Instagram : @peejburhan

ayol & zeity's wedding reception~

lambatkan aku update.
ramai dah bising2 aje.
bukan apa. katanya laptop aku terus gone kan. x hantar lagi repair.
then sekarang depend kat pc satu ni aje.
semua nak guna.
dengan mama nak main game dia.
yang noy nak check fb ke apa.
so macam takde masa.

plus tau la if wedding gambar mesti banyakkk kan.
aku ni dah la jenis kalau boleh semua nak tepek sini.
ni pun aku select few aje. nak tepek semua tak sanggup.
dah la masa reception tu camera aku battery habis half way through lagi. haih.
so tunggu gambar dpd camera orang.
then nak kena resize lagi. kalau tak gila penat nak upload. lamaa gila.
so tadi edit pic. then baru dapat upload kat blog noy dah bising nak guna pc.
ni semua dah tido baru dapat nak update :D

siap2 semua.
then check out daripada hotel at 1pm.
nasib boleh check out 1pm.
if pukul 12pm susah jugak.ye la. nak pergi mana sementara tu kan.
so ok la. berkumpul dekat area rumah zeity around 1pm.
almost all dah ada.

man melaka is fucking hot.
panas stock mencucuk2 ok. tak pasal feeling kat pulau panas dia tu.
tapi pulau ok la pakai baju ala2 tepi laut.
ni bayangkan dengan baju kurung nya. dengan rambut2 bagai. memang nak pitam.
semua berkumpul area surau situ.
kita orang lepak dalam kereta papa.
sebab mama kan tak larat nak berdiri ke apa. so relax situ.
kita orang pulak tumpang nak a/c ;p

:: noy - danial - mother ::


:: yours truly ::

:: kak siti & zidane ::
then dah lama tu keluar la jugak sebab harus la nak snap sana sini.
kang balik2 muka aku je dalam ni menyampah la pulak kan.
so harus gigih sikit.


:: papa yang busy orang sana sini call tanya guide ::
oh yang belakang tu rombongan.
bapak aku ni adik beradik ramai.
lepas tu dah kata sedara mara pun semua melaka.
tu yang sekampung nak jadi rombongan.
kata first wedding. tu yang ramai nak ikut kot.
papa ni jenis rajin if raya pun visit segala tok sedara nenek sedara ke apa.
tu yang semua semangat nak pergi bila anak dia kawin.
plus u know la, kita melayu ni kan penuh adab kesopanan.
semua kena jemput. kang if la tak jemput. ada yang kecik hati la apa.
so jalannnnnn.

:: us with ayol si raja sehari. kita orang 1 fam pakai blue. pengantin pulak pakai merah. menyala betul. ::
:: wedding band - inai - keris ::
:: moi & ayol. married man. tsk tsk. tiba2 emo. tapi takpa. nanti dapat anak buah. if nakal boleh piat telinga dia. aku mmg geram aje. selama ni anak orang nakal tak boleh buat apa kan. so ada anak buah boleh la kan??kan?? haha matiklah ayol nanti tak bagi aku rapat ngan anak dia. motif baru kawin tiba2 dah verangans nak anak buah?? haha ::
:: ayol & PG .. kau tgk la PG tu. tak pernah serious orang nak ambik gambar. rasa nak sepak kan muka dia ::
:: dah nak berarak. tapi tgh tunggu kompang. kompang baru sampai. nice. panasss.so semua rebut2 nak teduh bawah pokok ::
:: pengantin gedik pakai sunglass ::
:: haha ayol berpeluh lebih. tp standard la. tgk la baju tebal mana. jenuh siapa jadi pengapit. kena lap peluh ajo. oh pengapit cousin aku, abang apis. aku pun jenis berpeluh lebih. so siapa jadi pengapit aku malang. haha. motif tiba2 cakap pasal aku lagi. hahaha ::

then tiba2 pengapit turun pangkat.
datang hulu balang ke apa.
pakai kemain siap ada selempang.
elok la masuk theme merah. haha.
tapi tiba2 hulu balang pakai selipar. haha.
elok berarak berapa langkah. siap kompang.
datang pulak minah2 ini.
ok aku tak tau nak bagi nama apa.
aku bukan tau term2 ni.
nak kata dayang bukan.
sebab dayang aku tengok lain.
tu nanti aku cerita.


sikit punya meriah.
pitam ok. katanya sorang anak perempuan kan.
terharu jugak la. i mean sambutan meriah gila.
siap dua pasukan kompang.
satu dengan rombongan kita orang.
satu lagi dari belah zeity.
so kira bertemu la nanti.

time tu rasa nak gelak aje.
ingat masa zaman muda2. aku benci gila kompang.
bukan la tak suka apa. kompang tu ok.
tapi aku tak suka time kompang dorang nyanyi2 tah apa2 lagu. aku rasa macam tah apa2 aje.
so cakap la kat mama.

me : pija kawin taknak kompang yea.
mama : kenapa pulak?
me : tak suka la. macam tah apa2. xnak.
mama : apa pulak. kau kalau kawin aku tempah 3 pasukan kompang. datang daripada setiap penjuru.
me : pahal pulak?
mama : ye la. sebab aku bangga, anak gemuk aku ada jugak orang nak. hahahahahha.
me : kurang ajar.
mama : pastu mama cakap macam cerita mami jarum tu.." balunnnn"

jahat kan mak aku.
macam keji sangat la orang taknak. herghhh.
tapi sekarang dah tua2 ni suka lak kompang.
esp if ada macam gendang2. serious best. rasa geram je nak goyang2. haha.


