Instagram : @peejburhan

session borong kain-kain~

i seriously cannot remember bila ini berlaku.
i think still 2009 kot.
padan muka, siapa suruh pemalas update kan. sampai lost track when this and that happened ;p
oh kita orang last minute decide nak pakai theme-theme.
mula-mula masa suggest kat mama.
dia kata tak payah la theme-theme. leceh.
tapi aku macam sukaa aje. sebab macam lawa nampak sama aja ;p

sekali ambik kau. gila over mama.
semua pun dia nak ada theme colour. haiyohh. mak siapa la tu kan.
tu pun aku cakap time malam berinai besar ke apa tu x payah la.
pakai je apa yang ada kan.

so pergi la ke gulatis, wangsa maju carik kain.
nasib dah ada bukak situ kan.
kalau tak jadi kerja if nak pergi sampai tunku abd rahman ke apa.
ampang point memang la ada jugak. tapi gila azab weyh nak parking area tu kan.



:: mama ni kalau cakap ngan dia kena ada gaya-gaya baru dia faham. tapi tengok la tu, siap begitu-gitu tangan papa. dia bukan tengok pun ::


punya la lama nak pilih.
ye la macam theme colour mau kan.
dah la elok aku pilih. tiba-tiba mama nak la. x pasal berebut kan.
lepas tu aku suruh carik yang semeter rm150 ke apa. aku kata lawa. boleh jadi gila.
dia kata. takda pun gila. biasa aja.
lepas tu dia tengok. banyak la dia punya tak gila kan. aku tengok dia ambik jugak. cehhh.


aku memang malas bab-bab kain ni.
sebab aku susah nak bezakan lawa ke tak.
especially pergi kedai-kedai macam ni.
segala la dia nak tebar. boleh juling-juling ok mata.
so end up, cakap je orang tu, ' ahh, potong je la. ok la tu. dah lawa tu'
lantakkk.


ligat ambik segala jenis warna.
termasuk untuk baju melayu papa and P.G semua.
ambik kau, kira-kira total jadi RM2000++ jugak la. pitam.
baru kain ok, belum tempah lagi.
konon nak simple sangat kan.

hasil belian.
nasib ada discount. tu pun paksa-paksa lagi dorang bagi discount. haha.
pastu nak sedapkan hati, dorang kata dorang bagi calendar.
tah apa-apa. calender semua kedai pun bagi even if kita just shopping rm30 je pun kan.

lepas tu mula risau lain pulak.
risau ada ke tailor nak ambik baju and siapkan dalam masa sebulan kan.
dah la banyak nak hantar ni.
ada la dulu kita orang ada sorang kakak indon ni buat baju.
dah la murah dia buat. ambik sepasang rm35 aje ok.
tapi ni call tak dapat pulak. dah tukar no phone baru kot.

ada lagi la few, tapi macam tak berapa nak percaya.
dorang suka je nanti siapkan lambat la apa la.
so decide nak hantar kat tailor cina dekat area rumah kita orang.
dia jahit adalah super lawa.
tapi satu la. kalau dah super lawa tu. harga pun super mahal la kan.

tapi ok la dia nak ambik kan.
n boleh siapkan. boleh dipercayai sikit aunty ni. :D
satu je maa dia ukur-ukur dia siap cakap.

aunty : ni berapa meter ni?
me : 4 meter
aunty : kalau x cukup, i kasi tambah la kat kain ye.
me : ha ye la.

damn u aunty.
kenapa x cukup pulak.
dulu ukuran aku lg besarrrrrrrrrrrrr ok.
n kak saliha (indon) tu jahit cukup ok. takda pun tambah apa.
ni masa aunty ni ukur aku tgk dah kecik (ok sikit la) la. turun jugak la 4inch here and there. pffffttt.


oh konon nak verangans la buat baju fashion-fashion sikit kan.
wah matiklah nak verangans jugak kan.
tapi sedar diri ini umpama almari. terus kuburkan je hasrat tu.
plus i know my mom too well. dia x bagi buat baju fashion-fashion.
sebab dia kata nanti x boleh pakai lama. jadi out dated.
if baju kurung lagi 30 tahun pun boleh lagi pakai.
so 2 baju buat baju kurung. 1 lagi je gedik sikit buat moden. wah moden sangat ke kau tu pija? haha
oh kira-kira semua, baju aku je RM350. noy pulak RM610.
memang pitam. tapi takpe, tak selalu tempah pun kan.
plus sekarang musim wedding. bersedialah untuk ulang tayang baju sebanyak 18 kali.

oh lepas tu jumpa mama.
soalan pertama dia tanya terus,

mama : kau buat baju apa?
me : baju kurung la. 1 je moden.
mama : yang mana?
me : yg kain mahal tu baju kurung. yang satu lagi tu moden.
mama : eh yang oren tu pun mahal.
me : iyeee...yang tu pun baju kurung.
mama : haaa..xde la..sayang..bukan apa..baju kurunggg..(mula nak bukak mukadimah)
me : yes mother, i know u too well. so dah pikir betul-betul masa nak tempah.
noy : kenapa?
me : kan aku dah kata. mama mesti suruh buat baju kurung. kalau tak mesti bising.
noy : hahah. nasib kau tak buat fashion2 kan.
me : tu la pasal.


sorry la aku ni takda juru gambar.
so apa-apa pun kena snap sendiri aja muka ni.
so nak tak nak korang kena bare je la ngadap my FATTY face ni.
thanks.

