Instagram : @peejburhan

an evening with long lost friend~

eee geli kan dengan tajuk entry aku.
siap ada kata tajuk aku nak controversial la apa la.
mana ada ok. tahukah anda, bila buat entry..benda paling susah to come out with is tajuk.
tu yang kadang2. entry dah publish. tapi tajuk takda.

ok abaikan.
kita orang balik from melaka sunday tu.
sempat ambik kucing :D
so malam tu kita orang bertiga aje termasuk kucing.
papa, mama, ayol & zeity balik on monday.

oh kan ada aku mentioned kat entry2 lepas yang aku kena layan kawan kan yang balik cuti dpd UK.
siapa yang dah baca lama tau kot.
siapa yang baru2. takpe ni mak cerita balik yea uolls.
murshida ni kira best friend masa kecik2 la.
kawan daripada umur 10-11 tahun macam tu.
sekolah sama, main barbie sama2, main basikal sama2.
ada crush kat abang2 handsome main roller blade sama2 :D
sampai la masa form 1 aku masuk mrsm.
then few months later dia bagi surat cakap parents dia nak migrate ke UK.
so since then kita orang bagi surat je la.
kadang2 dia call. haha rasa kelakar pulak bila ingat.
i mean gila poyo siap surat2 kan.

then every 2-3 years mesti dia akan balik.
so selalu la hang out sesama n all.
ye la dorang pergi daripada kecik.
so memang takda la kawan2 kat malaysia ni.
yang aku ni pulak mmg sini je la pun.
so kadang2 tiba2 dia muncul je kat rumah bagi surprise.

the last time dia balik in 2005 tak silap.
time tu dia memang duduk sini 3 bulan.
konon nak try duduk malaysia la kerja sini.
tapi takdanya. elok mintak kerja kat petronas. dapat. tiba2 dia kata taknak.
wah suka hati gitu kan.
so sekarang ni dia kerja kat spain. dengan zara.
seronok betul hidup dorang ni kan. senang je nak travel2 n kerja mana2 suka.

so few weeks ago dia bg msg kat fb cakap dia balik for a week.
harus la excited kan. siap ajak road trip semua.
tapi problem dia ialah dia balik time wedding week ayol kan.
haruslah kita orang semua busy ke apa kan.
tu yang monday dia ajak jumpa aku terus ok aje.
walaupun sebenarnya gila la penat.
sebab tuesday dia nak balik kampung dia kat kedah pulak.

so lepak la kat dome.
dorang makan dulu kat food court.
haruslah kan. balik malaysia sekali sekala. mesti nak makan malay cuisine aje.
seronok jumpa balik.
walaupun macam tak puas aje lepak.
sebab masing2 ada appoinment lain later in the evening.

:: us with murshida ::

oh this time dia balik bawak bf dia, Ali.
baguih..nama dah melayu kan. haha.
oh actually its Alistair.
cea cea. aku baru tau kan.
bila orang tanya Ali apa. aku suka hati cakap Alison.
walaupun dalam hati ada berkata, Alison macam nama perempuan.
rupanya memang aku buat cerita. ngeh.


perempuan ni gila ok.
dia ajak aku jumpa monday.
aku cakap if ok pun after 3pm sebab noy ada standby kan.
then aku tanya la dia kat mana.
dia kata kat dataran merdeka. its a tourist thingy.
gilo tengah hari panas pergi dataran merdeka kan.
then bila dah nak gerak aku tanya lagi.
dia kat mana n nak jumpa mana.
dia kata dia otw ke masjid jamek. nak jumpa sana.
gila hape kan. nak buat apa kat masjid jamek. merepek perempuan ni tau.
tapi dia memang saja je. dia tau aku takkan pergi la kan. so kita orang decide jumpa kat klcc.

mula2 tu susah ok.
kau tau la UK accent macam mana.
nak bernanah telinga nak faham. tah berapa kali sorry suruh dia ulang.
murshida punya kita ok la.
dia reti jugak melayu sikit2 kan. walaupun kadang2 merepek.
tapi bila Ali cakap memang susah nak faham la.
dah la rasa if sembang in malay macam rude kan. sebab dia tak faham.
abis macam mano kan. tak pasal murshida kejap2 kena jadi translater. haha.

tapi memang tak puas la lepak.
sebab masa suntuk kan.
patut nak hang out on thursday tapi dia still kat kampung pulak.
tak sihat. so jumpa masa wedding ayol aje la.
tu pun tak dapat nak layan 100% still terlari sana sini.
tp tu cerita nanti la yea.
banyak kelakar2 ngan Ali ni.
ok tu je. bye-bye.

6 Comments:

A.I said... [Reply to Comments]

itu pompuan murshida adalah sgt cantek + unik ooo muka dia. tp kan, kalau kau x tulis ali tu klakar pon aku bleh dpt tau. aku tgk muka dia pon aku dh tau dia klakar.

xpe, len kali ada rezeki kowang jumpa la lagi. lepak2 smp lobam!

lily lotus said... [Reply to Comments]

cool laa. cantiklah ur fren ni...

farra8979 said... [Reply to Comments]

yup, me agree.. chantek kawan kamu tu..

Anggunnya said... [Reply to Comments]

uuuhh.. she looks like my mexican neighbour dulu kat US.

hehe


Blackberry Silicone Skins @ http://anggunnya.blogspot.com/search/label/Blackberry

Leen said... [Reply to Comments]

Cantik la Mursyida tu...

Dia.Honey said... [Reply to Comments]

mmg dia lawa

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...