Instagram : @peejburhan

nonoy si minah kaji~

noy sekarang semua benda dia nak kaji.
ok kalau dia nak kaji sendiri takpa. ni suruh aku yang solve kan.
suka tanya soalan pelik-pelik.
aku tak ingat apa tapi something like this la.

'eh kenapa tingkap ni bukak macam ni yea'
'kau perasan tak baju dia jahitan dia. bla bla'
'kenapa dia suka kawan dengan dia tu yea.'

jawapan aku adalah.

'eee yang kau sibuk apesal. yang kau sibuk nak kaji-kaji ni kenapa.'

so satu malam tu.
about 2 weeks back kot.
tengah lepak ngan noy & PG masuk bilik and sembang-sembang.
tengah sembang-sembang. noy main-main cermin.
so ada la reflection kat atas siling.

noy : huyooo..tengok tu.
me : hah kenapa.
noy : gempak kan. keluar cahaya-cahaya.
me : tu reflection la.
PG : ntah.
noy : ye la. macam mana boleh jadi kan. macam mana orang buat cermin. cermin ni di buat daripada apa?
me : kau ni suka kaji la. nak tau buat daripada apa la pulak.
noy : betul la.
PG : ntah kau ni. sibuk nak kaji pasal cermin. kau tau geografi lagi bagus.

ok memang la bagus dia nak kaji.
tapi kalau dia kaji sendiri takpa. tapi suruh orang lain fikir.
tak kuasa nak layan.

noy : eh saya dah tau la pasal peta. tanya la.

so kita orang tanya la pasal ibu negara semua.
ok fine. dia dah tau la mostly.
haha after 23 years baru dia tau. nice.
so kita orang twist sikit soalan.
tak la tanya ibu negara.
tapi tanya tempat-tempat lain dalam malaysia.

PG : port dickson?
noy : seremban.
me : ye la negeri apa.
noy : haaaaaa...negeri sembilan.
me : raub?
noy : raub kedah.
PG : hotak kau. pahang la.
me : pulau pangkor?
noy : terengganu.
me : perak la noy.
noy : bukan semua pulau kat terengganu ke?
PG : suka kau je kan. tioman?
noy : haaaa..tioman memang dekat terengganu.
me : johor la.
noy : korang ni mana adil tanya macam tu mana saya tau.
me : dalam malaysia je kot. kena la tau.
PG : tah kau ni.

then banyak la kita orang tanya.
ada yang betul ada yang salah.
tapi ada dua tempat ni memang lawak tahap dewa la jawapan noy.
tak tahan.

PG : bandar seri begawan kat mana?
noy : hhhaaaaa..yang ni saya tau. dia macam setia kawan.
me : haha. setia kawan apa. kau gila ke tiba-tiba setia kawan.
noy : betul la. saya pernah dengar. begawan setiakawan.
PG : memang tak ada la. setiawan ada la.
noy : haaaaa.. tu la. begawan setiawan.
me : hahahhaaa. takda kena mengena ok. setiawan perak kot. begawan tu brunei bandar seri begawan.
noy : miahhahahahahaha..ye ke. mana saya tau. saya tau ada begawan setiakawan. dekat-dekat la tu.
PG : bengong la kau ni. apa la tu pun tak tau.
noy : mana la saya tau. taknak main lagi la.
me : ok la last. seberang prai kat mana?
noy : hah yg tu ok. kat thailand la.
me : haha..confident je kau kan.
noy : apesal pulak. betul la.
PG : pulau pinang la.
noy : bukan thailand? sebab bunyi dia prai krong krai mrai prai. macam thailand kan.
me : ada je kau ni. ikut sedap mulut aje.

tah apa kena la minah ni.
tapi ok la. improve sikit la la. dah tau jugak la ibu negara.
tapi yang lain-lain tetap hancur tau.
dulu lagi teruk.
ingat lagi masa dia kerja dengan le tour de langkawi.
siap call mama lagi.

noy : mama seronok. macam-macam negara nonoy pergi.
mama : bukan negara nak. tu negeri. semua dalam malaysia.
noy : yea? tak kira la. tapi seronok.

problem ok dapat perempuan macam ini.
tapi takpa. menghiburkan. haha.

