Instagram : @peejburhan

tak semua orang sama.~

sorry cannot help it la.
aku memang dah tahap malas nak update pasal daily things.
bila dah malas tu. nak snap picture pun malas.
ok ada la stil few pictures from a couple of occasion.
tapi dah kata takda mood sangat. so nak transfer pics pun tak kuasa ok.

so as usual bila aku malas nak update pasal daily things.
aku suka nak buat blog pasal apa yang aku rasa.
tapi payahnya pulak.
entry2 macam ni suka nak kontroversi.
nanti ada orang ni terasa la apa la.
then datang la anonymous komen yang kadang2 langsung tak membina.
dah la aku ni punya perangai suka rasa bersalah la apa la.
nanti mula la rasa tak baik la apa la.
tapi it's my blog. so harus la aku cakap pasal apa aku rasa kan.
oh satu lagi, nanti mula la orang kata entry aku emo la apa la.
ala takpa la kan. sekali sekala lain sikit.
ni asyik nak hadap muka kembang semangkuk aku ni je.
so kasi entry bg korang baca n perah2 otak sikit.

oh topic today adalah regarding lelaki.
ok aku bukan la macam feminist yang nak kondem lelaki je ke apa.
aku takda la benci ke apa.
tapi aku nak cakap la pasal why some of them berfikiran cetek sangat.

benda ni pernah jadi kat aku.
n maybe to few friends.
aku tak tau la ni tactic sebab nak bagi alasan ke.
or memang lelaki ni insecure.
isu adalah materialistic.

kenapa la dorang terapkan kat otak semua perempuan ni materiallistic.
so bila ada masalah sikit mula la keluar ayat.

- i rasa baik u pergi kat dia. dia lagi bagus dpd i.
- hidup u terjamin if u dgn dia. i ni takda arah tujuan lagi.
- i takut nanti x mampu nak belikan u macam. hadiah anny, birthday n so on.
-  sekarang u cakap la ok. nanti2 macam mana? u nak itu ini. n i tak boleh bagi.
- i ni tak handsome. siapa la yang nak.

omg aku benci ok.
but seriously. guys. korang cakap macam ni sebab korang sebenarnya giving excuses ke memang korang insecure?
n kenapa la label semua perempuan sama.
just because kau pernah date perempuan2 jenis itu.
tak semestinya the next one tu macam tu.

as for me.
ok tipu la aku x materialistic kan.
takdanya tiba2 la laki aku bg handbag gucci ke. kereta mini cooper ke.
aku tiba2, ' eh abang, apa ni bang. saya taknak ni semua. saya ok je pakai kereta mini kopek n handbag kucci '
tu gila namanya. eh jap, motif tiba2 aku isteri yg sopan n nak panggil 'abang' *pitam*
ok la..maybe if laki kau kaya raya..so boleh la mintak lv 40k feeling siti kan.
tp ni kau tau kita hidup x senang ke apa.
apa jadah kau nak mintak bukan2 kan.

tak semua orang kejam la.
bagi aku la.
contoh la. aku tau orang tu mampu nak bawak pergi fancy dinner utk anniversary.
tp aku rasa macam membazir sebab ngan duit tu mungkin boleh makan 10 kali kat krisik.
so end up utk anniversary aku suruh belanja durian aje.
siap boleh makan one family lagi.
so see. tak semua orang mintak bukan2.
sebab percayalah. perempuan kalau dah sayang. dia tak macam2. dia akan cuba adjust.

macam tu jugak dgn few people yang aku kenal.
sepanjang aku kenal tak pernah aku tgk dia pakai branded.
ok bukan kutuk ke apa. i mean bukan la xde branded.
tapi mostly yg affordable la.
so bila org assume dia materialistic macam most perempuan.
aku rasa macam tak patut aje.

of coz la ada je manusia2 kejam.
i mean perempuan la. species2 macam tu.
jenis macam2 dia nak. nak perah2 lagi.
kes ni aku tak tau la.
as long as laki dia ok nak fulfill segala permintaan dia. lantak la kan.
walaupun kadang2 mcm kesian je kat laki itu.
tp lantak la. dah laki orang tu kan. so suka dia la kan.

