Instagram : @peejburhan

lain orang lain kehendak dia~

it's 6ish am in the morning.
n here i am. still wide awake.
semalam karaoke. around 12ish am sudah rasa mengantuk.
tapi sedang berkaraoke, tak kan nak tidur pulak kan.
so tahan mata. and akan end up macam selalu.
once tahan. terus terlebih tahan sampai la ke sudah susah nak tidur.
bukan tahan la actually. tapi memang dah tak boleh nak tidur.
and biasa la malam-malam kan. otak lagi ligat terpikir macam-macam.
then baca macam-macam artikel. ada jugak blog hop sana sini.

lately ni nampak banyak betul la kematian.
ok la. maybe takda kena mengena ngan tuan blog pun.
tapi ada jugak la terasa sana dan sini.
paling ketara mostly yang melibatkan kematian itu adalah muda-muda belaka.
contoh hari tu ialah brittany murphy. she is 32 years old.
then nampak pulak kejap ni heiress johnson & johnsons pun mati.
n she is only 30 years old.
ok lame. sebab semua nya orang hollywood.

then semalam pergi blog lilred.
nampak entry pasal her ex house mate yg tgh coma sebab brain tumor.
critical. 50-50. n she's only 24 years old.
sorry lilred, sebab x drop pun comment. sebab macam terlalu terkilan.
even though i don't know your friend. but i can still feel the pain.
i mean rasa sedih je bila baca entry tu sampai tak tau nak fikir apa.
bukan entry la. actually bukak blog pun dah rasa sedih. tak sanggup nak tunggu lama-lama.
sebab imagine macam-macam. what if benda tu jadi to someone yang close to me. :(
btw, wish her well too. Insyallah.

then start fikir macam-macam.
i mean life is short.
especially bila kita x tau bila kita akan mati.
or orang-orang yang kita sayang.
buatkan rasa nak pikir lebih jauh, macam orang yang kita sayang tu tak tau betapa sayangnya kita kat dia.
akan bertambah sedih orang tu assume kita x sayang or even worse kita ni benci kat dia.
what if something happen to us or maybe them.
macam lagu ronan keating, 'if tomorrow never comes'. sedih je lagu dia.
i don't know about u people. tapi serious aku adalah sedih if aku sebenarnya sayang orang tu, tapi orang tu tak tau.
omg, i'm talking in circle.
macam tak make sense pulak paragraph ni.

ok then terpikir lain pulak.
pasal kes-kes yang melibatkan kehidupan kita, tapi di kawal and kena terima pandangan orang lain.
memang paham, mostly cakap daripada pengalaman. atau orang tua-tua suka cakap, mereka lebih makan garam.
aku tak sure pasal korang, tapi some people kadang-kadang ada sedikit ridiculous.
i mean aku pernah berjumpa dengan seorang makcik ni. family friend la.

makcik : haaa..dah bersiap ni terus lawa-lawa je semua. bila nak ada boyfriend korang ni. ha kalau nak carik, carik la yang elok-elok. yang kaya-kaya.

masa tu aku macam agak terkilan.
i mean makcik tu tau aku tengah berkawan dengan kekasih lama yang sesungguhnya bukan la orang-orang 'kaya' yang menjadi idaman dia untuk anak dia mungkin.
tapi aku tak jawab apa la. senyum je yang mampu.
then tiba-tiba aku teringat pulak macam-macam komen yang aku terima bila aku break dengan kekasih lama.
tiba-tiba makcik sorang lagi ni pulak nak bagi statement.

makcik 2 : eh pija jangan la kawin ngan budak hari tu. tu tak best la. lepas ni cari yang bagus-bagus. pija ni rupa ada, mesti boleh dapat lagi elok.

