Instagram : @peejburhan

baru terasa payah bila xde kereta ni~

hoh serious payah gila bila  takda kereta ok.
tah bila la kembara ni nak siap.
nak tunggu kereta baru noy pun lambat lagi. tak silap by 20th baru dapat.
so merasa la susah nak bergerak kan.
if keluarkan harap kawan aje la.
tp dah tentu weekdays orang kerja kan.

so on the 30th rasanya.
bangun je tengok takda siapa dekat rumah.
dah la kelaparan.
so decide nak keluar jugak. haha gila pemalas nak masak kan. sanggup keluar.
yang noy pulak mereka-reka dalam otak dia nak beli something dengan duit flying allowence dia.
so siap2 semua. ok aje la keluar.

dah katanya kereta takda kan.
so terpaksa la naik teksi.
ni telefon teksi takda. so kena la pergi putra lrt setiawangsa. sana banyak teksi.
ye kami pemalas naik lrt..tah apa-apa kan.
so menapak la ke putra tu.
x jauh la, daripada rumah aku if jalan tu dlm 10 minit je la.
masa jalan tu noy bebel2.

noy : penat ok. saya hari tu jalan. sampai caltex dah semput. (caltex tu kira halfway there la )
me : caltex? aku baru sampai sini dah napas mcm kerbau dah..panassss..penaattt.

oh untuk pengetahuan semua.
time tu aku baru jalan x sampai 100m ok. baru lorong sebelah rumah aje. muahaha.
matiklah nampak sangat hampeh tak pernah nak exercise kan.
padahal zaman sekolah hari-hari ok jalan kaki semua. takda apa pun.
then amik cab pergi la klcc.


:: dpt naik teksi :D tapi tengok la muka itu. gila dah berkilat peluh-peluh n dah x bermaya. see the sunlight. jalan dalam panas terik tau ::


then sampai klcc terus ke lil penang cafe.
noy nak makan assam laksa.
sekali dorang tutup pulak. sebab cleaning in progress ke apa.
tapi yang pelik, time tu pukul 2ish pm tapi dia tulis akan bukak balik around 4.30pm.
apakah lama sangat cleaning in progress dia.
i mean tak rugi ke kedai dia tutup lama-lama macam tu?
pelik gila ok.

yang noy ni pulak kata tekak nak masakan melayu la apa la.
dah muak yang lain-lain.
so kita orang pergi ke madam kwan.
first time here. so try je la.


:: noy feeling assam laksa..asam laksa dia ok la..xde la sedap gila..tp xde la x sedap. ::



 :: rotate la kepala korang sebab masalah gambar macam ni tak dapat di tolong la ::


oh aku makan nasi bojari.
sebab selalu tengok orang makan nasi ni.
so nak try la, sedap sangat ke kan.
jawapannya biasa ajo ok. ikut tekak aku. memang tak kan order lagi la.
nasi dia rasa macam nasi minyak
then ayam besar gila la. sampai susah nak abis. rasanya macam ayam rempah. tapi aku x sure.
then ada macam daging serunding.
then dapat sambal udang yang biasa ajo. sedap lagi aku masak. wah...tapi betul ok.
rasa kering je tekak aku. sebab aku tak reti makan takda kuah-kuah ni.
so kesimpulan ok-ok la. tapi kata nak termimpi terasa-rasa nak makan nasi bojari ni memang tak kan berlaku la kot.
tapi ni tekak aku la. kalau korang suka tak pe la.
lain orang, lain tekaknya. ;p

then ke money changer tukar duit noy tu.
then tiba-tiba perempuan tu rasa nak beli handbag.
so masuk ke gucci. ada yang berkenan tapi dia x suka sebab leather dia putih.
color lain takda la pulak. alang-alang nak beli biar puas hati kan.

pastu pusing-pusing la macam orang takda tujuan.
lama-lama decide nak ke lv pulak.
noy bengong. dia tolak-tolak aku yang tanya itu ini.
walaupun mak ni xde lv. tp tau jugak la jenis-jenis yang ada.
so tanya aje. tanya-tanya harga la..tengok mana nak pilih.
sekali budak tu terus ok aje. *pitam*


check-check apa yang patut.
then konon dia nak gedik la nak gantung-gantung kat belakang tu.
sekali tanya RM1000++ ok. gilo.
xpe la..beli gantung2 kat sg wang je sudah kan.
motif tiba-tiba nak beli yang sg wang punya?

then dah beli ingat nak balik.
tapi time tu tengah orang balik kerja. if balik harus la jam kan
so lepak kat dome pulak.