oh satu lagi isu pasal x handsome la apa la.
omg. jangan otak cetek sangat boleh tak.
dorang ni buat ayat sedih ke apa.
i mean macam, ' aku sedar. aku ni tak handsome. siapa yang nak'
aku rasa if dia ada depan aku. aku nak pegang kepala dia then goncang2 kan.

then aku cakap la. kau ingat perempuan semua macam tu ke.
ok la. memang la kau bila nampak orang kacak kau macam kagum aje.
tapi setakat kacak tapi tak membawa hasil buat apa kan.
tiba2 datang la lelaki tak berapa handsome ke apa.
layan kau elok aje. kau rasa perempuan tu nak yg mana?
ni kau tak usaha lagi kau dah pandai2 bg macam2 alasan.
then how la kan.

pfffftt..no wonder la people says men r from mars n women r from venus.
sebab serious pemikiran lain bebenar.
aku rasa payah betul benda2 macam ni.
lagi payah kalau lelaki dah set minded dorang mcm ni.
i mean kalau awal2 dorang dah tarik diri. abis macam mana nak proceed kan.
suka assume things.
tah la, i might be out spoken n all.
aku still prefer lelaki yang mulakan everything. so if lelaki awal2 dah macam2.
takkan perempuan tu nak merayu2 meyakinkan tidak itu ini kan.

so here. for guys, adakah atas2 ini hanyalah alasan or memang korang insecure n rasa tercabar esp tgk ada lelaki lain interested ngan perempuan yg sama korang suka tu.
for girls, adakah korang prefer kebendaan or kasih sayang? ok i think i've ask about this before la dlm entry lama.
ok tukar. adakah korang prefer mamat handsome tp layan kau mcm harem or org biasa2 tp memang sayang kau gila?
sila luahkan pendapat korang. :)

21 Comments:

Hasmida Hamdan said... [Reply to Comments]

kak Peeja....
kalo sye mestila sye nak laki yg bese2 tp sayang giler kat sye......kalo hensem jek, tp hampeh layan kiter wat per kak.....
bek tinggl jerk...nt kalo hensem, perasan lak..mulela nt jadi pencurang ker....hape ker.....
bek cari yg bese2.....

ok kak peeja...
ari2 sye bace blog akak...
besh..walo apepon yg akak merepek2 tu sumer....
hehehheh...

Intan ~ Nur Azlina said... [Reply to Comments]

cari yg sygkn kite se-ikhlasnye peeja.... :-)

chics said... [Reply to Comments]

Aku rasa kau dah tahu jawapana aku :)

Kalau hemsem kene share kote nak buat apa but I have to say kasih sayang tanpa kebendaan aku angin jugak haha

Sesekali nakla jugakkk kann [tapi takdela mintak bentley ke apa, tak pepasal ada yang jual bontot kang hehe]

Foxy Farah said... [Reply to Comments]

org tak hemsem tapi sayang aku lah.period. kalau hensem, kena share ngan org lain buat pe? and kaya pun subjective like u said. we can adjust. tapi kalau takde duit, cakap je banyak, susah gak.hehe.so kena la pandai2 balance with each other. and for the excuses that they gave, kena tengok la situation dia mcm mana.ade yg betul, ade yg menipu.

Penari.Gendut said... [Reply to Comments]

Bukannya lelaki je yang kasi all these excuses, perempuan pon ada.

I can conclude that, sesiapa yang kasi all these shitty excuses bermaksud:

1) Dia nak pujian. Bila diorg cakap "I ni tak hensem/lawa"they expect you to say "Eh tak lah, you lah paling hensem/lawa!"

or

2) Dia memang tak berkenan kat kau tapi penakut nak kasi ayat straight forward. Cakap je lah "I'm not interested" tak payah nak kasi pelbagai alasan.

And to answer your q, memang aku prefer orang biasa2 tapi sayang kat aku, sebab like I said in my previous entry, beauty deteriorates. Nanti dah tua, nak harapkan muka hensem dah kerepot, tinggal lah perangai setan.