again aku hanya mampu sengih je macam kerang.
sebab serious walaupun masa tu dah takda apa-apa hubungan, tapi sedikit rasa emo.
sebab siapakah dia nak judge sesesorang tu bagus ke tak, kan?
especially dia sendiri pun tak pernah jumpa orang tu in person.
maybe sebab dengar cerita sikit-sikit aje.
macam-macam la.
bila dah break ni. tiba-tiba keluar statement, ' dia x handsome la'
like apakah ini semua.
i mean if la x handsome ke apa. ada aku suruh dorang ni ke yang kawin.
oh macam2 la manusia ni.

then tadi sembang dengan jonet.
cakap la pasal segala pasangan ni.
macam mana manusia-manusia mudah teruja.
just dengan dengar orang tu kerja luar negara.
orang tu bawak kereta mewah ie bmw, merc, mini cooper.
i mean mewah la untuk lelaki-lelaki sebaya kita orang yang dah mampu pakai macam tu kan.
or dah berjaya ke tahap tu.

then sambung lagi sembang.
kenapa orang ukur kebahagian kat kemewahan aje?
i mean memang la, some people say money is everything.
memang la betul especially sekarang ni semua pakai duit.
tapi aku rasa if kau hidup within your limit. kau tetap akan bahagia.
kau ikut kemampuan kau. jangan la banding life kau dengan orang kaya. memang la boleh depress.
tapi if kau setakat hidup. janji kau satu family happy dah ok.

banyak je aku tengok orang x berapa senang. tapi still bahagia.
ada jugak kes-kes yang kawin orang kaya tapi hidup merana.
contoh la. kes nora danish. dia lawa, laki kaya gila. tapi akhirnya x kemana.
so aku rasa benda-benda macam ni susah nak cakap.
akhirnya terpulang kat tuan badan.
pikir sendiri. samada kau akan bahagia ke even though pasangan kau tu biasa-biasa aja.
or if kau rasa kau x boleh hidup tanpa mewah-mewah pakai branded stuff ke apa. so pandai-pandai la yea.
sometimes it's funny to see people trying to work thing out with their partner walaupun dia terseksa, just because orang tu ada status and so on. kira bangga habis la.
and pity some people who is madly in love with each other but cinta terhalang sebab orang tu akan susah if teruskan the relationship. ni kes 'tak kaya' tu la.

hmmm...aku pun tak sure mana hala tuju entry ni.
as for me, as a normal human being, tipu if aku kata aku tak nak senang. semua orang suka kot.
tapi aku rasa if takda pun aku ok. aku bukan jenis depress atau kelam kabut just because orang lain bawak designer handbag tapi aku bawak handbag rm20 ke.
or tengok orang drive bmw tapi aku drive kancil ke.
tah aku rasa janji ada handbag. ada kereta nak bergerak sudah..sebab seriously, if takda kereta adalah lebih payah ok. termasuk la macam2 lagi. ni aku bagi contoh 2 aje la.
so aku rasa janji aku happy n boleh hidup, cukup keperluan ok la kot.
ye ke ok? ke aku ni poyo2 aje?

korang pulak macam mana?
i mean mana korang prefer?
hidup mewah or sederhana setakat yang termampu?
macam mana pulak bab pasangan? korang memang target nak kaya-kaya, ada status, kerja menarik bla bla?
or korang akan pilih orang yang kaya dengan kasih sayang, maybe la tak dapat 100%, tapi maybe sayang korang 90% ke?

p/s: orang kata kasih sayang boleh turun especially bila dah kawin. ada orang pulak kata money can buy love. hmmm..life is so complicated.