25 Comments:

muna said... [Reply to Comments]

hahahhahahaha, noy ni kelakar laaa.tergelak2 aku imagine dia menjawab dengan kompiden tu.

btw apa jadi ngan blog jual2? dah takde dah ke?

Munirah Abd said... [Reply to Comments]

seronoknya dapat adik yang menghiburkan ni..hahhaha siot la noy ni..xpe noy usaha lagi k.. hehhe

DeeDee said... [Reply to Comments]

hahahhahhaha...

gelak guling2 aku baca nih. kensalam la kat noy ye... hehe..

afiq said... [Reply to Comments]

lawak ok. comel jer. macam budak2.. hehhee...
*aku wase setiap entri komen aku nih.. maap kan aku kerna menebok. :P

lezi-moskito said... [Reply to Comments]

kah..kah..kah..
noy memang klakar
bandar sri begawan
setiawan
degawan

syazana said... [Reply to Comments]

:-p LOL....hahahaha2

+ aisyah + said... [Reply to Comments]

ahahahaha...noy chOoOomEeLL!!
cmne la dia nak jd mak org ye nnt~

mya said... [Reply to Comments]

he he he. comelnya noy jawab gitu..

MisZ DeAnNa said... [Reply to Comments]

hahhahaha..

adoilaaa..

dok tgelak2 je baca..

paling tak tahan yg seberang prai tuuu..

aRDy said... [Reply to Comments]

hahahaha pecah perut aq!

Leen said... [Reply to Comments]

guling2 aku baca entry ni.. lawak giler ah noy ni.. hahaha

A.I said... [Reply to Comments]

pepagi kau dah bikin aku gelak smp rasa nk berak. nak berak ok! adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

A.I said... [Reply to Comments]

nonoy, kau adalah sgt chumel (^_^)

kuntum said... [Reply to Comments]

wakakakaka...klaka tahap maximum nih.. cam org gila aku gelak sensorang...

Tina Banana said... [Reply to Comments]

noy,

awak bimbo tapi saya sayangggg awakkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!! :D

puterikurekure said... [Reply to Comments]

akak stay kat sitiawan.
meh ajak noy tengok sitiawan.
:)

kelakar la noy ni.
sebab dia confident je jawab soklan korang.
:)

strawberi said... [Reply to Comments]

hehe..comel la nonoy jwb gitu

akmasyazwani said... [Reply to Comments]

hahahaa!
menanges2 saya baca..
lawak lah noy tu..dan comel..
i like both of u..really! :)

ps: saya pon bahasakan diri saya as "saya" with my family..

lawak2..saya suka. keep up the comelness <3

aliaa said... [Reply to Comments]

ok... noy sound exactly like my sister who answer confidently that Dhaka is in Dubai

aNnAsUeJiE said... [Reply to Comments]

ahahahahahahahah!
hey! rumah mak aku kat seberang prai. jadi aku org thailand kah?
sumpah rase mcm tanak percaya je noy jwb soalan2 mcm tu. tp serius lawak ok!
aku dpt bayangkan kalo aku ade kat situ mcmane teruknye aku gelak. ;D

Liyanaroxx said... [Reply to Comments]

adeh...sakit perut baca si noy nih punya perangai...comel aje...ala-ala suci murni mcm kanak-kanak baru blaja geografi!=)

ice said... [Reply to Comments]

haha.. dedua klakar cam adik beradik kembar.peej v/s nonoy. vote 4 peej hehe..
peej dpt adik yang klakar spt kakak nya jugak.

wuzzy said... [Reply to Comments]

cik
tioman is in Pahang.. pembetulan..
:D

Blubewwy said... [Reply to Comments]

lawak arr korang nih!! hahaahahah...

hoodedlicious said... [Reply to Comments]

kelakar gila si noy tu..aku dah rasa cam nak gelak guling2 dah ni..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...