnya gemuks. hmphhhh...

yang tak best kurang jumpa orang.
dah kerja aku ala2 belakang2 kan.
noy gedik, awal2 dah cop nak jadi penyambut tetamu.
mak jadi insan kerdil je kat belakang.
what ever. best sikit. sebab boleh curik2 tulang, lari2 masuk rumah isap rokok ambik a/c bagai :D
ok la. check out gambar.
oh gambar as usual aku suruh cousin aku izza ambikkan.
aku of coz akan busy n takda masa nak snap2.
so senang suruh dia aje.

:: tengok pilihan lagu ..oh lagu 100% lagu2 lama as ini dondang sayang, joget segala irama melayu la::
:: dalam tak kacau ..so orang boleh la landing2 or budak2 nak main2 ::
:: kek hadiah daripada caterer. motif tiba2 warna biru? tapi walaupun warna biru air laut. rasanya adalah sedapp ::
:: apesal tah mama tu. gila dramatic pose dia..ala2, " alamak, habislah makanan den di dapur" ..ok aku gila. aku rasa mama betulkan tudung tu ::
:: table settings ::
:: zidane & danial. ::
:: bos tengah memberi arahan ::
:: pak eeber & aunty zakiah. nice masuk tema. ::
:: tugas2 menyambut tetamu rombongan zeity. pak eeber - aunty zakiah - mak ngah - uncle mahmud - pak pian ::
:: pak pian tanya2 pasal table arrangement kat aku. ::
:: me mummy. tugas paling senang. duduk aje tunggu orang salam. nicee ::
:: cousin aku izza yg tolong ambikkan gambar2 ni. takda dia takda la entry ni. tapi kena terima la. dah dia pegang camera, so ade la adegan2 cam whore macam ni. ::
:: jonet yg gilo. dengan confident ingat tema warna brown. padahal 2 hari before dia dah tanya ok. tema brown masa noy kot. jonet sewelss ::
:: izza n i. aku muka dah berkilat. ratu peluh kau tau. tisu dah bergelen guna. melampau betul. ::
:: adik-beradik yang masih berstatus single. ngehh~ ::
:: getting ready..make up done by faressa ::
:: pengapit express..noy & PG. hahaha ::
:: berarak ambik rombongan zeity ke khemah. entah aku pun tak sure. aku kan belakang tabir. ::
:: vip's ::
:: pengantin..tu mak zeity, aunty dilla ::
:: menjalankan tugas. ewahhh ::
:: potong cake ::
:: acu - mak ngah - aunty bada ::
:: noy, bawak pengantin jumpa all the guests ::

later around 10ish murshida came with ali.
siap pakai lengkap baju melayu semua ok.
tapi aku takda la pic ngan dia orang.
ada pun kat official photog la.
kena tunggu siap la kan. tah bila tak tau la.
ni ada few pics ngan murshida from her camera.

ok la tu je.
tak tau nak cakap apa dah.
malas nak type. plus gusi ni berdenyut2 pun ye.
ok itu aje. buhbye..



8 Comments:

A.I said... [Reply to Comments]

theme itam + putih mmg class!

last pic tu tetiba je jonet bertuko wajah..ngee

NenekPenne said... [Reply to Comments]

buat majlis waktu malam sejuk ok
aku dulu buat majlis nikah waktu malam...peghhh konon sejuk laa kan..
ambik sekarang... guruh berdentum dentam... tu aku lah...

harap ur bro punya marriage kekal ke anak cucu cicit ciut...amin....

RD Za said... [Reply to Comments]

2 je my pic?

Anggunnya said... [Reply to Comments]

rajinnya upload byk gambar. niceee.. paling teruja dengan kek biru. nyummeeehh


Blackberry Silicone Skins @ http://anggunnya.blogspot.com/search/label/Blackberry

epulupe said... [Reply to Comments]

peej...mmg nmpk mkn kecik la...
dari 3 pintu jd 1 1/2 pintu skrg....[comparing u n noy la]

keep up the good work?

hihi

anyways, congrats dapat kakak ipar

Yatre Hayati said... [Reply to Comments]

lawa juga kan theme itam putih nih.

Marina Monroe said... [Reply to Comments]

Ada yg mengadu kat mama...terdengar 2 lagu 'ROCK LELEH' di pasangkan..betul ker?? Mcm2...

lily lotus said... [Reply to Comments]

kagum dgn the theme color. org yg berani jer sanggup buat. very the class!

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...