19 Comments:

A.I said... [Reply to Comments]

aku prefer setakat yg mampu. cam idop aku skang ni la. ngan anak 4 org kecik2 sume skolah. gaji aku laki bini plak ciput (ni bukan laki ceera-harap maklum). harus la aku biasakan idop aku camni. cam kau ckp, enbeg pakai ulang2 gi keje pon rege just $13. Kasot branded pon vincci je. kadang aku sarong je sandle $10 tu. Tak yah la memaksa diri hipokrit jadi cam org kaya walhal $ sengkak. Kawan pakai branded, kita pon nk ikot skali. JANGAN. seksa diri je. cam aku ni, kengkawan aku terima je. Enpon memasing cam calculator. enpon aku? sama je ngan penyendal pintu! ASALkan dapat taip messg/bleh wat call udah. so, kesimpulannya..aku memilih utk hidup bersederhana mingikut kemampuan aku laki bini yg ciput tu je...sekian, wassallam (^_^)

Lady Dyla said... [Reply to Comments]

My ex boyfie mnggl ms umur dia 19.. seyes terkejut.. dan dia plak ninggal scra mengejut... Life is so short... sometimes lps marah2 @ bengang rs mcm wht tha heck im doin.. im just wastin myself in this short lyfe..

Kemewahan mmg 1 trkan.. Kejayaan adalah 1 dugaan.. Im here.. studyin in UK.. pipols slalu ckp i dah berjaya bgai... but is it really based on that?? How bout ur inner, religion, mental etc... How would we define success is just based on ourselves...

Well.. life is short n complicated... but thats the beauty of it...

Astrhea said... [Reply to Comments]

saya setuju dengan pija... sebab bagi saya duit tidak menjanjikan kebahagiaan walaupun boleh menyumbang ke arah kebahagiaan... saya pilih biar sederhana tapi bahagia... tak kaya pun tak apa, janji hati mesti baik, jujur, setia dan bertanggungjawab... setiap orang ada rezeki masing-masing kan? kalau harap kaya tapi perangai ntah-hapa-hapa, buat sakit hati je, tak guna gak...

Tina Banana said... [Reply to Comments]

babe,

as u know, aku dh penah couple dgn:

1) lelaki yg kedekut
2) lelaki yang senang
3) lelaki biasa

and in the end aku kawin dengan lelaki biasa, hehehe..

to me, kalau lelaki tu senang mmg best la.. ko tau la masa zaman aku ngan J, semua mewah-mewah.. but dalam mewah-mewah tu, byk je benda pelik-pelik..

takyah tgk jauh la.. tgk j*ju pun dh cukup.. she's a good mother but in the end, suami dia mcm tu jugak walaupun duit raya je bg rm50k.. u know what i mean?

jodoh is one freaky thing.. hmm..

puterikurekure said... [Reply to Comments]

akak doakan kawan lilred tu kembali sembuh. apapon, kite doakan yang terbaik.

cam akak, maybe bukan jodoh dengan orang kaya-raya ni. alhamdulillah, biarpon orang kata cukup2 makan, tapi masih bahagia dan aman.

sebenarnya kan pija, lain orang, lain dugaan yang dia dapat. orang susah, dugaan duit. orang kaya, dugaan nak buat duit banyak2 (sebab nak maintainkan kekayaan). orang bahagia, kadang2 diuji kesetiaan pasangan. camtula...mana2 pon, kaya, miskin mesti ada dugaan yang diorang dapat kan?

lama sungguh la tak turunkan komen kat sini. skali tinggal komen, berjela2. hehehe~

lilRed Farah said... [Reply to Comments]

thanx peeja for the wish and doa. aku pon pening nih.... smlm dah boleh tido, ingat dah ok.... elok naik keta on the way ke opis... meleleyh lg. if to discuss regarding the matter mmg takkan hbis. and apa yg ko pk pk kan tu semua pon aku terpk sama. mmg sarat masalah 'adult' ni kan... n sapa kata jadi adult ni best?

pasal paragraph yg talking in circle tu... aku paham sgt!!! paham sgt sgt sbb aku selalu je paranoid pk mcm tuh! and somehow mmg itu yg berlaku antara aku n seri. aku bru ckp ngan bf die smlm and it really shocks me! rasa mcm takleh maaf kan diri sendiri T_T

ZIANA ♥ FARREL said... [Reply to Comments]

for me..i gembira dgn life i skrg even i xkaya at all..ade suami yg sporting+Farrel yg aktif..kaya klu tp xbhgia buat ape kan..sedara i,laki dia mmg kaya..isteri yg dihujani dgn duit xtau pn si laki pasang sparepart..maybe sbb "i don't give a damn as long as u give me money" kot...tp sian macam tu..

ceritacherita said... [Reply to Comments]

siapa yg tak nak hidup senang kan. semua org nak, tapi tak semestinya kaya tu bahagiakan kita. and tak semestinya tak kaya tu tak bahagia kan. It's all depends on yourself, kalau dpt yg tak kaya mcm u cakap, just within your limit jela, jgn cuba bandingkan dgn org yg kaya.