13 Comments:

mUnie UncLe hUsin said... [Reply to Comments]

dah 1 year follow snyp2 blog akak..
u loOk different..
makin slim la senang ckp..
plus lately penulisan ala2 cam matang sket gitu..

no matter wat, i will follow u...
acece.. cam iklan digi pulak..

lilRed Farah said... [Reply to Comments]

cara potong lain peeja. aku kalo pegi taylor melayu elok je 4meter. sampai ke taylor cine..die mintak 5 meter kau... apasal tak 6 meter terus? takpayah pesyen2.... nak kapan je pon kan... meluat!!!! herghhhh

ZIANA ♥ FARREL said... [Reply to Comments]

mama u sama je mcm mak i..bile i verangan nak buat baju gaya2 skit mula2 dia bebel sbb dia kata baju kurung ni pakai ape2 majlis pn masuk..skrg ni dh kawin ok skit sbb boy suke i pakai kebaya..klu tiba2 jumpa my mum je dia stat bebel balik sbb xbuat kain tu baju kurung..LOL..

mYpRecious said... [Reply to Comments]

"tapi sedar diri ini umpama almari. terus kuburkan je hasrat tu"

Peej, hilarious giler ayat tuh.. tergelak saya baca tau..

JiEjAh_DeEn said... [Reply to Comments]

wahhhhhhhhhh fitammmm tgk harga..
tp tu la kan , kalau jarang buat baju² kurung ni ..sekali buat mmg terrrfitam 44hari hehehe

akak buat setahun sekali jekk time b4 puasa hehehe

chics said... [Reply to Comments]

Hehe sama dengan mak aku, selalu bebel suruh buat baju kurung. Tapi sebab kain aku beli, hantar tailor and bayar lantakkkkkkkkkkkkk nak jugak baju lain2 fesyen.

Sekarang kene tahan dengar bebelan dia pasal baju kurung sebab semua baju tu dah tak muat [especially kebaya].

Itulah akibat melawan cakap ibu hehe

puterikurekure said... [Reply to Comments]

rindu ok ngan gelagat auntie. pija cerita banyak2 pasal auntie lagi ok. sampaikan salam akak kat dia. =)

afiq said... [Reply to Comments]

boleh blur+terkesimah masuk kedai kain nih... mmg last2.. amik jelah... xkose nak crik2.. hukhuk... kan.. org yang suke snap pikca nih muke die mmg jarang kene snap... sedih* =.='

A.I said... [Reply to Comments]

Amik!!! dah macam bleh buat $ hantaran kowang beli kain + tempah. tu kalau aku, mmg betol2 pitam. mau ada yg nk tempah baju berutang ngan ah long. ok. melampau. ngeeeeeeeeeeeeee

- musti theme adalah ala-ala gold. betoi ka? ;P

NenekPenne said... [Reply to Comments]

betul cakap ur mum...
baju kurung tetap maintain sepanjang zaman kalau nak dibandingkan dgn baju kurung moden tapi yelah kan sekali sekala nak gak ada baju kurung moden dalam wardrobe..

Dayah said... [Reply to Comments]

Salam Peej,
Dayah suka ur fatty face ^_^ comel

n napa Aunty x kasi buat fashion2.. Aunty napa? hehehe..
Aunty *dayah rasa Aunty baca* mama Dayah la paling terlampau*opsss* dia yg tempah baju segala bagai.. Dayah tukang pakai kekeke.. x suka2 pun dia hentam buat baju moden2.. manik2 segala bagai.. very classic la Aunty ^_^ I like

peej said... [Reply to Comments]

munie - hoh xdenye slim..mungkin lelemak je berkurangan sana sini..hohoh. wah matang ke? kagums. ;p thanks. oh bersuara la selalu..jgn la malu2 kucing.


lilred - wah matiklah kau amukan kat sini kain kapan terus kan. tu la kan..mcm keji gila nak kata kain aku x cukup kan..nyampah.


ziana - tu la kan..tp teringin la jugak kan. macam2 style ada sekarang kan. tp betul la cakap dorang...i ada nampak kawan pakai baju mak dorang ke apa..jenis moden2 ni la..seriously it looked so 90s ok. x sesuai.


myprecious - tp betul ok..sebab pernah try dulu..mmg huduh rupanya. plus saw a fren yg buat fesyen2..mcm kelakar pun ada..i think it looks silly..wah matiklah mengutuk org kan.


jiejah - sama la kak. pija ni baju kurung buat time raya aje. kadang2 x buat pun..pakai je yg lama x pun bedal mama punya. tp ni saja gedik nak pakai theme2.

peej said... [Reply to Comments]

chics - haha..tp yg pelik noy buat dia x marah ok. sebab dia kata badan aku x sesuai 'pesen2' keji gila ok. tp aku tgk noy pun sama..baju lama dia if pakai perut berbirat ok..kain dah ketat gila..muahahhaha. *gelak syaiton sebab aku dengki*


kurekure - hohoh..banyak if nak cerita..tp kemalasan lebih..tu yg banyak terlupa aje.


afiq - kan kan kan..sedih betul kena snap pic sendiri tau.


a.i - melampau sampai hutang along kan. tp ni beli kain banyak..11 pasang kot..sebab tu mahal ;p hohoh..salah..tema tidak gold. ;p


nenek - tu la..mmg betul tp sekali sekali perempuan ini teringin la jugak gak..walaupun kebarang kalian nampak huduh itu tinggi kan.


dayah - meh sini jawabkan. sebab mmg lawa baju2 macam tu. cuma x boleh pakai lama la..i mean akan mati zaman. baju kurung pulak..if kain elok n jahitan elok. baju 20 thn lepas pun boleh pakai lagi ok. :D

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...