:: pertemuan raja dan permaisuri. eh apesal macam geli je ayat aku ::
:: with cousins, izza & nxsa ::
:: haaa...ni baru dayang2 istana. sorry takda clear picture la. ramai sangat. susah nak rapat2. so main zoom2 aje. ::
:: ewah. merangkul erat nampak. eee..tiba2 ayat mcm jealous kan. kahhh ::
:: mummy - daddy - mak ngah ::

:: the dais ::
:: tgk la berlengas gila dah rupa aku. time ni tengah dok tepi pelamin for tepung tawar n ada persembahan daripada dayang2 boleh tahan lama la. berapa lagu entah ::
:: tengok tu. sikit punya cucuk langit. hahaha,..nice ::
:: half daripada rombongan. ramaiiii kan. paling benci perempuan sebelah mama tu kan. nampak je orang nak snap. cam whore ::
boleh tahan panas.
so aku ikut PG keluar sebab dia kata ada cendol.
niceeeeeee. cuaca panas2 pekena cendol adalah terbaikkkk.

:: kau tengok la muka PG tu. gila over siap terpejam2 mata menghayati. ayun lagi la. siap meleleh2 cendol. melampau betul ::
:: makan beradap ::
aku n noy pandai2 bawak diri ajo.
dorang berkali2 ajak makan kat meja rombongan.
tapi takpe la. dah kata rombongan ramai.
so bagi la warga2 emas duduk.
aku n noy duduk di tepian gitu. cea sedih la konon.
tapi makanan adalah terbaikkkk. sukeeeeeeeeeeee.
sorry xde pic makanan. sebab lepas pic cendol battery sudah abis. 
xkan aku nak suruh orang snapkan pic makanan pulak kan.
so puas hati la.
paling best. panas2 tu dapat air sejuk2. nikmat tak terhingga.

ingat lepas tu nak balik kl terus.
sebab its already 3ish.
if sempat sampai before 6pm dapat ambik kucing dekat boarding. :D
tapi stay kejap sebab dorang nak ambik family photo.
so ok la. kang sia2 pakai vogeh2 tempah baju tapi takda gambar kan. ;p

:: pengantin with papa, mama, uncle bor, aunty badar n mak ngah ::
:: family potrait ::
:: my mummy & daddy ::

kesian nampak muka mama tak sihat.
tapi Alhamdulillah kesihatan dia ok. kuat jugak dia boleh hadir majlis ni :D
it was a great event.
but sangat2 penat. eventhough jadi rombongan aje. 
wish ayol & zeity a happy marriage life ahead.
cepat2 bagi aku anak buah.
bukan sebab aku suka budak kecik. tapi sebab tak sabar nak piat telinga dia. hahaha
ok itu aje. nanti chew update lain noh.
ta-ta

p/s : sorry if typo. post ni terlalu panjang untuk check. cea alasan padahal entry pendek pun malas jugak check. ;p 

13 Comments:

Leen said... [Reply to Comments]

Congrats!Dah dpt akak ipar, x lama jadi mak sedara la.. hehe

A.I said... [Reply to Comments]

MERIAH wei! siap ada hulubalang + dayang apa bagai. Kt melaka mmg camtu. meriah + kecoh kan? sronok.

Mcm zety ni lagi le..anak pompuan tunggal katanya...

wei, lawak la mak kau sound tu. keh keh..kompang 3 penjuru tu! ;P

f.i.e.z.a said... [Reply to Comments]

meriahnya wedding!
:)

tetiba rasa nak kawen jugak.heehe

Anonymous said... [Reply to Comments]

Gile meriah pija!!! bestnye.. teringat saat² i naik pelamin 2thn lepas.. semoga ayol n zeity bahagia selamanya.. buat auntie n uncle, selamat terima menantu sulung.. :D

- Mrs. Hakim -

ZIANA ♥ FARREL said... [Reply to Comments]

best nama itu budak techik..zidane..nama penuh dia ape ek peej??

peridot sepi said... [Reply to Comments]

pengapit lelaki tu namanya apis kan?
kawan abg saya, dulu selalu datang lepak kat umah saya...

Dayah said... [Reply to Comments]

Salam Peej,

yang tak tahan nak anak buah sebab nak piat.. ngeeehhhh.. mesti Ayol bawa lari siang2 if nampak Pija.. hahahaha.. meriahnya weeding! ^_^ Aunty betty pun ade

Anonymous said... [Reply to Comments]

peej...handbag kau cantik dowh!!

green apple said... [Reply to Comments]

1st time aku tgk pengapit pun sama naik pakai tanjak.

Ceera said... [Reply to Comments]

cantik ah baju pengantin...

lawak ok mak ko.. penat aku gelak kat sini.. tapi better ada kompang wat.. sebab orang tau pengantin kat celah mana.. yela.. kalau takde kompang, tetiba pengantin sampai. Cam eh ehhhhhhhh.. pengantin laaaaa.. kang mau ko tak dilayan seperti pengantin plak kang, sebab dorang tengah kusyuk makan.. ko plak feeling sorang2 jalan pelan2 kat situ, hehehe...

yaNa MaLeK said... [Reply to Comments]

hi..
heheh it's ok..aah ek terlupe lak..:P

Anonymous said... [Reply to Comments]

peeja dah x gemuks lagi laaa

sweethOneY said... [Reply to Comments]

eee.. cantiknya baju zeity tuuu.. niceeee sgt, pelamin pon!

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...