Instagram : @peejburhan

papa oh papa~

dua tiga hari ni selalu dengar papa ngadu-ngadu.

papa : tah kedai mana tipu papa. bagi papa duit singapore syiling banyak. teruk betul la.

banyak kali ok dia bising.
tapi aku buat tak tau aje.
sebab takda kena mengena dengan aku kan.

so semalam tengah lepak bilik belakang.
papa masuk sebab nak charge camera.
lepas tu again dia bising cakap benda yang sama.
tiba-tiba aku tergerak nak check syiling aku.
kan hari tu aku pergi singapore. so duit syiling semua aku letak kat meja aje.
ye la, tak boleh guna kan.
sekali aku tgk ada la dalam dua tiga ketul aje.
itu pun sebab tersorok kat celah envolope la apa la.

me : eh duit pija bawah ni mana?
papa : papa ambik...hahahahahaha.

dia daripada hari tu sibuk nak ambik syiling aku tau.
tapi yang tu memang duit malaysia la.
aku tak bagi.
agaknya bila dia kemas-kemas bilik dia ambik jugak.
pastu ternampak yang lain kutip jugak.
keji gila. bapak sapa la ni.

me : tu duit singapore la. sebab tu pija letak bawah ni.
papa : ye ke? hahahahahahahaa. mana papa tau. patut la bila nak bayar orang tu cakap, ' tak laku boss, ni duit singapore'. papa bising2 dah cakap siapa la yang bagi ni. banyak pulak tu.
me : banyak la..dah curik duit orang tu. nak salahkan orang lain. haaaa, padan muka tersalah curik.
papa : hahahahaa.
noy : hahaha..dah berhari2 dia membebel ok. tu la..suka sangat kutip duit orang.
papa : abis korang letak sepah2.
noy : biar aje la. nanti ambik la.
me : mana ada sepah..pija letak bawah ni kot.
papa : hahahahahahaahahhaa.

lawak gila ok.
ye la..punya la dia semangat ambik duit2 syiling tu..sekali duit singapore kan.
paling kelakar siap bebel2 konon ada kedai pulangkan duit salah.
hampeh betul.
papa ni daripada aku kecik suka duit syiling ok.
sampai berat2 seluar dia.
masa kecik aku ingat lagi.
kalau dia tidur kat sofa, dia bangun aje mesti kita orang seluk tepi2 sofa tu.
confirm dapat banyak gila ok duit syiling. boleh buat beli ice cream ;p
agaknya tu yang sekarang bapak aku lak korek2.
tapi kesian. tersalah korek. dapat duit singapore. hahahahaha

11 Comments:

A.I said... [Reply to Comments]

WAKAKAKAKAKAKAKA!!

adoiii...papa kau. tuler, ngutip lagi. pehtu siap bebel2 yg tak tahan tu. kahhhh

saudah said... [Reply to Comments]

duit singapore is 2.5times duit mesia. kaya ooo

mast said... [Reply to Comments]

Comelnya
Papa kamu
Kem slam dia ...

yanasaja said... [Reply to Comments]

hahaha besh gila ur dad.my dad pon bnyk gila duit syiling n dia kumpul dalam beg kain pelekat.kelakar gila ok.pastuh berat gila yg hamat.then kitorang jadik kecur plak tgk syiling dia bnyk2 tuh.apesal kecur mcm nampak ayam ntah.

mast said... [Reply to Comments]

Comelnya papa kamu
kem salam dia

Dayah said... [Reply to Comments]

Salam Peej,
wakakakakaka lawak gler papa peej ni..
udah ler terambik pastu boleh x tgk.. kakakaka.. kelakar betul la..

peej said... [Reply to Comments]

a.i - tu la pasal. padahal salah sendiri kan.


saudah - memang la. tapi duit syiling mana boleh tukar. kalau duit kertas xpe la kan.


mast - hohoh..tu la..kelakar je dorang ni kadang2.


yanasaja - hahah..melampau sampai kecur. tapi kenapa dorang suka duit syiling yea? pelik2 aje.


dayah - sebab x pakai spec kot..so main ambik aje..tu yg confident lebih kan.

mrs.irwan 2 be said... [Reply to Comments]

hehehehe...kelakar la papa kamu..so nice kan klu papa kiter mcm tu..happy tgk family u all

PinQib said... [Reply to Comments]

adus
lucu betol,
dia amek
dia pulak cakap orang bg/,

hehe, lawak tol

JiEjAh_DeEn said... [Reply to Comments]

ehehehehhe giler comel papa pija .. :-D

peej said... [Reply to Comments]

mrs irwan - haha..mmg nice. tp terlalu rapat sampai semua je dorang2 ni nak amik tau. nak ada secret pun susah ok.


pinqib - tu la kan. siap berhari2 dengar dia complain.


jiejah - tu la. pitam ok.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...