For me hati senang lebih baik dr kaya tapi hati tak senang.

Yours truly said... [Reply to Comments]

peeja...good topic.. memang betul apa yg peeja tulis tu..akak sokong, ukur baju di badan sendiri (sesuai ke ni??) tak yah nk compare2 ngan orang, yg penting kita sendiri happy dan x nyusahkan orang..

NenekPenne said... [Reply to Comments]

wahhh peej..u mcm serius jer ni..mcm betul2 memikirkan isu semasa jer ni...selalu lite2 jer entry...

mcm i lah kan, bila dah cerai..so many citer2 tak sedap i dengar pasal my ex..dia mcm tu lah, dia mcm nilah, i mcm tulah, i mcm nilah...

actually kalau gaji kita byk tu, kita spend byk tu jelah..orang kata berbelanja ikut kemampuan....

it doesnt matter kalau pasangan kita tak kaya ker apa tapi jgnlah sampai papa kedana giler...
dan kita pun tak leh lah nak demand bagai... masa jadi suami i dulu, i demand nak mcam2 sedangkan i tau ketidakmampuan dia... i sendiri pun boleh beli dgn duit sendiri sebenarnya... tak pelah itu semua jadi pengajaran..

u tengok, my life pun complicated..atau dgn lebih tepat lagi HARU BIRU...

chics said... [Reply to Comments]

Betul lain orang lain kehendak.

Aku nak somebody yang sayang aku dan takkan sayang orang lain[family lainla].

Yang hanya ada aku sorang je.

Banyak duit itu bonus, kalau ada sukala kalau takde, asal dia rajin nak kerja dan nak improve diri, dah ok.

Penari.Gendut said... [Reply to Comments]

Orang orang zaman silam ni memang mulut agak laser lah..dioarg main tibai je nak cakap apa, and we have to respect them sebab perbezaan umur. Kalau kita bermulut celupar, mesti dah kena sound..tak adil kan?

Anyway, aku pon pernah jugak kena pasal harta harta ni...

Ada sorang makcik ni, tanya bila nak kawen, so aku jawab je lah secara jujur kan,

"tunggu kumpul duit dulu"

pastu senang hati je dia cakap,

"tu lah, apasal cari mat salleh miskin"

Wah wah wah..mulut. Mau je aku cili mulut tu.

Anonymous said... [Reply to Comments]

hurmm... if u ask me peej, i don bother bout d $$$... but i really means for kecantikan! bukankah dari mata turun ke hati?

Dayah said... [Reply to Comments]

Salam Peej,
Saya setuju.. biar apa org tgk..apa org pandang.. yang penting kita bahagia.
Hidup sementara, so lets appreciate umur kita & enjoy our life ^_^
Take care :D

BeN`z said... [Reply to Comments]

aku baru broke up.tgh jd setabah mungkin.pd aku,lelaki x kaya xpe, janji dia usaha, keje kuat, bersungguh2 nak maju. hargai,syg dan hormat kite mcm kite buat pd dia.kalo dpt kaya+molek sket muka adalah bonus.tp mcm jrg je nk dpt pakej ni.jd,aku selalunye syukur dgn ape yg ada.cuba buat terbaik.
tp,kalo dh kata jodoh tu xde.jaga mcmana pun.dia ttp pergi jgk.wpun ko dh all out abes,smpai penat.
nak let go semua bukan senang.tp kena buat jgk.sbb nak idup,byk tgjwb ats bahu kena tanggung.