Dils said... [Reply to Comments]

kadang2 aku rase alasannn je lebih bile laki(ok. itu tidak stereotype, certain-certain laki) cakap camtuh , cakap "ai tak sesuwai lah dengan you sebab i miskin, tak ensem, durjana..."

Ye lah. Mula2 pursue2. Dah pursue, lepas tu tengok perempuan tu macam tangkap syok sikit, pastu die rasa bosan/tak suke/berkenan kat awek lain/mak akunye pilihan lain tapi aku tade balls nak straight out cakap ... then keluarlah ayat seperti di atas.

siti_asiah said... [Reply to Comments]

hi there...im ur silent reader...
yelaaa ensem+kaya bonus maaa....tp xkan la nak carik yg ensem kaya tp layan cam haremm...kaki tgn naik muka..wooo tak sanggup

for me sy rs xselesa kalau guy tu rs beban nak wat ape2...yela kita dh syg dia...xmo la dia rs beban ke hape...

kalau lagi nak peras memacam,xdpt nk majok..xsyg la kot?mind if i assume that?

saya prefer guy yg caring,sensitive n manja...wink wink...tp kene bertempat la...kang over lak..mau makan ikut tiub...haha

Otak Belacan said... [Reply to Comments]

kalau hensem, orang akan heran. Apasal minah selekeh selebet ni boleh dapat mamat hensem mcm tuh? Tak bagus bukan. Tsk tsk tsk.

Tapi.

Soalan kau tu. Aku pilih yang biasa2, tapi sayang aku gila-gila. Susah nak dapat orang yg boleh sayangkan kita. Lelagi kalau zaman skarang asyik dgr cerita jantans-jantans menyundal lepas dah kawin.

Kan.

ZIANA ♥ FARREL said... [Reply to Comments]

tu sume alasan lelaki...of coz la perempuan ni nak kebendaan gak + kasih syg gak...klu dh syg dah tu laki kite xmampu,xkanla nak melalak nak benda tu gak!yg penting laki aku syg aku...x gitu?? :)

Siti Nornadiah said... [Reply to Comments]

saya tak suka lelaki emcem sbb mungkin dorang gay..:)

i wud prefer lelaki biase saja, dan sayang kerja lebih dari sayang i..sebb bf i camtuh..pfft~

atleast ada masa untuk kita kalau selalu jumpa pon muak jgak kot..

haihh~

Lynkin84 said... [Reply to Comments]

Salam babe...

hehe, aku silent reader ja slama ni..tiba topik ni aku mcm tpanggil pla utk komen..

bagi aku, babe..aku suka lelaki yg treat kita bagus2 wpun dia org biasa2 sja..

rupa x ke mana..

sara said... [Reply to Comments]

hye...
for me hensem or tak tu nombor dua la.. as long guy tu sayang n bertanggungjawab, itu dah cukup membahagiakan..if dapat yang hensem tu kire bonus la.. tp kalau muka je hensem tapi perangai macam bangang jek, baik tak payah..

syida_spears said... [Reply to Comments]

kak peeja,

1. suke dis t0pic..heee
2. sy sok0ng penari gendut aka alia (if im not mistaken). sb sy pnh kenal lelaki yg suke ckp cm2 then harapkan kite sangkal ape yg die ckp..serius ok lame2 jadi meluat..then bile die da selalu ckp mcm tue, ktorgpun wat deekk senyap2 jea..las2 diepun da xckp mcm 2 lagi..gilo0s lelaki yg suke kena puji nih..
3. xkisah encem atau x, sb rezeki msg2kan dpt mcmne..tp asalkan kuat bekerja dan raejn berusaha..haha..xde kaitan plak..tp kalo layanan die bagus, tp mls kejapun, bole mendtgkan amarah jugk..hee..

afiq said... [Reply to Comments]

yg insecure2 tuh. jantan gedik. tpi kekadg aku pon insecure. make aku pon kekadang gedik.