hoh masa nak balik pun harem jugak.
sebab cab semua letak-letak harga ok. mintak rm15.
macam apa aja ok. i mean dah la bab biasa-biasa iswara tu.
stock a/c pun ala-ala x ikhlas je nak kena ok.
so sebab sakit hati sangat, terus ambik bac besar tu.
ala yang macam mpv tu..hohoh.
dia letak rm20. atleast buat hati kan.
baru la feeling naik kapal kan. serious besar. terasa macam pelancong pulak. haha.
siap driver tu tanya, ' adik datang daripada mana? orang mana?'
hahah lawak gila. ye la apakah tiba2 nak naik cab besar-besar kan.
selalu pelancong je macam tu.


perempuan keceriaan. fine.
takpe..kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan.
kau paham tak peribahasa ni noy?
kira macam ke mana perginya bag ni nanti kalau kau dah beli yang baru lain.
ngeh ngeh..larikssssssss..



13 Comments:

afiq said... [Reply to Comments]

pattern die cam gucci plakkan.. konfiusing.. hehhehehe moge beg itu berpindah hak milik x lame lgik kak peej.. aminn.. :P

sweethOneY said... [Reply to Comments]

noy si orang kaya. hihi..

mUnie UncLe hUsin said... [Reply to Comments]

nak amek berkat orang kaya sket.. hikhik2x..

Leen said... [Reply to Comments]

haha, patut ko belagak cam tourist je.. mesti dpt layanan best..mahaha

linda said... [Reply to Comments]

nasi bojari tu mcm signature dish kat madam kwan... dulu i makan rasa sedap sgt, siap mengidam2 lagi... tp tgk pix tu mcm dah tak menarik da... maybe tol kot pija rasa dia ala2 jer...

f.i.e.z.a said... [Reply to Comments]

LV? owh sangat sangat best kalo dapat beli satu..
:)

JMR said... [Reply to Comments]

wow..shopping LV tu..best2..

Dayah said... [Reply to Comments]

Salam Peej,
oomakkaiii bestnya shopping.. teringin jugak..
tp kena tahan2 .. huhuhu..
susahkan x de kereta?
Dayah pun patah kaki kalau x de kereta.
Tp mujur ada motor.. jd sebat aje..
laju pun laju.. huhuhuhu

darling8tabby said... [Reply to Comments]

alamak bag noy tu...idaman kelebu akak..

taxi mmg suka suki je letak rege kan..haihh...

si G.E.D.I.K.S said... [Reply to Comments]

ughh lambatnyaaa nak tunggu balik Malaysia ni~~ :(

Niviey16 said... [Reply to Comments]

Hai Sis, dun worry, ur car will be as good as new lepas kuar dari workshop.

NenekPenne said... [Reply to Comments]

madam kwan.. first and last laa i makan kat situ... bukan sebab harga... tapi sebab rasanya tak begitu memuaaskan... i dah makan asam laksa tu..errr tak begitu sesuai dgn anak tekak ni....

LV? berani lalu jer depan boutique tu..nak masuk takut... takut tak dilayan...yelah kita bukan gaya ala-ala mak datin pun.... masuk boutique coach pun sales girl tak berapa nak layan..sekali i beli satu...amek ko...kopak mak! ha ha ha...

peej said... [Reply to Comments]

afiq - ye ke? rasanya mcm lain je. ke memang ada n diri ini yg x tau.


hOney - tu la kan. xpe rezeki dia.


munie - tu la kan. mana tau dpt tempias2 dia nanti.


leen - haha x kuasa ok. tp mmg baik pun dirver tu. siap ramah semua. unlike certain driver yg gila scary.


fieza - ye ye..maybe satu hari nanti.


JMR - tu la..teman shopping pun best. ayat sedapkan hati sendiri. ;p


dayah - ni motor pun xde. tp if ada pun bukan reti bawak. tp if reti bawak pun takut kot. rasa mcm expose sangat. ngeh


darling - tu la kan. tp no choice. so naik je la kan.


gediks - xpe nanti dah balik..sedut la udara malaysia ni puas2 :D


niviey - tu la. x sabar dah ni. omg dah sebulan lebih x drive ok. rindu2.


nenek - tu la kan. harga kemain. tp rasa so-so aje. kita org pun mula2 mcm takut2 je nak masuk. tp lepas tu redah aje. sebab mmg plan nak beli kan. tp SA dorang semua ramah n very nice la. xde la stuck up ke apa. ntah suke la. i tgk dorang layan je semua orang. ramai aje yg datang n nak tgk2 siap suruh keluarkan segala jenis bag. tp x beli pun. so dorang layan ok aje :D

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...