Instagram : @peejburhan

morning --> night~

hari yg sebelum tu sampai rumah pukul 3ish am sebab tgk 2012.
then online itu ini.
around 4ish am baru tido.
then around 8.30am dah bgn nak mandi.
noy usually bangun kul 9am.
kalau time dia nak kerja. org lain nak siap mmg confirm ngamuk budak tu.
so aku bgn awal lg la sebab nak mandi kan.
tu pun kena sound jugak sebab dia nak siap aku ada tepi dia..dia kata menyemak.
melampau kan perempuan tu. bencikk.
tapi masa aku xde pergi singapore hari tu. gedik message kata dia rasa lost la apa bila aku xde..
menyampahs..

then around 10ish a.m aku drop noy stand by kat hotel.
aku straight ke low yatt carik barang nak beli.
bagus..elok pulak pagi tu jalan kl x jam semua ok.
dpt parking pun senang.
so sampai low yatt terus nak cucuk duit.
sekali semua atm aku cucuk kata kad x sah ok. wtffffffffffffffff..!!!
so aku kena menapak ke sg wang. nasib ada maybank situ.
dah la sorang2 ni. kambing betul.
sekali sampai maybank..kakak tu kikis2 apa tah kat card aku terus boleh.
hoh bikin penat aje..xpe kira exercise la kan (ayat sedap kan hati ni)
then pergi la menuju balik ke low yatt nak
so mission mencari barang2.
semua kedai aku tanya xdak..bodoh betul.


then terus ke hotel balik tunggu noy abis stand by dia.
damn lama meh.
sempat la baca paper yg boleh tahan berkurun aku x amik tau..sambil2 layan sms.
dulu aku akan baca paper hari2 ok.
i know almost everything..kau tanya la isu apa pun semua aku tau.
haha..sungguh x percaya.
then aku pujuk papa n mama masukkan internet kat rumah.
aku cakap stop kan paper. sebab boleh baca online aje.
ok la for awhile aku baca la news online.
pastu stop. sebab x feel la..x sama mcm baca newspaper betul.
dah la xde gambar ke apa. x feel langsung. x suka.
cea alasan..kata je la pemalas kan. but true la..x sama.
so sekarang ni kau tanya apa..langsung mak x tau nok.

then noy abis stand by, kita orang ke bank kejap sebab noy n edan nak buat credit card.
masa sampai kat customer service tu. cakap la kan nak buat card credit.
sebab sekarang ni nak booking ke apa semua nak card credit.
so atleast kena la ada satu kan.
orang tu stuck up ok.

noy : oh kita orang nak apply card credit.
cs : oh ok. WHAT IS YOUR NETT SALARY?

kuat yang stock satu bank boleh dengar.
macam apa je kan.
maybe la noy n edan ni muka budak2.
pakai pun selekeh2 aje.
so dia mcm x percaya kot.
but still.aku benci orang yg judge lebih2 ok.
rasa nak lempang.

noy : sayang bagi payslip
edan : jap *pass both their payslip*
cs : oh..oh..ok ok..kejap ye cik.
noy : ok.
cs : hmm..cik..cik boleh dpt platinum. encik pulak..mmmm..gold ..gold card. ni borang.
noy : hmmm...
cs : boleh apply dua, cimb n cimb islamic.
noy : saya nak satu aje.
cs : betul cik?? cik boleh dua2 ni.
noy : x payah. 1 cukup.

benci kan..
tiba2 nak layan elok2 pulak.
dulu jonet kan pernah kena mcm ni masa nak beli perfume chanel tu.
x suke ok..tiba2 bila nak beli ala2 terkejut sambil cakap, ' people who use chanel have exclusive taste' ke apa minah tu cakap. rasa nak tepuk je muka orang mcm tu.
cea aku lebih2 pulak..macam la aku yg kena.
ntah2 aku kalau kena mcm tu terus nangis..haha.