MisZ DeAnNa said... [Reply to Comments]

as for me myself, prefer yg biasa2 jeee tp financially stable laa..kira mampu la nak tanggung kter..

kalo stakat sayang kter gler2 tapi manjang xde fulus pon xbesh gak.huhu..

aRDy said... [Reply to Comments]

I ni hensem sape la yang xnak!!
will never downgrade myself cik peeja..

souled_oUt said... [Reply to Comments]

hello babe..

just wanna say, if a guy really serious in pursuing u, he wont give any excuses.. semua tu merapu jer ok. kalau dia bg all those crappy alasan mcm "ala sapelah i" "i ni miskin etc".. wtf tu saja jeeee tu.. if he is really serious into you, he will show you the kesungguhan, rather than memberi alasan yang ntahaper2 dan dayus..

when i evaluate (wahhh evaluate?? mcmlah miss world ramai lelaki beratur nak kat aku.. hehehe) to see whether that guy serious dgn i ke tak, i akan tgk kesungguhan dia. kalau baru sekali aku buat bodo pastu kau dah givap, meaning that dia nak main2lah tu..

tp honestly la i rasa lelaki2 skrg kurang kesungguhan la. i dont know exactly why, maybe pompuan skrg dh ramai and they feel that they have the right to choose? maybe laaa

senang ckp teori dlm movie he's just not that into you tu boleh di pakai la.. mcm that guy yg pursue scarlett johansson tu. dia buat mcm2 sbb he really wants her.. even minah tu syok kat org lain. and in the same time kan ada this one girl jugak desperate nak kat mamat tu.. tp dia buat derkkk jer.. call xreturn etc. to know exactly what im talking about, u have to watch that movie first k.

so the keyword here is - kesungguhan.

men claimed that they are simple creatures, but actually they are not. they are as complicated as us, women jugak. and sometimes dorg ni not sure what they actually want, bila dah terlepas barulah menyesal.. bongok tak?

sori terkomen pjg.. mcm buat entry blog sendiri pulok dahhhh.. hehe

lilRed Farah said... [Reply to Comments]

banyak2 komen... aku tunggu komen jejantan, tada plak ye. apasal? lelaki dah masuk kategori artis; no komen dah???


aku sgt pantang if u want something, u gonna ask it form ur laki. beli sendiri tak boleyh ke? apa jadik perempuan ni harus depend sesado dgn laki??? BUT! on the other hand, kalau terlalu independent, lelaki akan mengambil kesempatan. sama ada die langsung tak bg duhet belanja sbb die nampak kite mampu beli beg gucci ataupon lelaki akan mule carik perempuan lain atas alasan "die setanding dgn i tak high standard"

pakai henbeg gucci high setended kah?

kesimpulannye...LELAKI PENUH DGN ALASAN. especially lelaki melayu... pffftttttttt......

sweethOneY said... [Reply to Comments]

huh. ayat ex aku,

"sy x mampu nk penuhi kehendak2 awk.. byk lg laki lebih baik."

time kaseh.

aku adalah nak laki yg syg aku gila2.. itu cukup. muka handsome perangai cam haram tak payah. dh penah kena dlu

green apple said... [Reply to Comments]

kasih tu mesti.
kebendaan tu wajib.
sebab aku takde la mithali mana nak sediakan segala-gala untuk kau kan.
tapi takde la nak suruh ko kaya gila-gila, cukuplah jangan sampai spender kau pun aku nak belikan.

Benz said... [Reply to Comments]

"sebab percayalah. perempuan kalau dah sayang. dia tak macam2. dia akan cuba adjust"

owh pija, aku suke gile ayat ko nih.
sayang tu penting. kalo takde syg, duit bergunung ke..muke ensem ke.. satu hapah pun tak guna.
tapi lelaki zaman skrg susah sangat nak jumpa boleh buka mata luas2 tenguk apa yg si perempuan sanggup buat untuk dia.

tak kira la yg tak ensem sekalipun, perempuan cuma nak orang sayang+care ikhlas.muka ni kan memanglah nak yg kite boleh tenguk sampai tua. tp xdelah demand melampau2 nak ensem gile padahal kite pun bukan lawa mana. takat sedap kat biji mata masing2 sudahlah.sebab kite yg nak pandang suami tu sampai hujung nyawa.

harta semua boleh cari. kite kerja sama2. tu namanye usaha, xpun kita sokong lah apa yg terbaik. haihs.. entahlah. susah kot nak jumpa 'lelaki' sekarang ni.

:)

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...