eh..ape aku merepek ni.ehehe..motip luahan perasaan kt sini.

dr pgalaman,aku rs aku perlu org yg tahu ape dia nak dlm hidup dia dan boleh handle problems.

sekian. :p

peej said... [Reply to Comments]

a.i - kan kan kan..adalah seronok baca blog kau yg veryt he happy2 je selalu..ok maybe la setiap org ada masalah dia. tp if happy..sedikit sebanyak kurang la rasa stress tu kan.


lady dyla - tu la kan. i mean sometimes we take things for granted. x appreciate apa yg ada depan mata. dah xde baru terkenang sana sini. n yes rasanya kejayaan tu ada macam2. maybe duit, maybe jugak kebahagian..entah la..susah nak cakap.


astrhea - betul la kan. kadang2 kita x tau org yg kaya terlebih ni stress dia lagi lebih.


tina - tu la kan. org kaya ni pulak mcm x pernah cukup..dah kaya. nak kayaaaa lagi. n yes maybe la hidup mewah2 tapi tu la kan. tetap otak runsing je pikir sana sini.


kurekure - betul la. setiap orang dugaan dia lain macam jugak org kaya maybe dia stress sebab nak lawan ngan kawan2 jugak. nak bmw paling latest ke..handbag limited edition ke..lagi stress kot..heheh.


lilred - tu la kan. maybe lepas ni aku akan appreciate my family n friends lebih kot. wah matiklah cita2 kan..padahal sama aje perangai aku ni.


ziana - mmg ada la mcm tu..kadang2 mmg boleh je hidup mcm tu.tp sampai bila kan..laki bini buat hal masing2..masing2 ada sparepart ke. mcm x berkesudahan aje. so bagaimanakah itu kan.

peej said... [Reply to Comments]

cerita - tu la..aku kalau la tgh mood depress ke apa. aku pikir org yg lg susah dpd aku ke apa. lepas tu baru insaf n bersyukur gila with what i have. like u said janji hati kita senang sudah.


yourstruly - betul la tu. kena tgk kemampuan kita la. so oleh itu xde la rasa x puas hati ke apa kan.


nenek - tu la..zaman pija remaja mmg demand mcm2 la dgn materialistic nye. tp bila dah couple ngan org x berapa nak kaya. sendiri adjust diri untuk bersederhana semua. so i think its good la. so maybe mmg pengalaman mengajar la kot ;p


chics - true. lain la kalau dia x kaya..pastu xnak kerja..harap duit bini aje ke..tu mmg mendatangkan amukan la. janji dia rajin n all pun dah ok kan..pastu sayang kita :)


alia - benci gila kan. mampos la aku nak carik yg kaya ke x..suka hati la kan. macam la kita nak kawin tu dorang nak bg duit ke apa. kecoh je lebih. motif tiba2 aku yg emo?


anonymous - it depends. sebab kadang2 kalau cantik tp perangai terus pun mcm mana nak melekat kat hati kan. plus definasi kecantikan kat orang lain2..ada org rasa org ni cantik..ada org pulak rasa yg tu cantik. so masing2 la kan.


dayah - yes. betul la tu. jadi mari la berseronok. haha tiba2 aje kan.


benz - kan payah nak dpt package lengkap mcm tu..ada la kot 1 dlm sejuta kot. kalau dpt tu rezeki la kan. so aku rasa janji kita happy je dah cukup n jgn letak to high expectation.

salzahari said... [Reply to Comments]
This comment has been removed by the author.
wani ezryl * said... [Reply to Comments]

sebenarnya kaya tu xpenting, yg penting hidup dengan selasa. depends la pulak definition selesa tu camne. pada kite kalau ada cukup makan pakai and happy, tu da kire selesa. xyah ada merc, cooper pun xpe. as long as we being with the one(s) tha we really love. camtu lah. agak cheesy ye sy tahu HAHA

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...