later ke midvalley untuk berjumpa chics dan kawannya :D
sampai around 4pm mcm tu.
kami adalah lapar tidak memakan..so ke secret recipe.
noy n edan makan..tp aku minum aje.
sibuk gossip sakan ngan chics.
sambil dorang gelak2 ngan gelagat noy yg merepek2 n memanjang x paham cerita.
orang gelak2 dia gelak jugak..rupanya dia gelak lain.
dah 5 kali lawak tu ulang baru dia paham. sewel ok perempuan tu.

oh masa kat sana lupa nak snap pics.
sebab ada orang risau sgt nak bg aku blog about keluar2 ni.
then me chics n her friend pergi gardens pulak.
sebab dorang nak makan kat sushi zanmai.
while noy n edan shopping2.

:: aku makan ini..unagi zanmai ::

sedappp..yeay..suke..
aku x paham kenapa org x suka unagi..maybe sebab its eel kot.
tapi belum cuba belum tau ok. try dulu..pasti hendak lagi.
ok xde la aku makan ni je..ada jugak la cilok2 makanan lain. ;p
oh seronok je lepak2 n sembang itu ini.
macam2 topik keluar la.
cuma rasa x puas aje sebab rasa kejap aje.
xpe..nanti maybe boleh lepak lagi.
tp dorang ni dok jauh dpd kl.
so nak melepak payah. so kena choose tempat tgh2..kasi adil, ok x mcm tu.

:: me with chics..kecik ok dia ni..aku x paham kenapa la kau nak diet2 wahai chics. ::


sorry identiti orang ini terpaksa di rahsiakan sebab atas permintaan tuan diri.
tp padan muka aku snap jugak gambar dia.
tp kesian jugak la..so aku baik hati..aku kasi x nampak sgt la gambar ni.
tepek aje ye.
kena gerak awal sebab both driver aku n driver chics dah ada plan lain malam itu.
so x dpt la lepak lama2.
it was nice meeting them.

then noy n edan hantar aku balik.
elok dorang pergi tgk umah aku kosong n xde kunci ok.
wth. nasib call papa..dorang few minutes away from home.
xde la aku terkulat2 dok luar kan. dah la ngantuk n penat.
tp elok dah masuk bilik segar bugar ok.
gila sanggap dunno what to do.
nasib around 10ish tina call cakap shes coming to my place.
then kita orang ke krisik makan sakan. ;p
bagus betul perangai masing2. haha.
lama jugak la lepak..around 12ish baru gerak.
hari yg seronok walaupun penat melampau.
ok itu aje..byee.

5 Comments:

chics said... [Reply to Comments]

Yekan tak puas sebab kene balik cepat, takpe lain kali boleh makan dan berbual ria lagi.

Keji betul orang itu, malu-malu muka diambik gambar :P

Tina Banana said... [Reply to Comments]

eee, chics so petite.. bestnya.. aku jelessssss.. kenapa aku tak petite? soalan kannnnn.. mcm sampahh, hahahaha...

wahh, jalan sakan ko ye pija.. aku nak komen banyak2 pun takleh, hahahahaha.. ehh apsal aku tetiba gelak? ko tau kenapa? ko tau? oh noo.. gila sudehhhh...

ai said... [Reply to Comments]

Memanjang penoh je agenda kau. tengok wayang, sopin2, makan2...aku nompang sonok tengok :P

noy dpt apply pltinum tuh! dasyat gak ooo..

NenekPenne said... [Reply to Comments]

kerja satu tempat with ur sis?

peej said... [Reply to Comments]

chics - tu la..xpe..nanti jumpa lagi. tu la keji gila. konon x nak di bloggerazi kan. haha.


tina - kau petite? hmm..x dpt aku bayangkan..hahahha. kau cibais kan. kau xleh ke dok senyap2 aje. sewel.


ai - ikut mmg malas. tp layan perempuan tu yg asyik le mereka2 nak pergi sana sini. ni pun dia ajak lg. tp gila la malas aku nak bersiap utk keluar.


nenek - aku x paham soalan kau sebenarnye.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...